“… gerakan untuk
memenangi hati, jiwa rakyat – bukan sahaja ahli parti tapi juga orangramai, bukan
sahaja orang Melayu tapi untuk semua kaum; mesti diteruskan,” katanya juga.
DALAM UCAPAN LUAR TEKS 41-MINITNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan ucapannya. Yang turut kelihatan ialah Ketua UMNO Bahagian Lipis, Dato' Abdul Rahman Mohamad, dan, Timbalannya, Dato' Ir Mohd Soffi Abdul Razak (kanan sekali) yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri.
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUALA LIPIS – Semua Bahagian UMNO di negeri ini
diarah membuat persiapan untuk segera berada dalam ‘election mode’ bagi
menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.
Ini
selain memastikan perpaduan dalam kalangan ahli sentiasa diperkukuhkan.
“… kita sekarang
ini yang mustahak, satukan parti,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob dalam ucapan luar teks 41-minitnya sementara menanti ketibaan
Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merasmikan
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis pagi Sabtu, 13 Ogos di sini.
Asal
jadualnya, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid yang menjalankan tugas sebagai Timbalan
Presiden UMNO, menaiki helikopter dari Ibunegara untuk ke sini tetapi terpaksa
berpatah balik ekoran kabus tebal di kawasan Banjaran Titiwangsa berhampiran
Genting.
Berikutan
itu berlaku kelewatan kerana beliau terpaksa mengambil tindakan alternatif dengan
menggunakan jalan darat, yang kebiasaannya mengambil masa kira-kira tiga (3)
jam untuk sampai ke sini.
SAMBUTAN BUAT TPM... Dato' Sri Dr Ahmad Zahid sedang diberi sambutan ketibaan di perkarangan Dewan ini. Selain Dato' Abdul Rahman dan Dato' Sri Ir Mohd Soffi; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Naib Ketua UMNO Bahagian, Dato' Mustapa Long yang juga wakil rakyat negeri (BN - Padang Tengku) (kanan sekali).
Ketibaan Dato' Sri Dr Ahmad Zahid terlewat daripada jadual asal akibat masalah cuaca yang ekoran itu, Dato' Sri DiRaja Adnan telah melakukan acara awal perasmian sebelum terpaksa bergegas ke Bentong atas urusan yang telah lama diaturkan.
“… BILA ‘PRIIIT’,
JALAN”
“Semua Bahagian (UMNO)
mesti dalam ‘election mode’. Maknanya, bilik gerakan (perlu dilengkapkan dengan
segala maklumat yang diperlukan)… Tubuhlah jawatankuasanya, bila ‘priiit’ (PRU-14
diumumkan), jalan…,”
tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Beliau
yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri sekali lagi mengingatkan
kepimpinan dan ahli-ahli parti supaya terus melaksanakan gerakan untuk memenangi
hati dan jiwa rakyat.
Gerakan
itu pula mestilah tidak kepada ahli-ahli parti atau mereka dalam kalangan
Melayu semata-mata, tetapi turut melibatkan rakyat pelbagai latar belakang dan
fahaman, serta kaum.
“… gerakan untuk
memenangi hati, jiwa rakyat – bukan sahaja ahli parti tapi juga orangramai, bukan
sahaja orang Melayu tapi untuk semua kaum; mesti diteruskan,” katanya.
Dan
beliau yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri menambah kata betapa; “Hanya cara ini sahajalah, kita boleh mengekalkan
kuasa pemerintahan di tangan kita.
TIDAK ADA DASAR
YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN RAKYAT
“Kalau rakyat
bersama kita, insyaAllah (kita akan terus jadi pilihan dalam pilihanraya kelak).
Dan untuk rakyat bersama kita, kita mesti menunjukkan yang kita bersama rakyat”.
Selama
inipun katanya, usaha memenangi hati dan jiwa rakyat banyak sudah dilaksanakan misalnya
dengan pengenalan dan pelaksanaan pelbagai dasar dan langkah, demi untuk
kesejahteraan rakyat-jelata.
“Kalau kita
tengok sejak zaman Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, tidak ada
satu dasar yang tidak berkait dengan rakyat yang diumumkan.
“Untuk bantu
orang susah – BR1M (diperkenalkan). Untuk bantu orang yang kurang pendapatan
(lalu ada pilihan untuk) beli barang murah sikit – KR1M, kedai Rakyat 1Malaysia.
“Yang tidak
sanggup pergi ke hospital beratur ramai-ramai kemudian itu tak ada duit nak
pergi ke klinik swasta – ada Klinik 1Malaysia, KL1M,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan menamakan antara dasar-dasar dan langkah-langkah pro-rakyat yang
telah diumum dan dilaksanakan.
BANTUAN
HENDAKLAH SECARA BERKALA
Dan
menerusi dasar-dasar dan langkah-langkah sebeginilah menurutnya, ia menunjukkan
bahawa kepimpinan dan ahli parti sentiasa ‘menghayati’ segala kemiskinan atau
kesusahan yang rakyat-jelata hadapi.
Sehubungan
itu, beliau memuji apa yang telah dan sedang dilakukan oleh wakil rakyat-wakil
rakyat seterusnya ahli-ahli dalam Bahagian-bahagian UMNO serta ketiga-tiga
sayapnya – Wanita, Pemuda dan Puteri; kerana sering melakukan ziarah ke atas
golongan yang memerlukan, sambil menghulurkan bantuan.
Zirahan
dan bantuan yang diberi beliau berharap, tidaklah secara ‘one-off’ sebaliknya
dilakukan secara susulan dari masa ke semasa. “Saya harap, dalam usaha memenangi hati, jiwa rakyat ini, jangan
sekali, ‘one-off’ (tetapi) mesti berkala.
“Maknanya, kalau
kita beri orang (yang memerlukan) itu ‘pampers’ (pada ziarahan kali pertama); dua
minggu, tiga minggu (kemudian) kita (hendaklah) hantar lagi ‘pampers’,” katanya lagi. – Khabar