“Kita tak boleh berkompromi
sebab ini melibatkan masalah nyawa dan keselamatan,” katanya semasa melawat
mangsa banjir di Pusat Pemindahan di SK Cherating.
BERTANYA KHABAR... Dato' Sri Wan Rosdy sedang berbual dengan sebuah keluarga di pusat pemindahan banjir di SK Cherating ini.
SEKOLAH
KEBANGSAAN CHERATING, KUANTAN – Mangsa-mangsa banjir sekali lagi
diingatkan supaya mematuhi arahan oleh Pihak Berkuasa terutamanya berkaitan
dengan perpindahan ke pusat-pusat pemindahan banjir yang ada.
“Saya minta
mereka mendengar arahanlah. Sekiranya diarahkan untuk berpindah, mereka kena
berpindah,”
nasihat Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui wartawan
semasa lawatannya petang Jumaat, 14 Disember ke pusat pemindahan banjir di sini.
“Kita tak boleh
berkompromi sebab ini melibatkan masalah nyawa dan keselamatan. Sekiranya
berlaku apa-apa, tidak pindah; usaha-usaha menyelamat menjadi amat sukar. Jadi,
lebih baik patuh kepada arahan,” katanya lagi.
Pusat
pemindahan banjir ini – menempatkan 33 keluarga dengan 122 mangsa (setakat
lawatan petang Jumaat ini) yang menurut Dato’ Sri Wan Rosdy, mula dipindahkan
ke sini sejak 3 pagi tadi ekoran hujan lebat berterusan sejak siang sebelumnya,
hingga membanjiri kawasan rumah mereka.
Menurutnya
lagi, beliau mendapatinya (pusat pemindahan ini) berada dalam keadaan teratur
dan selesa buat mangsa-mangsa terlibat sepertimana kata beberapa mangsa yang
ditemuinya.
PERSEPAKATAN DEMI RAKYAT... Di pusat pemindahan SK Sungai Ular yang turut dijengahi oleh Menteri Besar petang Jumaat itu, wakil rakyat setempat (PAS - Beserah), Encik Andansura Rabu turut menyertainya.
PERSIAPAN AWAL
HADAPI BANJIR
“Sebab memang
kita membuat persiapan awal untuk menghadapi banjir,” katanya.
“Jadi saya
ucapkan syabas, tahniah kepada NADMA, yang bertanggung jawab mengurus
mangsa-mangsa banjir ini. JKM juga tampil ke hadapan memberi bantuan yang sepatutnya,” katanya.
NADMA
yang dimaksudkan ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara (National Disaster
Management Agency) yang di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). JKM pula ialah
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat.
Dato’
Sri Wan Rosdy seterusnya menjangkakan mangsa-mangsa ini akan dapat kembali ke
rumah masing-masing pada esok atau lusa, jika cuaca cerah sepertimana hari ini berterusan.
Kepada
soalan wartawan Astro Awani kot-kot berlaku ‘gelombong kedua’ bencana banjir selepas
ini katanya, persediaan untuk kemungkinan tersebut adalah sepertimana tahun-tahun
sebelumnya juga.
KEBAJIKAN RAKYAT/MANGSA BANJIR SENTIASA MENJADI KEUTAMAANNYA... Kelihatan di belakang ialah khemah khas yang dapat menjamin 'privacy' serta keselesaan mangsa banjir yang disediakan oleh NADMA.
LULUS PERUNTUKAN
“Cuma, kalau ada
kelemahan, kita akan pertingkatkanlah, sekiranya ada. Tapi, keadaan (persiapan
menghadapi banjir sehingga kini) nampak cukup baik, cukup bagus,” katanya lagi
sambil turut memuji beberapa lagi agensi terlibat seperti Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan RELA.
Beliau
juga berkata yang beliau telahpun meluluskan peruntukan kepada permintaan kedua-dua
Ketua Kampung dan Guru Besar sekolah, untuk kerja-kerja penambah baikan kepada
kemudahan yang ada di sini.
'MASAK NASI GORENG'... Dato' Sri Wan Rosdy telah turut menjengah ke dapur lalu membantu untuk menumis ramuan bagi membuat nasi goreng sebagai hidangan petang untuk mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di SK Sungai Karang pula.
Yang turut kelihatan di sebelahnya ialah Pengarah JKM Negeri, Encik Zulkhari Zainol Abidin. – Khabar
'MASAK NASI GORENG'... Dato' Sri Wan Rosdy telah turut menjengah ke dapur lalu membantu untuk menumis ramuan bagi membuat nasi goreng sebagai hidangan petang untuk mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di SK Sungai Karang pula.
Yang turut kelihatan di sebelahnya ialah Pengarah JKM Negeri, Encik Zulkhari Zainol Abidin. – Khabar