“MPB selaku
agensi pelaksana, saya minta agar dapat segera bertindak bagi menyelesaikan
aduan penduduk setempat mengenai kewujudan kolam takungan ini,” kata Menteri
Besar
MPB DIMINTA AMBIL TINDAKAN SEGERA... Inilah kolam takungan air yang dimaksudkan, dan Taman Saga ialah di bawah sana.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan Majlis Perbandaran
Bentong (MPB) supaya menyegerakan usaha menangani masalah kolam takungan air di
atas bukit berhampiran Taman Saga, Bentong.
Menurutnya,
Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Caruman Saliran Negeri yang dipengerusikan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri pada 11 Februari lepas, telahpun meluluskan
peruntukan RM500,000 daripada Akaun Amanah Caruman Saliran Negeri.
Peruntukan
tersebut katanya lagi, ialah bagi projek yang dinamakan ‘Manaiktaraf sistem
saliran bagi mengurangkan risiko banjir kilat di sekitar kawasan Taman Saga,
Bentong, Pahang’.
Daripada
RM500,000 itu katanya, RM420,000 sahaja ialah bagi kerja-kerja membekal dan
memasang longkang terbuka bersaiz 3.6 meter X 3.6 meter sepanjang 200 meter,
sebelum air mengalir ke parit sedia ada, seterusnya ke anak sungai yang
berhampiran Taman Saga.
“MPB selaku
agensi pelaksana, saya minta agar dapat segera bertindak bagi menyelesaikan
aduan penduduk setempat mengenai kewujudan kolam takungan ini,” kata Dato’ Sri
Wan Rosdy dalam kenyataan media hari ini, Selasa, 26 Mac.
BERUSAHA TANGANI
SEJAK AWAL TAHUN LEPAS LAGI
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas laporan berita dalam akhbar Utusan Malaysia
semalam, Isnin, 25 Mac mengenai kolam takungan tersebut, di bawah tajuk –
‘Hidup ketakutan bersama ‘bom jangka’.
Antara
lain laporan berita itu menyebut, kolam takungan air berkenaan semakin membesar
dan betapa tinjauan mendapati, air yang memenuhinya kini tinggal hanya
kira-kira satu (1) meter lagi untuk melimpah.
Pada
awal tahun lepas lagi kata Dato’ Sri Wan Rosdy, kedua-dua Pejabat Daerah dan
Tanah (PDT) Bentong dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bentong, telahpun
bertindak ekoran aduan penduduk setempat.
Hasil
tindakan dan siasatan mendapati, masalah dipercayai berpunca daripada ‘culvert’
di bawah kolam takungan berkenaan yang tersumbat, yang bagaimanapun tidak dapat
dikesan lokasinya sungguhpun setelah mendapat bantuan penyelam daripada
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ekoran
itu pada bulan Februari (2018) kata Dato’ Sri Wan Rosdy lagi, JPS Bentong
telahpun bertindak dengan cubaan mengepam keluar air dari kolam takungan
tersebut.
SEGERAKAN URUSAN
TENDER
Bagaimanapun
katanya, kerja-kerja tersebut terpaksa dihentikan tiga (3) bulan kemudian pada
Mei, ekoran kerja-kerja pengepaman masih tidak dapat mengurangkan air yang
bertakung dalam kolam itu.
“Adalah
diharapkan, dengan usaha terbaru ini menerusi peruntukan RM500,000 yang
diluluskan, dan MPB mengambil tindakan segera termasuk dalam urusan
mengeluarkan tender; isu kolam takungan air ini dapat ditangani dengan
berkesan, InsyaAllah,” katanya lagi. – Khabar