“Malah, akta ini
bukan sahaja akan dipertahan, tetapi akan diperkuat dan diperkukuhkan lagi…”
KOMITMEN BESAR OLEH PRESIDEN PARTI KITA... Ini ialah antara aksi menarik Dato' Sri Mohd Najib semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden selama 72-minit, 10 minit terakhir telah mengumumkan tentang pengekalan Akta Hasutan 1948.
DEWAN MERDEKA,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTERA (PWTC), KUALA LUMPUR – Perdana
Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan
bahawa Akta Hasutan 1948 akan bukan sahaja kekal tetapi diperkuat dan
diperkukuhkan lagi.
Pengumuman
ini dibuat pada minit ke-62 atau 10 minit sebelum berakhirnya ucapan keseluruhanya
selama sejam 12 minit, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada
Perhimpunan Agung UMNO Ke-68 pagi Khamis, 27 November di sini.
Pengumuman
yang dinanti-nantikan ini terutamanya oleh keseluruhan 2,352 perwakilan yang
hadir, telah secara serentak disambut tepukan gemuruh serta ‘standing ovation’ hingga
menggamatkan suasana Dewan
“Tampaknya,
berdasarkan apa yang kita lihat sebentar tadi, saya mendengar pendapat dan
cadangan daripada Timbalan Presiden, Wanita, Pemuda, Puteri, usul-usul daripada
bahagian, keresahan suara-suara akar umbi, serta pandangan-pandangan NGO,
“Maka dengan ini
saya sebagai Perdana Menteri memutuskan bahawa Akta Hasutan 1948, akan terus dikekalkan,” kata Dato’ Sri
Mohd Najib hingga menyebabkan ‘mood’ perhimpunan berubah secara mendadak.
PERUNTUKAN KHAS
BAGI LINDUNGI KESUCIAN ISLAM
“Malah,” katanya
meneruskan, “Akta ini bukan sahaja akan
dipertahan, tetapi akan diperkuat dan diperkukuhkan lagi sekurang-kurangnya
dalam 2 perkara. Pertamanya, kita akan masukkan peruntukan khas untuk
melindungi kesucian agama Islam, bahkan agama-agama lain juga tidak boleh
dihina.
“Keduanya,
kita akan mengenakan tindakan keras ke atas sesiapa yang cuba menghasut supaya
Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
“Ertinya lagi,
apa-apa jua perkataan, perbuatan mahupun ucapan yang bersifat
menghasut serta
menghina Islam, Melayu dan Raja-Raja akan kita halang dan kita tentang habis-habisan,” tegasnya.
Lanjutan
itu, Dato’ Sri Mohd Najib turut menyatakan pendiriannya sebagai Presiden parti,
mengenai masa depan kaum Melayu dan Bumiputera.
“Ketahuilah,
saya berdiri di sini, tidak sama sekali sekadar Perdana Menteri, saya juga berdiri
di hadapan ini, bukan setakat Presiden UMNO, tapi saya berdiri dan berbicara di
hadapan saudara sekalian, sebagai penyambung lidah dan warisan perjuangan
Melayu Bumiputera.
KOMITED PERJUANGKAN
NASIB KAUM MELAYU
“Dari itu, mana
mungkin, saya sanggup membiarkan keturunan dan bangsa saya melarat, terhina,
hingga terbangsat menjadi celaka di tanah sendiri.
“Berkait itu,
saya akan terus komited dalam memperjuangkan nasib kaum Melayu dan Bumiputera.
Bukan sekadar di bibir, tapi saya dan rakan-rakan dalam parti serta Kerajaan,
telah melakukan segala yang termampu untuk membuktikannya,” tegasnya.
Sehubungan
itu juga katanya, ‘selagi hayat dikandung badan’, beliau bersama-sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan
Presiden parti serta barisan kepimpinan lain, akan terus komited untuk
bersidang sekurang-kurangnya sekali setiap bulan bagi menjamin halatuju dan
agenda pemerkasaan ekonomi Melayu serta Bumiputera diteruskan.
“Bahkan, kita
akan menunaikan setiap apa yang dijanjikan semasa ucapan saya di
Dewan Agong
Tuanku Canselor, UiTM pada tahun lepas, satu persatu. Sesungguhnya Kerajaan
Barisan Nasional tunjangan UMNO adalah Kerajaan yang menepati janji,” katanya. –
Khabar