KEROSAKAN
KEPADA JAMBATAN SUNGAI BENTONG... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang
menunjukkan sesuatu sambil yang lain termasuk Dato' Sri Ir Mohd Soffi (berbaju-T merah di sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan) memberi tumpuan.
Foto ini ialah ehsan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) daripada Biro Negerinya yang berpejabat di Jalan Beserah, Kuantan.
DI PINGGIR PUSAT
BANDAR BENTONG, BENTONG – Struktur Jambatan Sungai Bentong dekat Kampung
Baharu di sini, masih kukuh, demikian kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob yang melawatinya tengah hari Ahad, 11 Januari.
Kata-kata
ini diberikannya ekoran penilaian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mendapati
kerosakan hanya membabitkan jalan penghubung ke jambatan, dan bukan strukturnya.
Kerja baik pulih kerosakan akibat hakisan tanah kini katanya, sedang giat dilakukan dan dijangka selesai dalam tempoh dua (2) hari, sebelum dibuka kepada hanya penunggang motosikal dan pejalan kaki, dengan kawalan polis 24 jam.
“Mereka yang melalui jambatan ini (nanti) dinasihat untuk berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas melawat dan meninjau ke jambatan ini yang juga terletak berhampiran pejabat Kastam DiRaja Malaysia (KDM) cawangan Bentong.
Sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan mempengerusikan mesyuarat tentang kerosakan jambatan itu bersama-sama Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Liow Tiong Lai, yang juga Ahli Parlimen Bentong.

BAHAGIAN
BAWAH JAMBATAN, YANG MENUNJUKKAN HAKISAN YANG BERLAKU... Foto ini
dipetik daripada kumpulan WhatsApp ADUN & Ketua-ketua Jabatan
Kerajaan kendalian Dato' Mohd Johari Hussin. Ia disumbangkan oleh Dato'
Sri Ir Mohd Soffi sendiri.
PERKHIDMATAN BAS
DISEDIAKAN
Yang
turut hadir ialah Pengerusi, Jawatankuasa Kemudahan Asas Negeri, Dato’ Sri Ir
Mohd Soffi ABdul Razak; serta, Ketua Penolong Pengarah Kanan JKR Pahang, Ir
Mansor Ibrahim, dan Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor.
Dato’ Sri DiRaja Adnan menambah kata bahawa ketika ini, jumlah kos untuk membaiki kerosakan kepada jambatan yang berusia 40 tahun ini, masih dalam penilaian.
Dalam pada itu katanya, Kerajaan Negeri telah mengarahkan agar kemudahan perkhidmatan bas 'shuttle' disediakan bagi memudahkan pengangkutan penduduk tempatan khususnya Kampung Baharu, untuk ke pusat bandar Bentong.
“Perkhidmatan bas ini akan menunggu di seberang jambatan, dan akan melalui kawasan-kawasan utama seperti sekolah, pasar, kedai, balai polis, hospital dan klinik,” katanya lagi.
Dato’ Sri Liow yang turut ditemui pemberita, menasihati penduduk Bentong untuk tidak mempercayai khabar angin kononnya jambatan ini runtuh, sebaliknya, banjir yang melanda semalam hanya menyebabkan hakisan di tebing sungai yang berhubung dengan jambatan ini.

PADA
PERTEMUAN DENGAN MEDIA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang berkata sesuatu
kepada para pemberita sambil Dato' Sri Liow memerhatikan. Foto ini juga
ialah ehsan BERNAMA, begitu juga yang berikutnya.
KENDERAAN RINGAN
DAN BERAT PERLU GUNA LALUAN ALTERNATIF
Katanya, JKR telah memaklumkan akan segera menimbus kawasan yang terhakis manakala keselamatan jambatan akan diuji terlebih dahulu sebelum dibuka kepada penunggang motosikal dan pejalan kaki.
Kenderaan
ringan
dan berat yang biasa melalui jambatan ini untuk ke pusat bandar
Bentong, seterusnya ke Raub-Lipis serta Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan
bagaimanapun katanya, tidak
akan dibenarkan menggunakannya, yang oleh itu perlu menggunakan laluan
alternatif
yang ada.
Laluan alternatif itu khususnya bagi Bentong ke Raub, sepertimana kata Supt Mohamad Mansor pula, ialah menerusi Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga; seterusnya sama ada menerusi Lebu-Raub atau Sertik-Krau-Raub.
Menurutnya, JKR mulai menutup jambatan itu kepada lalulintas sejak 5 pagi tadi, dan ia merupakan kejadian pertama seumpamanya sejak jambatan ini mula digunakan lebih empat dekad lepas.
Melalui jambatan ini sebelum ini katanya, pengguna khususnya penduduk tempatan seperti Kampung Baharu, hanya mengambil masa 15 minit untuk ke pusat bandar Bentong, tetapi menerusi laluan alternatif, ia boleh mengambil masa hingga 45 minit.

MEMBANTU
BERSIHKAN LUMPUR... Dato' Sri DiRaja Adnan yang diiringi Dato' Sri
Liow, turut meluangkan masa melawat beberapa kawasan terjejas banjir di
sekitar Bentong, sambil membantu mana yang mampu, membersihkan lumpur di
sini. – Bernama