ENCIK ARUL KANDA... Dalam bahasa yang mudah dan tersusun, Encik Arul Kanda sedang menerangkan sesuatu kepada para hadirin. Yang turut kelihatan ialah Puan 'Moderator', Dato' Shahaniza.
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – Kira-kira 1,000 orang dalam kalangan
penjawat awam dan orangramai telah menghadiri Majlis Taklimat Khas Isu-isu
Semasa pada pagi Selasa, 2 Ogos di sini.
Majlis
anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri dengan kerjasama Pejabat Menteri
Besar telah mengundang Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, 1Malaysia
Development Bhd (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy sebagai penceramah.
Sesuai
dengan jawatannya, tajuk utama ceramah Encik Arul Kanda yang disusuli sesi
soal-jawab dengan para hadirin ialah berkenaan 1MDB khususnya ekoran
perkembangan terbaharu melibatkan tindakan Jabatan Keadilan (DoJ), Amerika
Syarikat.
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hadir pada majlis ini; begitu juga – antara
lain, Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; serta
beberapa Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan-Ketua Jabatan Kerajaan
Negeri dan Persekutuan.
Seorang
lagi Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shahaniza Shamsuddin telah bertindak
sebagai ‘moderator’. Majlis yang bermula kira-kira 10.30 pagi, berakhir hampir dua jam kemudian yang disusuli makan tengah hari.
PUAN 'MODERATOR'...
SERIUS... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sedang mengambil nota tertentu daripada ceramah yang sedang Encik Arul Kanda sampaikan.
Selain Dato' Sri Ishak, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Roslan Harun; dan, Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail Aziz (duduk, kanan sekali).
CENDERAMATA BUAT TETAMU KITA...
PARA HADIRIN PAGI SELASA...
– Khabar