Cadangan memilih calon Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 ini.
“Dan saya telah
beritahu Presiden MIC, MCA, Gerakan; kita pilih calon yang orangramai suka,
bukan pilih calon (yang) kita mahu,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
UCAPAN KHAS BUAT ANAK-ANAK MURID DAN PELAJAR PENERIMA BAP KITA... Dalam pertengahan ucapan luar teks 20-minitnya, Dato' Sri DiRaja Adnan yang asalnya berucap dari atas pentas di dalam Dewan, telah secara spontan keluar ke sisi kiri Dewan di mana ditempatkan kesemua 1,000 pelajar/penerima untuk berucap 'direct' dengan mereka yang kelihatan sangat dialu-alukan oleh semua.
PERKARANGAN DEWAN,
RANCANGAN TANAH FELDA KEMASUL, BENTONG – Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mencadangkan
agar pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihanraya Umum
(PRU) ke-14 dilakukan berdasarkan kehendak orangramai bukannya kemahuan kepemimpinan
parti.
Yang
dengan itu sahajalah menurutnya yang juga Menteri Besar serta Pengerusi, BN
Negeri dan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri; boleh memberi kemenangan
kepada calon seterusnya BN.
“Saya mencadangkan
– tak kira muka baru, muka lama, kita pilih siapa orang(ramai) hendak, bukan siapa
kita mahu.
“Dan saya telah
beritahu Presiden MIC, MCA, Gerakan; kita pilih calon yang orangramai suka,
bukan pilih calon (yang) kita mahu,” katanya menjawab soalan wartawan pada
persidangan media sempena Majlis Penyampaian Bantuan Anak Pahang (BAP) tengah
hari Isnin, 15 Januari di sini.
Menurutnya,
senarai nama calon BN di negeri ini telahpun diserahkan kepada Perdana Menteri
yang beliau percaya, mempunyai mekanisme sendiri untuk menjalankan semakan ke
atas senarai tersebut.
LAGI KEMESRAAN DENGAN ANAK-ANAK MURID/PELAJAR/PENERIMA YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMIMPIN NPOMBOR SATU KITA...
IKUT TRADISI
TENTUKAN KERUSI PARTI KOMPONEN
“Ha itu biarlah…
keputusan muktamad (tentang senarai calon BN, terpulang) kepada pucuk pimpinan,” katanya lagi.
Beliau
juga memberitahu betapa di negeri ini, turut mengambil kira-kira beberapa lagi
pertimbangan lain termasuk daripada segi pengagihan kerusi untuk ditandingi
oleh parti-parti komponen BN yang akan terus menurut tradisi.
“… kalau kerusi itu
untuk parti komponen (lain), UMNO tak minta. Kita ikut tradisi.
“Walaupun kerusi
itu macam (hendak) kalah kalau ditandingi oleh parti komponen (selain UMNO) tapi
sudah hak dia, kita kena kerja kuat (untuk) pastikan parti komponen itu menang.
Sebab kita menjaga tradisi tadi,” katanya.
“Sebab kita kena
fikir yer. Kata misalan sebagai contoh, Cameron Highlands – ia kuota MIC
(secara tradisi). Kalau kita tak bagi kepada MIC (pada PRU ini), berasa hati
orang India.
KEMESRAAN TERSERLAH ANTARA PEMIMPIN NEGERI DENGAN PEGAWAI AGENSI NEGERINYA... Tentu ada yang melucukan yang diperkatakan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan hinggakan Dato' Sri Mohamad (dua dari kiri) dan Encik Airulamri (kiri sekali) tertawa-riang.
PASTIKAN KAWASAN
MENANG TAK KALAH
“Bukan orang
India Camerons sahaja, orang India di seluruh Malaysia (juga berasa hati) yang
akan beri kesan kepada kerusi-kerusi lain. Di Pelangai, ramai orang India, Lanchang,
ramai orang India, Benta ramai orang India. Contoh,” katanya lagi.
Fokus
parti-parti komponen BN di Pahang sekarang menurutnya, untuk memastikan
kemenangan terus diperolehi di kawasan-kawasan yang ia telah sedia menanganinya
pada PRU lepas.
“… kita pastikan
kawasan yang telah menang tu tak kalah. Itu yang mustahak. Dalam keadaan politik
yang bercelaru sekarang ini, fokus kita kena betul,” tegasnya.
Beliau
seterusnya berkata, beliau selaku Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri telahpun
meminta kesemua Bahagian UMNO supaya memberikan tumpuan kepada kerja-kerja
pilihanraya dengan terutamanya mendekati rakyat sambil membantu mana yang boleh.
Mengenai
Majlis Penyampaian BAP pada hari ini, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pahang
berkata, bantuan berbentuk sumbangan RM200 tunai adalah mengganti kaedah
sebelum ini dalam bentuk sumbangan barangan bantuan persekolahan seperti baju
dan beg sekolah bernilai Cuma RM100.
1,000 ORANG
TERIMA RM200 SEORANG
“… ini kali
pertama kita bagi duit. Yayasan (Pahang) mencadangkan RM100 (tapi) saya
cadangkan RM200. Dan orang yang mendapat faedah, 20,000 orang X RM200, RM4 juta
(yang YP belanjakan),” katanya lagi.
Pada
majlis hari ini, kira-kira 1,000 orang menerima BAP masing-masing. Antara yang
turut hadir pada majlis meriah dan penuh keceriaan ini ialah Timbalan Speaker,
Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Mohamad Jaafar;
PARA PENERIMA DENGAN SAMPUL WANG RM200 MASING-MASING... – Khabar