“Orangramai dan
masyarakat itu sendiri mesti ada kesedaran, mesti ada etika. Sayapun susah hati
betullah. Tengok, macam sungai-sungai yang saya lalu; dengan plastiknya, dengan
sampah sarapnya, guni bajanya,” kata Menteri Besar.
TEKAN BUTAN TANDA PERASMIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang melaksanakan 'gimmick' perasmian sambil yang lain memerhatikan. Antara yang kelihatan ialah Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail;
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Dr Tam Weng Wah; Ketua Pengarah, JPBD Semenanjung Malaysia, Datin Paduka Dr Dahlia Rosly; dan, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato' A.Rahman Hamzah.
HOTEL CENTURY
PINES, TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Kerajaan Negeri akan menjalankan
gerakan bagi membersihkan sungai-sungai di tanahtinggi ini melibatkan semua
pihak terutama penduduknya, kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.
Gerakan
ini penting kerana menurutnya, selain sungai-sungai ini mengalir serta memberi kesan
ke atas kawasan serta penduduk di sini, alirannya turut akhirnya memasuki
Sungai Pahang di sebelah timur, yang melibatkan kawasan lebih luas serta
penduduk lebih ramai.
“Kita akan ‘engage’
semua mereka yang terlibat untuk sama-sama bersihkan sungai. Sebab, baru-baru
ini kita diberikan taklimat oleh NAHRIM bahawa lembangan sungai di Camerons ini,
airnya mengalir sampai ke Sungai Pahang, ke Kuala Pahang di Pekan.
“Ia tidak
seperti dikatakan oleh sesetengah orang bahawa (air dari sungai-sungai di
Cemerion Hinglands) itu, mengalir ke sebelah Kelantan, tidak. Ia (mengalir) ke
sebelah (timur) Pahang,” katanya.
NAHRIM
yang dimaksudkan ialah Institut Penyelidikan Haidraulik Kebangsaan Malaysia,
yang di bawah Kementerian Sumber Ali dan Alam Sekitar (NRE), beribu pejabat di
Sri Kembangan, Selangor.
INILAH DERAFNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang membelek-belek (flipping through), kandungan dalam Deraf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands ini.
Yang turut kelihatan di belakang ialah Ketua Hakim Syarie' Negeri, Dato' Abdul Rahman Yunus (bersongkok).
PENDUDUK MESTI
ADA KESEDARAN
Dato’
Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media sempena perasmian
Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030
(Penggantian) pagi Khamis, 3 Disember, di sini.
“Kita kena
berbalik kepada asas,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi. “Orangramai dan
masyarakat itu sendiri mesti ada kesedaran, mesti ada etika. Sayapun susah hati
betullah. Tengok, macam sungai-sungai yang saya lalu; dengan plastiknya, dengan
sampah sarapnya, guni bajanya.
“Dan di Empangan
Sungai Abu Bakar itu, ‘land rover’ burukpun ada, peti sejuk, ‘washing machine’,
everything inside. Ini puncanya. Kita cakap orang marah kita (tetapi) ‘the people
must be aware of the need to preserve the environment. If they simply throw rubbish
(anywhere) that they like, then they will create problem,” tegasnya.
Mengenai
Deraf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 katanya, ia merangkumi
cadangan-cadangan pembangunan juga mekanisme kawalan pembangunan untuk daerah
ini.
Sambil
mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia, atas kerjasama menyediakan Deraf
Rancangan Tempatan ini;
SESI FOTO BERKUMPULAN... Bersesi foto berkumpulan dengan Pegawai-pegawai Majlis Daerah Cameron Highlands.
PENDUDUK MESTI
AMBIL KESEMPATAN MENYEMAK DERAF
“Dengan adanya
deraf rancangan tempatan ini, maka ia membolehkan juga Kerajaan mengambil kira nanti,
sebagai contoh proses pengurusan tanah… kita ambil kira apa yang ditentukan
oleh rancangan tempatan,” katanya.
Sehubungan
itu, beliau menyarankan penduduk Cameron Highlands mengambil kesempatan untuk
mengemukakan cadangan balas mereka terhadap apa yang telah diutarakan dalam
Deraf Rancangan Tempatan ini.
Deraf
Rancangan Tempatan ini dipamer untuk semakan dan cadangan balas penduduk di
sini selama kira-kira sebulan, bermula hari ini, Khamis, 3 Disember dan
berakhir pada 4 Januari depan (2016).
“… yang paling
pentingnya, hari ini, kita mula mendedahkan kepada orangramai, orang awam untuk
membuat kritikan, membuat cadangan balas.
“Mereka boleh
buat (cadangan balas). The people of Cameron Highlands must make full use of
this opportunity to air their views; what they think are the more appropriate
so that, if we find necessary, we can even change the draft of the local plan,” katanya.
KE SESI LAWATAN PAMERAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh Datin Paduka Dr Dahlia mengenai apa yang dipamerkan.
JANGAN NANTI,
SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH
“Mereka boleh
mengemukakan (cadangan balas). Jangan nanti esok dah siap baru (hendak merungut
dan membantah)… Dah terhantuk baru tergadah, dah lepas baru kita sibuk,” katanya lagi.
Menurutnya,
Deraf Rancangan Tempatan ini telahpun mengambil
kira serta mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti yang terjejas
oleh tanah runtuh dan banjir, serta cadangan bagi mengelak daripada berulangnya
kejadian tersebut.
Kepada
soalan daripada wartawan Malay Mail dari Kuala Lumpur, yang berkaitan dengan
dakwaan rasuah serta apakah cara menanganinya sepertimana yang mungkin
dicadangkan dalam Deraf Rancangan Temoatan ini katanya;
“… all these
charges – anybody can make any charges… Even those days - one year back; many
were pointing fingers at the Land Office officers and then insinuating that the
Exco members and the MB, were on the take. It’s not true.
“And now, some
people are accusing (personnels of) the task force (headed by the National
Security Council, are) on the take!
ADDRESSING THE PC...
THE NEED TO
PROVE WILD ALLEGATIONS
“But, you must have
black and white prove. You must have all the documents, you must have the prove
and you can lodge report, anytime. So don’t simply allege or make accusations,” the Menteri
Besar said.
On
a question of what constitute ‘big time players’, to differ them with small-scale
farmers whom the State Government has yesterday decided to process their
application to eventually approve land of between one to two hectres for them
to resume farming;
“If you work on
the land let say more than five (5) acres, we consider them as big time players.
Because in Cameron Highlands here, with two, three acres, I tell you, you can
(already) make millions…,” he said.
“Jadi kita
sekarang ini, Kerajaan Negeri; lama dah kita fikir, bincang. Already about one
year so I think the illegal farmers have learned their lesson (thus the
decision by the State Government to re-issueing of Temporary Occupational License
[TOL] to small-scale farmers).
“But then, we
cannot take away the whole team (the taskforce led by the NSC) because, if we
take the whole team away from Camerons, then the (illegal) activities will
start again,”
he stressed.
CAMERONS GAZETTED
AS ECO-TOURISM AREA?
On
a question if the State Government would consider gazetting the whole of Cameron
Highlands as an eco-tourism area he said that the State Government will have to
study the proposal.
“You know who
brought up this matter? My good friend Rama (of an NGO named REACH with merely
60 active members) . I met him last night. We will go back and study because this
has got to do with legal matters,” he added. – Khabar