RASMILAH PELEPASAN... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sedang melakukan pelepasan konvoi. Di sebelahnya ialah Dato' Mohd Johari dan Dato' Shahaniza.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Kerajaan Negeri menerusi Yayasan
Pahang (YP), memperuntukkan RM2.4 juta sebagai bantuan persekolahan kepada
pelajar-pelajar terjejas banjir dan daripada keluarga yang memerlukan, di
negeri ini.
Kesemuanya, menurut Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, melibatkan kira-kira 18,000 pelajar dari kesemua daerah termasuk daerah-daerah yang tidak mengalami bencana banjir baru-baru ini.
Kesemuanya, menurut Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, melibatkan kira-kira 18,000 pelajar dari kesemua daerah termasuk daerah-daerah yang tidak mengalami bencana banjir baru-baru ini.
Berita
baik ini Dato’ Sri DiRaja Adnan umumkan dalam ucapan ringkas pada Majlis Pelepasan
Konvoi Sukarelawan Pahang (KSP) Dalam
Misi Kemanusiaan Banjir ke Kelantan petang Rabu, 7 Januari, di sini.
Sebelum
pengemuman itu, beliau telah menyebut tentang betapa luar biasanya banjir yang
melanda negara dan negeri, pada kali ini.
“Banjir ini
memang teruk kali ini. Takdir Allah belaka, untuk mengingatkan manusia biarlah
berpada-pada. Ada tempat yang tak pernah kena banjirpun, banjir. Tempat yang
patut banjir, tak banjir.
MAKA, BERLEPASLAH KONVOI KITA...
BENCANA,
MENYATUKAN KITA SEMUA
“Ha, ini
menunjukkan kuasa Allah. Kita kenalah menghormati alam sekitar, menghormati segala-gala
(yang) Allah telah lakukan (tentukan). Ini menimbulkan keinsafan,” katanya.
Dalam
pada itupun, beliau melhat aspek positif kepada terjadinya bencana banjir ini
sepertimana katanya, “Hari ini kita
dapat lihat, bila banjir (berlaku, ia) menyatukan kita semua.
“Semua – tak kira
Melayu, Cina, India. Islam, bukan Islam. Berbagai-bagai fahaman politik,
semuanya bersatu, bersama-sama”.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya menyebut tentang mesyuarat yang akan diadakan esok,
Khamis, 8 Januari, yang akan membincangkan lebih lanjut mengenai usaha-usaha
menangani pelbagai isu berkaitan tempoh pasca-banjir.
Adalah
difahamkan, mesyuarat yang dimaksudkan ialah yang akan dipengerusikan oleh
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertempat di Pejabat Daerah
dan Tanah Jerantut.
'GROUP PHOTO SESSION'... Foto ini dipetik dari kumpulan WhatsApp Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri/Ketua-ketua Jabatan Kerajaan yang diurus-tadbirkan oleh Dato' Mohd Johari.
TPM PENGERUSIKAN
MESYUARAT KOORDINASI
Mesyuarat
itu – Mesyuarat Koordinasi Pelan Tindakan Pasca Banjir Bagi Negeri Pahang,
ialah
yang utama dalam jadual lawatan sehari suntuk Tan Sri Muhyiddin ke daerah
Jerantut, kemudian Temerloh pada sebelah petangnya.
Selain
mesyuarat tersebut, Tan Sri Muhyiddin akan turut melancarkan program Bantuan
Awal Bantuan Persekolahan peringkat negeri di susuli bergotong-royong membersihkan
kesan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar.
Konvoi
Sukarelawan Pahang (KSP) yang Dato’ Sri DiRaja Adnan lancar-lepaskan petang
Rabu ini, ialah selama tiga (3) hari berakhir Jumaat, 9 Januari; disertai 200
sukarelawan di bawah naungan Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP).
Ia melibatkan 53 kenderaan termasuk pacuan empat roda, lori dan van, yang bergerak ke tiga (3) daerah di negeri ini bermula di Rompin, Kuantan dan Temerloh; sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.
Ia melibatkan 53 kenderaan termasuk pacuan empat roda, lori dan van, yang bergerak ke tiga (3) daerah di negeri ini bermula di Rompin, Kuantan dan Temerloh; sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.
Selain
bekalan makanan, konvoi ini turut membawa bersama-samanya dapur, lilin, pakaian
dan jentera penyembur air.
Yang
turut hadir ialah Pengerusi, Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Mohd Johari
Hussin; serta ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang lain iaitu, Dato’ Norol Azali
Sulaiman dan Dato’ Shahaniza Shamsuddin. – Khabar