… atau, bersamaan
negeri Perak yang seluas kira-kira 2.10 juta hektar.
“Ini menunjukkan
negeri Pahang mampu mengekalkan khazanah hijau yang begitu luas, melebihi 50
peratus daripada keluasan negeri walaupun mengalami tuntutan arus pembangunan
pesat,” kata Menteri Besar.
DALAM MENYAMPAIKAN UCAPTAMA, LUAR TEKS 38-MINITNYA...
SULTAN AHMAD
SHAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SASICC), KUANTAN – Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menegaskan betapa 57.5 peratus atau kira-kira
2.07 juta hektar daripada kira-kira 3.6 juta hektar negeri Pahang masih
berhutan.
Yang
daripada 2.07 juta hektar ini, 44 peratus atau 1.56 juta hektar merupakan Hutan
Simpanan Kekal (HSK); 11 peratus atau 400,000 hektar ialah Taman Negara, suaka
hidupan liar dan burung; dan, tiga (3) peratus atau kira-kira 100,000 hektar
ialah Tanah Kerajaan Berhutan.
“Ini menunjukkan
negeri Pahang mampu mengekalkan khazanah hijau yang begitu luas, melebihi 50
peratus daripada keluasan negeri walaupun mengalami tuntutan arus pembangunan
pesat,”
tegasnya.
Ini
dikatakannya dalam ucapan luar teks 38-minit ketika menyampaikan ucaptama pada
Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang Darul Makmur 2016 anjuran Kerajaan
Negeri pada Isnin, 31 Oktober, di sini.
Beliau
juga berkata, sebanyak 2,059 batang sungai sepanjang kira-kira 11,960 KM telah
Kerajaan Negeri wartakan sepertimana yang serupa dilakukan kepada tasik-tasik
utama di negeri ini seperti Tasik Chini di Pekan; Tasik Bera di Bera; dan,
Tasik Paya Bungor di Kuantan ini.
GONG DIPALU, TANDA RASMILAH SUDAH BENGKEL... Selain hari pertama dengan Ucaptama dan pembentangan kertas kerja; Bengkel ini juga bersambung esok, Selasa, 1 November yang turut disusuli dengan Sidang Pleno yang akan membuat rumusan sebelum diakhiri dengan Penyerahan Resolusi kepada Kerajaan Negeri.
PETIKAN
KATA-KATA SETIAUASAHA AGUNG PBB TENTANG AIR
Pada
awal ucapatamanya, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut menyentuh tentang kepentingan
air kepada kehidupan manusia sejagat, dengan memetik kata-kata (2) bekas dan
seorang (1) penyandang jawatan Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).
Boutrous
Boutrous-Ghali (Januari 1992 – Disember 1996) katanya, pernah menyebut betapa; “The next war in the Middle East will be
fought over water, not politics”.
Dalam
ucapannya di PBB pada tahun 2001 pula, Koffi Anan (Januari 1997 – Disember 2006)
diperik sebagai berkata; “Fierce competition
for fresh water may well become a source of conflict and wars in the future”.
Dan
Ban Ki-Moon pula dalam ucapannya sempena ‘World Water Development Report 1’
pada tahun 2009 kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, telah menyebut betapa; “Countries do not go to war over water,
they solve their water shortages through trade and international agreements”.
Pada
persidangan media kemudian, beliau berkata betapa yang penting bagi Kerajaan
Negeri ialah memastikan dengan kira-kira 57.5 peratus negeri masih dilitupi
hutan, ia dan rakyatnya tidak akan menghadapi masalah air.
PARA HADIRIN SEKELIAN... Ini merupakan hadirin kira-kira 1,000 orang yang dalam kalangan pegawai-pegawai Kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan, institusi pendidikan, para pengusaha serta wakil penduduk setempat.
‘BLUEPRINT’
TENTANG URUSKAN AIR?
“Dan kita adakan
Bengkel ini – kita akan mengenal pasti ‘area’ atau bidang yang terdapat masalah
(dan) bagaimana kita akan atasi semula.
“Kalau contohnya
untuk melindungi punca air ini, undang-undangnya ada – mesti ada ‘buffer zone’
sebagainya. Tapi, bagaimana kita menguatkuasakan, itu yang mustahak.
“Bermakna,
dengan adanya sumbangan daripada semua pihak kepada Bengkel ini, mungkin kita
akan dapat satu jalan keluar iaitu dengan mengeluarkan dasar tertentu mungkin
dalam bentuk ‘blueprint’ atau dalam bentuk panduan; bagaimana kita perlu
menguruskan punca air negeri Pahang ini dengan baik,” katanya.
Beliau
juga berkata, sememangnya Kerajaan Negeri mementingkan pemeliharaan alam
sekitar sepertimana yang sering disebut-sebut termasuk dalam ucapan Bajet
Negeri mahupun dalam Titah Ucapan KDYMM Sultan Pahang.
“Tapi, seperti
saya katakan tadi, ‘pronouncement’ ataupun perisytiharan ini, dengan perkara
yang berlaku itu, kadang-kadang berbeza. Kita buat perisytiharan, kita buat
kenyataan tetapi di peringkat pelaksanaan itu penting.
SUDI MELAYANI PIHAK MEDIA...
300,000 HEKTAR
SEBAGAI KAWASAN TADAN AIR
“Sebab,
peringkat pelaksanaan bukan kita (kepemimpinan Kerajaan Negeri). Jadi kita
berharap, pihak jabatan dan agensi-agensi terlibat, mesti menjalankan usaha
ini, mesti proaktif,”
katanya lagi.
Beliau
seterusnya berkata, betapa dalam soal ‘buffer zone’ di Taman Negara misalnya,
asalnya jaraknya cuma 500 meter tetapi telah dipanjangkan kepada hingga 1.5 KM
ketika beliau mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar.
“Masa mula-mula
saya jadi Menteri Besar, saya wartakan 300,000 hektar sebagai kawasan tadahan
air (dan) 300,000 hektar ini, satu incipun (pokok) tak boleh usik tahu… Banyak
kita buat tapi itulah saya katakan, pelaksanaan, penguatkuasaan,” katanya lagi.
Antara
yang turut hadir ialah Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak
Mohamed; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; dan,
Pengerusi, Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri, Dato’ Sri Ir
Mohd Soffi Abdul Razak.
Sebaik-baik
selepas persidangan media, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah meluangkan masa
menghadiri sesi pembentangan kertas kerja antaranya oleh Penasihat Sains kepada
Perdana Menteri, Prof Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid bertajuk ‘Pengurusan Lestari
Sumber Air – Perspektif Global’.
NGO JUGA TURUT
DIWAKILI
Ketua
Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Dato’ Sri Ir
Dr Zaini Ujang turut membentangkan kertas kerjanya bertajuk, “Dasar dan Polisi
Pengurusan Lestari Sumber Air KeTHHA”.
Wakil
Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Prof Dr Maketab Mohamed, turut membentangkan
kertas kerjanya bertajuk, “Pengurusan Lestari Sumber Air – Perspektif NGO”. –
Khabar