“... saya berharap Kerajaan Pusat akan membantu Kerajaan Negeri mengatasi masalah ini kerana mereka (Kerajaan Pusat) mempunyai kelengkapan secukupnya,” titah Baginda lagi sempena keberangkatan ke tanahtinggi ini.
MENGAMBIL BERATNYA BAGINDA... KDYMM Sultan Pahang kelihatan sedang menitahkan sesuatu tentang kerja-kerja pembersihan Sungai Bertam sambil Dato' Sri DiRaja Adnan serta yang lain, tekun mendengarnya.
LEMBAH BERTAM, CAMERON HIGHLANDS – KDYMM Sultan Pahang yang berkenan berangkat ke tanahtinggi ini lalu segera melawat kesan-kesan banjir lumpur khususnya di Lembah Bertam, telah menitahkan agar kegiatan penerokaan haram di sini dihentikan segera.
“Mereka ini (peneroka haram) melanggar undang-undang. Mereka
juga yang bertanggungjawab terhadap segala kemusnahan yang berlaku di Cameron
Highlands," titah tegas Baginda.
Dengan
menyifatkan gejala berkenaan sebagai penyakit yang melarat titah Baginda, “Perkara ini telah lama berlaku, sejak
zaman British lagi. Sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan
serta-merta”.
Baginda
bertitah demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan lawatan
berkenaan, yang meliputi ke kawasan sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) Lembah Bertam yang turut terjejas.
Sebelum
itu, Baginda yang menaiki helikopter dari Ibunegara, telah tiba pada kira-kira
10 pagi, Rabu, 19 November di padang Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata,
disambut oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob serta kenamaan lain.
BUKANLAH SEGALA-GALANYA BURUK DAN GAGAL MENGENAI CAMERON HIGHLANDS... Foto ini dirakam dalam cuaca redup lagi mendinginkan pada lewat petang Rabu, 19 November dari atas pelantar sebuah restoran santai minum teh kepunyaan pemilik ladang teh yang sah lagi bertanggungjawab ini.
TAKLIMAT BENCANA
PADA ESOK
Lawatan
Baginda kali ini ialah khusus untuk meninjau kesan daripada banjir lumpur yang
melanda daerah ini khususnya Lembah Bertam, kira-kira dua (2) minggu lepas pada
Rabu, 5 November.
Esok,
Khamis, 20 November, Baginda telah turut berkenan untuk berangkat ke Majlis
Taklimat Bencana Banjir di Pejabat Daerah dan Tanah di Tanah Rata, yang bakal
dipersembahkan oleh Pegawai Daerah, Dato’ A.Rahman Hamzah.
KDYMM
Sultan Pahang seterusnya menitahkan agar Kerajaan Persekutuan dapat memberi kerjasama
dalam membantu Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi gejala yang telah lama
berlarutan itu.
“… saya berharap
Kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana
mereka (Kerajaan Pusat) mempunyai kelengkapan secukupnya,” titah Baginda
lagi.
Selain
Dato’ Sri DiRaja Adnan, yang turut serta mengiringi Baginda pada lawatan ini ialah
ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan. – Khabar