“Tapi masalahnya,
ada orang salah faham dengan saya…” kata Menteri Besar
MELAYANI SOALAN WARTAWAN... Tan Sri Muhyiddin sedang mendengar soalan wartawan semasa mengendalikan persidangan media kira-kira 27-minitnya.
Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Menteri Besar Perak, Dato' Sri Dr Zambry; Menteri Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato' Sri G.Palanivel;
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Sri Dr Maximus Ongkili; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; dan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
PEJABAT DAERAH
DAN TANAH CAMERON HIGHLANDS, TANAH RATA – Menteri Besar Dato’ Sri Raja Adnan
Yaakob mengulangi pendiriannya dan Kerajaan Negeri pimpinannya, tentang amalan keterbukaan
dan ketelusan dalam pentadbiran serta urusan membangunan negeri ini.
“Kita ‘very
open, very transparent. Anybody can give their opinion’,” tegasnya mohon
menjawab soalan terakhir wartawan pada persidangan media kira-kira 27-minit oleh
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mempengerusikan
mesyuarat kira-kira tiga (3) jam mengenai bencana banjir Cameron Highlands pada
pagi Isnin, 24 November di sini.
“Tapi masalahnya,
ada orang salah faham dengan saya,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai
menjawab soalan wartawan berkenaan tentang laporan berita muka depan akhbar
Utusan Malaysia pada Isnin ini, mengenai kegiatan penerokaan tanah di Tasik
Chini, Pekan sehingga dikatakan mencemarkan tasik berkenaan.
Pada
awal bulan November ini juga, akhbar yang sama termasuk Mingguan Malaysia,
telah melaporkan mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) di kawasan
tanahtinggi ini, termasuk berkaitan penerokaan tanah secara haram di sini.
“Kita alu-alukan
di mana sahaja kalau ada isu pembangunan. Kita alu-alukan. Yang ada ada orang
salah faham dengan saya ni. Kita alu-alukan kesemua pandangan supaya kita boleh
menambah-baik pentadbiran kita.
MENJAWAB SOALAN AKHIR...
“… BIAR LAPORAN
ITU TEPAT”
“Termasuklah (tentang
laporan berita mengenai) Tasik Cini ke? Tasik Bera ke? Tanah haram di Raub ke? Tanah
haram di Bera ke… Kita alu-alukan,” katanya lagi.
Dato’
Sri DiRaja Adnan yang ditemui oleh wartawan-wartawan stesen-stesen telivisyen
RTM, TV3 dan TV Al-Hijrah pada sebelah petang di Kelab Golf Sultan Hj Ahmad
Shah dekat sini, turut mengulangi perkara yang sama.
Sambil
mengalu-alukan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke Cameron Highlands
seterusnya mempengerusikan mesyuarat dan melakukan lawatan ke beberapa lokasi
di daerah ini pada Isnin ini, beliau berkata;
“Kerajaan Negeri
sebenarnya memang sentiasa mengalu-alukan apa juga yang dibangkitkan mengenai
apa juga isu kerana saya selalu juga sebut kita sentiasa boleh menambah-baik
pentadbiran kita.
“Macam hari ini,
(soal pencemaran) Tasik Cini ditimbulkan. Inipun perkara yang baik, jadi kita
boleh siasat sebagai contohnya ladang kelapa sawit sekeliling itu kepunyaan
Orang Asli, kepunyaan RISDA, kepunyaan Majlis Ugama Islam;
SUMBANGAN BUAT MANGSA BANJIR LUMPUR...
SAMBUT BAIK
LANGKAH-LANGKAH PULIHARA
“Boleh kita
tengok bagaimana ia boleh diuruskan dengan baik. Lombong bijh besi satu masa
dahulu (tahun) 70-an ada di situ. Kita boleh tengok secara lebih teratur lagi.
“Yang saya
berharap, itulah, biar laporan itu tepat,” katanya.
Beliau
seterusnya menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan
Persekutuan dalam usaha memulihara dan mengembalikan Camerion Highlands kepada
zaman kegemilangannya sepertimana yang telah Timbalan Perdana Menteri umumkan
tadi.
“Jadi saya bagi
pihak Kerajaan Negeri, mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Kerajaan
Persekutuan ini dan mudah-mudahan, Cameron Highlands dapat dipulihkan dan
dijadikan satu pusat peranginan terkemuka sebagaimana pada satu masa dahulu,” katanya. – Khabar