“Rutin Arwah untuk keluar berjumpa orangramai setiap 9 pagi, pulang ke rumah lewat petang dan sekali lagi keluar pada sebelah malam untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mahu bertemunya,” kata Dato’ Sri Abdul Manan.
ARWAH, SEORANG YANG PERAMAH SERTA BAIK BUDI-BAHASANYA... Semoga Allah merahmati rohnya.
MASJID SULTAN HJ
AHMAD SHAH, PERKAMPUNGAN SUNGAI ISAP, KUANTAN – Wakil Rakyat Negeri, Dato’
Mohd Shohaimi Jusoh (BN – Lepar) telah pulang ke Rahmatullah pada awal pagi
Ahad, 31 Disember di kediamannya di Nombor 18, Lorong Sungai Isap Damai 32
dekat sini.
Arwah
meninggal dunia pada usia 55 tahun, kira-kira 4.15 pagi. Arwah yang juga Naib
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ialah wakil rakyat sejak 2008, meninggalkan isteri
– Datin Rohaizan Yatim, 52, serta enam (6) anak berusia antara 15 dan 26 tahun.
Menurut
anak keduanya, Mohd Irwan Afendi, 25, Arwah yang menghidap penyakit kencing
manis, hanya demam sejak seminggu lepas tetapi semakin pulih dan kelihatan
ceria semalam.
“Pada pukul 4 pagi, Emak memanggil saya dan tiga adik yang berada di rumah untuk membantu mengangkat Ayah yang lemah di tandas. Kami membawanya ke bilik dan menghubungi ambulans. Waktu itu nafas ayah begitu laju.
“Pada pukul 4 pagi, Emak memanggil saya dan tiga adik yang berada di rumah untuk membantu mengangkat Ayah yang lemah di tandas. Kami membawanya ke bilik dan menghubungi ambulans. Waktu itu nafas ayah begitu laju.
“Pegawai
perubatan kemudiannya mengesahkan Ayah sudah tiada, selepas beberapa kali
melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR),” katanya sepertimana
dilaporkan oleh BERNAMA.
DALAM MENUNAIKAN SOLAT JENAZAH BUAT ARWAH... KDYMM Pemangku Raja sedang menunaikan Solat Jenazah yang diimamkan oleh Dato' Sri Abdul Rahman.
Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Syed Ibrahim, Dato' Dr Ahmad Shukri (sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan) dan Dato' Ahmad Nazri (kiri sekali).
KEBERANGKATAN KDYMM
PEMANGKU RAJA
Jenazah
Arwah telah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Hj Ahmad Shah
ini, sebelum dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri
Fajar, Jalan Kuantan-Gambang kira-kira 20 km dari sini.
KDYMM
Pemangku Raja Pahang yang diiringi KDYTM Tengku Puang Pahang, telah berkenan
mencemar duli berangkat serta menyertai jemaah kira-kira 1,000 orang menunaikan
Solat Jenazah.
Yang
turut hadir ialah Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, Ahli-ahli Exco
Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shafik Fauzan
Sharif, Dato’ Sri Abu Bakar Harun, Dato’ Sri Mohd Johari Hussain dan Dato’ Sri
Syed Ibrahim Syed Ahmad;
Mufti
Negeri, Dato’ Sri Abdul Rahman Osman; Ahli Parlimen, Dato’ Sri Abdul Manan
Ismail (BN – Paya Besar); wakil rakyat-wakil rakyat Negeri – Dato’ Md Sohaimi
Mohamed Shah (BN – Sungai Lembing), Dato' Mohd Zaili Besar (BN - Panching), Dato’ Wan Salman Wan Ismail (BN – Jengka),
Dato’ Mohamed Ariffin Awang Ismail (BN – Chenor), Dato’ Dr Ahmad Shukri Ismail
(BN – Pulau Tawar);
serta
Ketua-ketua Jabatan – Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Ahmad Nazri Abu
Bakar, Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri, Dato’ Rosdi Ismail, Pegawai Daerah
Kuantan, Dato’ Zaliza Zulkipli dan Pegawai Daerah Maran, Dato’ Ahmad Fuad Yahya.
SAMA-SAMA MENDOAKAN...
TETAP TURUN
PADANG WALAUPUN TIDAK SIHAT
Dato’
Sri Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar memberitahu wartawan
yang beliau telah kehilangan seorang rakan dan seorang wakil rakyat yang sangat
komited untuk membantu rakyat.
Menurutnya,
Arwah tetap meluangkan masa mengikuti program-program sekitar Parlimen Paya
Besar sungguhpun dalam keadaan tidak sihat, termasuk program penyampaian
sumbangan Khamis lepas yang merupakan pertemuan terakhir mereka.
“Rutin Arwah untuk keluar berjumpa orangramai setiap 9 pagi, pulang ke rumah lewat petang dan sekali lagi keluar pada sebelah malam untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mahu bertemunya.
“Rutin Arwah untuk keluar berjumpa orangramai setiap 9 pagi, pulang ke rumah lewat petang dan sekali lagi keluar pada sebelah malam untuk berjumpa sesiapa sahaja yang mahu bertemunya.
“Masa Arwah lebih banyak diluangkan di luar berbanding (bersama dengan) keluarga. Begitu komitednya Arwah dalam bekerja. Arwah juga sepatutnya menghadiri satu majlis di Sekolah Kebangsaan Cina di sini, pagi ini,” kata Dato’ Sri Abdul Manan. – BERNAMA/Khabar