“…yang
dianggotai oleh rencaman tokoh-tokoh yang melampaui batasan kaum dan latar
kerjaya yang dilihat mampu melonjakkan kemajuan serta memelihara kemakmuran
negara demi kesejahteraan rakyat-jelata,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy.
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ucapkan tahniah kepada Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin atas pengumuman Kabinet Kerajaan Persekutuan
yang baharu;
“…yang
dianggotai oleh rencaman tokoh-tokoh yang melampaui batasan kaum dan latar
kerjaya yang dilihat mampu melonjakkan kemajuan serta memelihara kemakmuran
negara demi kesejahteraan rakyat-jelata”.
Sambil
itu beliau ucapkan terima kasih atas pelantikan enam (6) Anggota Parlimen dari
Pahang bagi menduduki dua (2) kerusi Menteri termasuk Menteri Kanan, dan empat
(4) lagi kerusi Timbalan Menteri.
Berikut
disiarkan sepenuhnya kenyataan media Dato’ Sri Wan Rosdy, sepertimana
dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbarnya pada lewat petang Isnin, 9 Mac di
sini –
KENYATAN MEDIA
Tahniah
buat Kabinet Baharu Malaysia
Saya
ucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, atas
pengumuman Kabinet Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan
Parti Sarawak (GPS), yang dianggotai oleh rencaman tokoh-tokoh yang melampaui
batasan kaum dan latar kerjaya yang dilihat mampu melonjakkan kemajuan serta
memelihara kemakmuran negara demi kesejahteraan rakyat-jelata.
Saya
turut ucapkan terima kasih atas pelantikan enam (6) anggota Parlimen dari
Pahang, iaitu dua (2) menteri termasuk Menteri Kanan Menteri Pertahanan, Dato’
Sri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri
Saifuddin Abdullah.
Empat
(4) lagi ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Encik Mohd Shahar Abdullah;
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Dr Ismail Mohamed Said; Timbalan
Menteri Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; dan Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Ismail Abdul Mutalib.
Dengan
pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan ini diharap negara dapat segera
ditadbir dan digerakkan semula ke arah mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
sepertimana yang telah dirangkakan, In Sya Allah. – Khabar