… saran Menteri
Besar
“Kalau mereka
berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, jangan menerima ajaran-ajaran berbentuk
baharu, intepretasi-intepretasi yang boleh mengelirukan, in-sya-Allah, kesemua
umat Islam akan selamat dunia dan akhirat”.
HADIAH KEMENANGAN BUAT YAYASAN PAHANG... KDYMM Sultan Pahang sedang menyampaikan cek olok-olok bernilai RM2,000 kepada wakil Yayasan Pahang (YP) yang menjadi johan kategori NGO, swasta dan badan-badan berkanun bagi pertandingan sepanduk terbaik.
DEWAN JUBLI
PERAK SULTAN HJ AHMAD SHAH, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob hari ini menyarankan agar umat Islam terus berpegang kepada al-Quran dan
as_sunnah, selain tidak mudah terpengaruh dengan intepretasi-intepretasi yang
mengelirukan.
“Patik berharap,
umat Islam di negeri ini akan terus bersatu-padu. Peganglah ugama Islam ini
sebagaimana (amanat) Rasulullah dalam khutbah yang terakhir - Kalau umat Islam
berpegang kepada dua perkara – Quran dan Sunnah, in-sya-Allah, mereka selamat
dunia, akhirat.
“Kalau mereka
berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, jangan menerima ajaran-ajaran berbentuk
baharu, intepretasi-intepretasi yang boleh mengelirukan, in-sya-Allah, kesemua
umat Islam akan selamat dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam ucapan luar teks 13-minitnya sempena Majlis Sambutan
Maulidur-Rasul Peringkat Negeri Tahun 1436 H/2015 yang kemudian disempurnakan
oleh KDYMM Sultan Pahang pagi Khamis, 26 Februari di sini.
Asalnya,
majlis ini sepatutnya diadakan pada 3 Januari lepas, yang bersamaan dengan
tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW – 12 Rabiulawal, tetapi ditangguh atas
sebab-sebab yang tidak dapat dielakkkan.
HADIAH BUAT TOKOH KITA...
PERKEMBANGAN
ISLAM POSITIF SELEPAS TAHUN 1970-AN
Sebelum
itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah menyusur-galurkan mengenai sejarah
kebangkitan Islam di negara ini khususnya perkembangan positif yang berlaku bermula
tahun 1970-an.
Tahun-tahun
sebelum itu menurutnya, perkembangan Islam tidak meluas dan, tidak ramai yang
memperkatakan mengenainya melainkan oleh tokoh-tokoh tertentu seperti mufti,
kadi, imam-imam serta ‘pak lebai-pak lebai’ di kampung-kampung.
Ketika
itulah juga katanya, tidak banyak karenah, kontroversi mahupun hal-hal
‘khilafiah’ mengenai Islam yang ditimbulkan sebaliknya, amalan ugama Islam
ialah semata-mata semata-mata sebagai bekalan untuk menghadapi alam akhirat.
Sejak
tahun 1970-an kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, minat masyarakat terhadap ugama
Islam mula meningkat dengan satu petandanya ialah melihat pada aspek fizikal
seperti berpakaian jubah dan serban, selain ada yang menyimpan janggut.
Bermulalah
juga sejak itu juga katanya, semakin giatnya penubuhan pertubuhan-pertubuhan
bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak atas landasan keIslaman.
SESI BERGAMBAR BERKUMPULAN...
BERTAMBAHNYA
CERDIK-PANDAI DALAM UGAMA
“Namun, pada
masa itu, Ampun Tuanku, dianggap perkembangan ini sangat baik. Semua orang
Melayu, semua umat Islam nampak seolah-olah begitu sedar akan pentingnya ugama.
“… dan pada masa
itu jugalah, mereka yang cerdik-pandai dalam bidang ugama Islam ini telah
bertambah ramai – lepasan dari universiti termasuk Al-Azhar dan universiti-universiti
tempatan.
“Dan kemudian
itu timbullah kata-kata yang sangat tepat iaitu Islam sebagai satu cara hidup,
sebagai ‘ad-din’. Ugama Islam sebagai ‘ad-din’, satu cara hidup itu hanya
ditonjolkan sejak tahun 1970-an, 1980-an sehinggalah sekarang,” katanya.
Daripada
segi infrastruktur Islam pula beliau menambah kata, masjid, surau serta
sekolah-sekolah ugama telah semakin banyak didirikan dengan mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih selesa kepada para pelajar.
Namun,
disebalik perkembangan yang menggalakkan inilah juga katanya, gejala-gejala berbentuk ‘khilafiah’, mempersoalkan hukum-hakam,
selain memberikan intepretasi baharu terhadap beberapa perkara; telah akhirnya
memecah-belahkan umat Islam.
SALAH FAHAM
TERHADAP ISTILAH-ISTILAH
“Mungkin di
negeri Pahang tidak begitu ketara tetapi di sesetengah tempat sangat ketara
sehinggakan mempunyai masjid masing-masing dan kumpulan-kumpulan tertentu
bersembahyang menggunaklan Imam masing-masing, tidak mengakui imam yang sebelah
lagi.
“Ini menyebabkan
timbulnya ajaran ugama Islam yang menyeleweng kemudian terus ajaran ugama Islam
yang sesat,”
katanya dan menambah kata betapa wujud pula salah faham terhadap
istilah-istilah seperti jihad dan mati syahid.
Dan
beliau turut mengambil contoh tentang apa yang telah terjhadi terhadap seorang
gadis 14 tahun yang baru-baru ini telah ditahan polis ekoran hasratnya untuk ke
sebuah negara demi kononnya untuk berjihad.
Selain
KDYMM Sultan Pahang yang diiringi oleh DYMM Sultanah Pahang; yang turut
berangkat pada majlis pagi Khamis ini ialah KDYTM Tengku Mahkota Pahang serta,
KDYTM Tengku Puan Pahang.
Antara
yang turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Mohamad;
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; ahli-ahli Exco
Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. –
Khabar