Saturday 1 March 2014

'Another Shame of Penang'



… pintu masuk ke Pulau Pinang menerusi pengangkutan feri, yang mengecewakan.

Begitu juga dengan pelbagai isu sosio-ekonomi hingga melebarkan lagi jurang pemisah antara yang susah/golongan menengah, dengan yang berada terutamanya yang bukan warganegara.

KEMUDAHAN TARAF KANDANG KAMBING?... Inilah ruang menunggu untuk menaiki feri ke bahagian pulau di George Town, Pulau Pinang.

MENURUNI, TANGGA KAMBING... Kemudahan yang meyambut tiba tetamu ke Pulau Mutiara. 'Another Pride of Penang'kah?
 
TAJUK AKHBAR MILIK MCA YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN... Takkanlah 'Pride of Penang' sahaja. Sepatutnya, ia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia maka tajuknyapun seharusnya begitulah juga.

Inilah berita muka depan akhbar the Star keluaran Ahad, 2 Mac, melaporkan tentang majlis perasmian jambatan Pulau Pinang ke-2 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak pada malam Sabtu, 1 Mac.


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN‘Another shame of Penang’. Inilah tajuk yang boleh dirujuk kepada sistem pengangkutan air ke Pulau Pinang – baik kemudahan jeti di kedua-dua bahagian pulau atau tanah besar di Butterworth, mahupun kemudahan ferinya.

Kunjungan singkat penulis ke sana pada Sabtu, 1 Mac, mengesahkannya.

Sebaik-baik tiba di apa yang dinamakan dengan gah – Penang Sentral di Butterworth (yang cadangan projek mega ribuan jutanya, tidak juga kunjung jelma); terus sahaja disambut dengan kekalutan – aliran trafik, jalan tar yang sempit, tempat letak kereta serta gerai-gerai makan yang berselerakan.

Jika inilah rupanya, lebih baik lagilah keadaan semasa penulis bersekolah di sana dahulu, di St Mark’s Secondary School , Bagan Ajam, dan tinggal di Seberang Jaya (sekarang disebut Bandar Seberang Jaya), dekat Permatang Pauh, sekitar akhir 1970-an.

Ketika itu, ada Kompleks PPC (Penang Port Commission). Selain terminal bas di bahagian bawah, di aras atasnya ialah gerai-gerai makan termasuk sebuah yang terkenal dengan air batu campur dan laksa Penangnya.

SEBUAH FERI DAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DI BELAKANGNYA... Siapakah yang mampu membeli unit-unit yang disediakan oleh bangunan-bangunan pencakar langit ini jika tidak mereka yang berada-ada khususnya bukan warganegara dari negara jiran di sebelah selatan kita. 

Masih kita katakan ia satu kebanggaan?

 
KEMUDAHAN MIRIP TANGGA KAMBING  

Yang ada kini hanyalah sebuah terminal bas sementara, dengan keadannya lebih baik sikit sahaja (mungkin agar ‘exagerated’) daripada terminal bas sementara di Bandar Tun Razak, Jengka, Maran, yang pada hari inipun, sudah berpindah operasinya ke bangunan sofistikated, Jengka Sentral.   

Setelah berjalan kira-kira 100 meter, perlu naik ke aras atas untuk ke jeti bagi menuggu feri untuk ke seberang di bahagian pulau sana. Yang sedikit baik ialah, ada tangga elektrik (escalator), naik dan turun; di situ.

Selepas membuat bayaran RM1.20 seorang, maka tunggulah kita untuk memasuki feri yang tempoh tunggunya dimaklumkan, antara 20 dan 30 minit. Memerhatikan persekitaran, seolah-olah kita berada dalam laluan/tangga kambing, sebelum memasuki kandangnya.

Masuk ke dalam feripun tidak menggembirakan, sementelah di bahagian penumpang aras atas ini, turut dibenarkan kenderaan meng‘huni’nya, tidak sepertimana ‘dulu-dulu’ apabila kenderaan dibenarkan di tingkat bawah sahaja.

Jika pengalaman di sebelah tanah besar tidak menggembirakan, begitulah juga di bahagian pulau. Yang turut tidak menggembirakan apabila terasa ke‘suram’an tatkala melalui deretan gerai untuk ke kawasan hentian bagi menaiki bas atau teksi, ke destinasi.

FERI 'PULAU PINANG'... Tidak ke mana-mana, 'tang tu jugak'.

LAKSANAKANLAH APA YANG TELAH DIRANCANG

Ke‘suram’an ini ekoran kebanyakan gerai-gerainya yang usang yang dahulu, ada yang menjual akhbar dan malajah dengan kebanyakannya menjual makanan jeruk khususnya buah pala, telahpun tutup.

Maka, sesuatu harus dilakukan dan harus dilakukan segera.

Atas kertas, projek membangunkan keseluruhan sistem pengankutan air yang turut melibatkan pembinaan semula jeti-jeti di Butterworth dan Pulau Pinang, adalah membanggakan tetapi, ia akan lebih membanggakan jika dapat dilaksanakan.

Jika tidak, kata ‘mamu Tanjung’, ‘Pi Mai, Pi Mai, Tang Tu’ juga. – Khabar