… pusat perubatan 11-tingkat, 350 katil bernilai
RM593 juta
BERKENAN MENJENGAH KE JABATAN RADIOLOGI... KDYMM Sultan Pahang sedang disembah-taklimatkan mengenai peralatan canggih dan terkini yang terdapat di Jabatan Radiologi ini.
Selain DYMM Sultanah Pahang dan Dato' Sri DiRaja Adnan; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Tan Sri Dr Rais; Prof Dato' Sri Ir Zaini (empat dari kanan); dan, Prof Dato' Sri Zaleha (di belakang DYMM Sultanah Pahang).
PUSAT PERUBATAN
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (PPUIAM), INDERA MAHKOTA, KUANTAN – KDYMM Sultan
Pahang hari ini, Rabu, 20 Julai telah berkenan mencemar duli, berangkat merasmikan
Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PPUIAM) di sini.
Baginda
yang juga Ketua Perlembagaan UIAM, turut berkenan melawat Jabatan Radiologi dalam
bangunan PPUIAM ini, untuk melihat teknologi dan peralatan canggih di jabatan
berkenaan.
DYMM
Sultanah Pahang turut berangkat mengiringi Baginda.
Selain
Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob; yang turut hadir ialah Timbalan
Menteri Pendidikan, Dato’ Mary Yap Kain Ching; Presiden UIAM, Tan Sri Dr
Rais Yatim;
Ketua
Setiausaha II, Kementerian Pendidikan, Prof Dato' Sri Ir Zaini Ujang; Pengerusi, Jawatankuasa
Kesihatan dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Norol Azali Sulaiman; dan, Rektor UIAM, Prof Dato’ Sri Zaleha Kamaruddin.
RIBEN DIPOTONG... KDYMM Sultan Pahang kelihatan sedang melakukan acara memotong riben dengan yang lain di sisi - DYMM Sultanah Pahang; Tan Sri Dr Rais; Dato' Mary Yap; dan, Dato' Norol Azali (kiri sekali).
PPUIAM MEMPUNYAI
133 PAKAR PERUBATAN
Menurut
maklumat yang disediakan, PPUIAM mula dibina pada Julai 2012 di atas tapak
seluas 11 hektar di sini, yang siap sepenuhnya, empat (4) tahun kemudian pada Mei lepas.
Nilai
keseluruhan bangunan 11-tingkat ini ialah RM593 juta iaitu kos untuk bangunan
sahaja ialah RM416 juta, manakala untuk segala macam peralatan perubatan di
dalamnya ialah RM177 juta.
Mempunyai
keseluruhannya 350 katil, PPUIAM juga menyediakan 15 klinik pakar, 20 bilik
pembedahan, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU), Unit Rawatan
Rapi Bayi (NICU) dan bilik bersalin.
PPUIAM
juga disokong oleh pakar-pakar perubatan terlatih – 133 orang kesemuanya, yang
diraih daripada kuliyyah-kuliyyah yang terdapat di UIAM di sini iaitu Kuliyyah Perubatan;
Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu; Kuliyyah Farmasi; dan, Kuliyyah Pergigian.
Yang
lebih menariknya ialah, PPUIAM juga ialah pusat perubatan yang patuh syariah – semua
kaedah rawatan pesakit dilakukan menurut lunas-lunas Islam termasuk susunan
katil yang setiap satu menghadap kiblat.
PARA HADIRIN SEKELIAN... Antara yang turut kelihatan dalam foto ini ialah bekas Timbalan Menteri Besar yang kini ialah Presiden, Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (duduk barisan depan, enam dari kanan).
GUNA MESIN DAN
TEKNOLOGI TERKINI
Daripada
segi peralatan perubatan, PPUIAM menyedia dan menggunakan mesin serta teknologi
terkini antaranya MRI Tesla dan mesin CT Scan, yang ditempatkan di Jabatan
Radiologi.
Bilik
imbasan rawatan Angiogramnya pula dilengkapi dengan peralatan yang paling
terkini lagi canggih. – Khabar