… ingatan Dato’
Sri DiRaja Adnan Yaakob ketika isu mengenai 1MDB hangat diperdebatkan.
MENURUNKAN TANDATANGANNYA... Sambil disaksikan oleh Dato' Sri Wan Rosdy dan Dato' Sri Abdul Jabbar dan yang lain, Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menurunkan tandatangannya pada plak perasmian.
KOSMA BUSINESS
HOTEL, JALAN TUN ISMAIL 1/1, PUSAT DAGANGAN KUANTAN, KUANTAN – Dalam pada menggesa
Kerajaan Persekutuan supaya mengambil sikap ‘berlapang dada’ dalam menerima
kritikan dan teguran atas isu-isu semasa khususnya berkaitan 1MDB;
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang ditemui pada perasmian hotel ini pagi
Khamis, 14 Mei di sini menegaskan betapa, “Kalau
kita sama kita terus bersengketa, alamatnya, kita akan hilang kuasa”.
Ini
sebagai reaksi kepada soalan wartawan pada persidangan media, yang menanyakan
tentang pendedahan negatif oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Ahmad
Said mengenai 1MDB – asalnya, Terengganu Investment Authority (TIA), pada
persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, semalam.
Mengulas
lanjut, terutamanya kini dengan kritik dan balas-membalas kritik melibatkan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd
Najib Razak atas isu yang sama katanya;
“Saya tak boleh
nak sebelah mana-mana. Tun (Dr) Mahathir, ayah saya; Dato’ Sri Najib, abang
saya. Tak boleh… biar abang dengan ayah selesai sendirilah”.
BERMULANYA KERJASAMA ANTARA YAYASAN KOSMA DAN IKIP GROUP OF COLLEGES... Menerusi MoU yang ditandatangani dan disaksikan oleh Menteri Besar, IASC akan melatih tenaga kerja rangkaian hotel milik Kosma sepertimana Kosma Business Hotel ini, termasuk dalam kemahiran berBahasa Inggeris.
DUA-DUA SAYA SAYANG
“Abang, ayah;
ayah, abang. Hai, tak boleh… Ini nak pergi maki abang? Oi, tak boleh... Nak maki
bapa pula? Tak boleh, tak boleh… Dua-dua tu saya sayang,” katanya, sambil
menegaskan betapa pendiriannya ini tidaklah boleh dilihat sebagai ‘main selamat’.
Mengenai
majlis pagi Khamis ini, Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata, Kerajaan Negeri tidak
mampu lagi untuk memberikan tanah lebih luas kepada Koperasi Usahasama Makmur
Bhd (Kosma) untuk ia bangunkan sebagai ladang sawit.
“Tak mungkin
kita boleh meluluskan satu kawasan yang begitu luas kepada Kosma lagi,” katanya.
“Itu sebab
langkah Kosma untuk mempelbagaikan kegiatan daripada menumpukan kepada ‘core
business’nya ladang sawit, sekarang ini ke bidang perhotelan; adalah satu
langkah yang disanjung, yang sepatutnya berlaku,” katanya lagi.
Dalam
ucapannya sebelum itu, Pengerusi Kosma, Dato’ Sri Abdul Jabbar Ibrahim ada menyebut
tentang Kosma yang kini mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 3,240 hektar (8,000
ekar) yang keuntungannya diagihkan sebagai dividen kepada ahli-ahlinya – pesara
kakitangan Kerajaan di Pahang; seramai 1,704 orang.
MERASAI KESELESAAN BERADA DALAM BILIK HOTEL... Pada kesempatan pagi Khamis ini, Dato' Sri DiRaja Adnan turut sudi menjengah dan merasai keselesaan berada dalam bilik hotel 3-bintang milik Kosma ini. Dan, berdepan dengannya ialah Masjid Lapang Besar yang baharu yang telah berpindah dari tapak asal, hanya 50 meter jauhnya.
PERLU ADA ‘BUSINESS’
DAN ‘FINANCIAL MODEL’
Dalam
pada itupun, Dato’ Sri DiRaja Adnan menasihati kepimpinan dan pengurusan Kosma
supaya mengkaji dengan teliti akan setiap cadangan pelaburan baharu yang hendak
dilakukan.
“Hanya tadi nasihat
saya supaya setiap ‘investment’ baharu itu mesti dikaji daripada segi ‘business
model’nya dan juga daripada segi kemampuan kewangan. Bukan sahaja daripada segi
‘business model’ tapi ‘financial model’ juga,” katanya.
Menurut
maklumat yang diperolehi, hotel bertaraf 3-bintang bernilai RM8 juta dan mula beroperasi sejak 1 Febriari lepas, menyediakan
60 bilik, selain sebuah bilik seminar dan bilik mesyuarat.
Yang
turut tersedia ialah sebuah kafeteria – ‘Rimbunan Oriental Kosma’ yang
dikendalikan oleh IKIP Advanced Skills Centre (IASC), sebuah anak syarikat di
bawah IKIP Group of Colleges yang dimiliki sepenuhnya oleh Yayasan Pahang (YP)
Selain
Dato’ Sri Abdul Jabbar, antara yang turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi,
Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; dan
seorang lagi Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif; serta,
Timbalan Pengurus Besar YP, Encik Norhishamuddin Yaacob, yang juga Pengarah
Urusan, IKIP Education Sdn Bhd.
DIF-DIF KEHORMAT, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN...
KOSMA BUSINESS HOTEL, JALAN TUN ISMAIL 1/1, BERDEPAN DENGAN MASJID LAPANG BESAR YANG BAHARU... – Khabar
DIF-DIF KEHORMAT, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKELIAN...
KOSMA BUSINESS HOTEL, JALAN TUN ISMAIL 1/1, BERDEPAN DENGAN MASJID LAPANG BESAR YANG BAHARU... – Khabar