“Ternyata ini
bukan soal main-mainan, sebabnya percaturan perjuangan kali ini cukup serius
dan tidak ada tawar menawarnya lagi,” tegasnya
DALAM AKSI PENUH BERSEMANGAT...
DEWAN MERDEKA,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTERA (PWTC), KUALA LUMPUR – Dato’ Sri
Mohd Najib hari ini menegaskan betapa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
mempunyai misi amat besar dalam menentukan survival bangsa, masa depan rakyat
serta negara keseluruhannya, yang bukan hanya demi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ini kerana PRU-14 akan meletakkan rakyat di satu persimpangan pemutus lagi ‘monumental’, yang akan menjadi penentu kepada nasib negara ini, kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
Ini kerana PRU-14 akan meletakkan rakyat di satu persimpangan pemutus lagi ‘monumental’, yang akan menjadi penentu kepada nasib negara ini, kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
“Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya percaturan perjuangan kali ini cukup serius dan tidak ada tawar menawarnya lagi,” tegasnya semasa menyampaikan ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 pagi Khamis, 7 Disember di sini.
Ucapan
dasar bertajuk ‘UMNO : Pelaksana Wasiat Pusaka, Harapan Sejati Kesejahteraan
Negara Bangsa’ itu disampaikannya selama kira-kira sejam 31-minit, bermula pada
10.23 pagi dan berakhir pada 11.54 pagi.
Dengan penuh bersemangat, Dato’ Sri Mohd Najib berkata, UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih bertahan teguh dalam membela kepentingan orang Melayu Bumiputera serta rakyat, selain kekal sebagai petunjang utama kepada BN.

DARI SISI LAIN...
NASIB BURUK BAKAL
TIMPA JIKA GAGAL PERTAHANKAN KERAJAAN
Beliau turut menggambarkan mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa jika UMNO dan BN gagal mempertahankan kerajaan sedia ada pada PRU-14 yang dikatakan sudah semakin hampir.
“Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan agama Islam dan syiarnya diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini?” tanya Dato’ Sri Mohd Najib sepertimana laporan berita BERNAMA.
“Keduanya, tergamakkah kita melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia bahkan akan didurhakai, manakala institusi-institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan?” beliau bertanya lagi.
Beliau
turut membayangkan nasib institusi kebanggaan UMNO dan Bumiputera seperti Universiti
Teknologi MARA (UiTM) yang sudah pasti akan digagalkan objektifnya begitu
sahaja jika pembangkang pula memerintah.
Manakala
penjawat awam yang menjadi tukang belakang kerajaan ketika ini katanya lagi, akan
dikurangkan jumlahnya.
AKAN
TERGADAI KEINDUKAN
“Dan sudah tentu sekali kesumat pihak lawan sejak sekian lama terhadap keistimewaan orang Melayu Bumiputera sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka; akan dipijak-pijak maruah dan tergadailah keindukannya.
“Bahkan, lebih buruk dari itu akan merempat, dicelakakan sehina-hinanya sehingga terbangsat di tanah air sendiri,” katanya lagi.
Beliau
seterusnya mengajak kesemua anggota UMNO membayangkan sama ada mereka masih
berpeluang berkumpul di Dewan Merdeka yang penuh keramat ini jika UMNO dan BN
tumpas ke tangan lawan.
“Masih terdengarkah lagi gemanya selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW yang kita kasihi. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu-lagu patriotik UMNO lambang bangsa bertuah ini? Bolehkah panji-panji UMNO terus berkibar?
“Mampukah kita menahan rasa sebak dan sedih di dada apabila kita tidak lagi bisa berkumpul seperti ini dalam satu keluarga besar sebagai adik beradik UMNO,” beliau menambah kata.

AMPUNKAN,
AMPUNKANLAH
Hanya ketika itu menurutnya, barulah anggota parti sedar mengenai nikmatnya sebuah kesatuan dan mulianya hidup dalam perjuangan di bawah rimbunnya payungan UMNO, namun semuanya sudah tidak bererti.
“Jawapannya… hanyalah dengan raut wajah sejuta penyesalan,sambil berlinang air mata, kita hanya mampu berkata kepada mereka, ‘Wahai anak cucuku, ampunkan, ampunkanlah dosa-dosa kami ini,” menurut Dato’ Sri Mohd Najib lagi. – BERNAMA/Khabar