… demi pastikan pelajar dapat bersaing peringkat
antarabangsa, kata Menteri Besar
'CIKGU NAN'... Sebagai seorang bekas guru dan kini Menteri Besar, tentunya apa yang diperkatakan khususnya tentang pentingnya Bahasa Inggeris buat para pelajar, adalah sesuatu patut diambil serius.
DEWAN UTAMA, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG
LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar Dato’
Sri DiRaja Adnan Yaakob menyarankan agar Sekolah
Amanah di negeri ini memberi penekanan terhadap Bahasa Inggeris demi
memastikan pelajarnya dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Menurutnya,
kepentingan bahasa itu tidak dapat dinafikan kerana penguasaannya yang lemahlah
yang telah menyumbang sebagai antara punca kegagalan siswazah menembusi
pasaran kerja.
“Menekankan
Bahasa Inggeris bukan bermaksud kita kurang patriotik. Tapi kerana bahasa ini
adalah bahasa antarabangsa, mereka yang kurang fasih dalam bahasa ini akan
ketinggalan,”
katanya.
Beliau
berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Sekolah Amanah antara Yayasan Pahang (YP) dan Yayasan Amir
pada pagi Khamis, 12 November, di sini.
Beliau
turut melahirkan harapan agar penguasaan Bahasa Arab juga dijadikan keutamaan
di Sekolah Amanah, yang diharapkan akan
melahirkan generasi masa hadapan yang luar biasa, berfikir di luar kotak dan
bersifat global.
BERSALAMAN MESRA... Dato' Sri DiRaja Adnan, dengan Pengurus Besar YP, Dato' Mahmud Nawawi di sisinya; sedang menjadi saksi kepada MoA yang ditanda tangani seterusnya bertukar-tukar dokumen antara Dato' Mohamad dengan Encik Zulhelmi (kanan sekali)
SEKOLAH AMANAH –
PENDEKATAN BAHARU DALAM PENDIDIKAN
“Sekolah Amanah merupakan pendekatan baharu
dalam bidang pendidikan untuk memperkasakan sekolah dengan memberi kebebasan
untuk mengurus dan membuat keputusan bagi meningkatkan prestasi pelajar.
“Kita juga akan
buat pemantauan secara berkala untuk pastikan matlamat yang kita tetapkan
mengikut landasan yang tepat,” katanya lagi.
Menerusi
MoA ini, Kerajaan Negeri menerusi YP, merupakan kerajaan negeri pertama yang
menaja dan menyokong program pembelajaran selama lima tahun sepertimana dibangunkan
oleh Yayasan Amir.
Dua
(2) sekolah yang sedang dipertimbangkan bagi pelaksanaan Sekolah Amanah di negeri ialah
Sekolah Kebangsaan Kempadang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur –
kedua-duanya di Kuantan.
YP
diwakili oleh Anggota-anggota Lembaga Pemegang Amanahnya – Dato’ Mohamad Jaafar
yang juga Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri; dan, Dato’ Kamaruddin Mohamed;
manakala Yayasan Amir diwakili Pengarahnya, Encik Zulhelmi Othman.
SESI BERFOTO KUMPULAN...
ADA 40 SEKOLAH
AMANAH SETAKAT INI
Sekolah
Amanah ialah sekolah awam yang diuruskan dengan kerjasama antara Program
Sekolah Amanah Yayasan AMIR (YATSP) dan barisan kepimpinan sekolah di bawah
penyeliaan Kementerian Pendidikan.
Mula
diperkenalkan pada tahun 2011, Sekolah
Amanah diberi kebebasan untuk mengurus dan membuat keputusan bagi meningkatkan
prestasi pelajar. Pengetua Sekolah akan mengurus operasi sekolah dengan bantuan
YATSP.
Sehingga
kini – hanya selepas kira-kira empat (4) tahun, terdapat 40 buah Sekolah Amanah yang telah ditubuhkan serta
beroperasi di Johor, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. – BERNAMA/Khabar