… pelantikan ialah sempena Istiadat Konvokesyen ke-17 KUIPSAS
BUKIT GAMBANG
RESORT CITY, KUANTAN
– Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah dilantik sebagai Pro
Canselor, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS).
Ia
sempena Istiadat Konvokesyen KUIPSAS ke-17 pagi Sabtu, 11 Ogos di sini. Dato’ Sri
Wan Rosdy mewakili KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah
Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah bagi menyempurnakannya.
KDYMM
Sultan Pahang Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta‘in Billah ialah Canselor KUIPSAS. Sebagai
wakil, Dato’ Sri Wan Rosdy turut diamanahkan untuk menyampaikan Titah DiRaja
KDYMM Pemangku Raja Pahang.
Intipati
Titah DiRaja tersebut antara lain menyentuh tentang ilmu yang seharusnya
dituntut graduan hingga ke akhir hayat, dan betapa mereka juga perlu turut
melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tertentu.
“Saya yakin
kejayaan yang dikecapi oleh para graduan pada hari ini akan kekal tersemat
dalam lipatan sejarah hidup kalian. Namun harus diingat, perjuangan ini masih
belum berakhir, dan perjalanan ini masih panjang.
TIADA NOKTAH
DALAM PERJALANAN MENIMBA ILMU
“Tiada noktah
dalam perjalanan menimba ilmu dan tiada garis penamat dalam usaha mengejar kecemerlangan.
Justeru, teruskanlah perjalanan menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan,
sepertimana kata-kata hukama ‘tuntutlah
ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.
Baginda
turut bertitah, “Harus juga diingat
bahawa di zaman yang penuh persaingan ini, selain daripada segulung sijil, para
graduan perlu melengkapkan diri dengan berbagai ‘softskills’ termasuk kemahiran
berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan sebagainya.
“Tambahan pula,
dalam dunia globalisasi dan era Revolusi Industri 4.0, adalah menjadi kemestian
kepada setiap graduan berupaya menguasai teknologi terkini agar tidak
ketinggalan dengan arus perdana.
“Kemuncaknya,
semua ciri-ciri positif ini perlulah ditunjangi dengan keperibadian yang mulia,
serta jiwa yang kental dalam mendepani cabaran yang mendatang,” titah Baginda
sepertimana disampaikan oleh Menteri Besar.
“Saya percaya
sepanjang tempoh pengajian di KUIPSAS siswa-siswi telah berjaya menimba ilmu
serta berpeluang melibatkan diri dalam berbagai aktiviti bagi membangunkan
kemahiran insaniah.
JADILAH
KEBANGGAAN KELUARGA
“Nasihat saya
supaya para graduan menggunakan segala apa yang dipelajari untuk berbakti
kepada masyarakat di samping
mengejar kejayaan dalam apa jua
bidang yang bakal diceburi.
“Inilah langkah
pertama dalam membuka lembaran baru masa depan yang cerah untuk kalian semua,
sarat dengan cabaran dan melimpah dengan harapan. Garaplah kejayaan yang
terbuka luas untuk saudara-saudari.
“Jadilah
kebanggaan keluarga dan negara. marilah kita bersama, membangun bangsa dan
memakmur negeri,”
titah Baginda lagi.
Pada
Istiadat ini, 388 graduan daripada 17 kursusu diplioma menerima sijil
masing-masing.
Antara
yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safianm
Ismail yang juga Pengarah, Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn Bhd, dan Rektror
KUIPSAS, Dato’ Yahya Zainal Abidin.
DALAM PERARAKAN MASUK... – Khabar
DALAM PERARAKAN MASUK... – Khabar