“Walaupun diserang
dari pada mana-mana sudut sekalipun, tapi kalau ‘askar’ saya ada seperti hari
ini, saya tidak keseorangan. Orang putih kata, ‘I am not alone, I am not alone…”
kata Perdana
Menteri pada Himpunan Solidariti anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri disertai
kira-kira 5,000 ahli parti-parti komponen BN Negeri.
DALAM UCAPAN LUAR TEKS PENUH BERSEMANGAT, SELAMA 15-MINITNYA... Kelihatan, Dato' Sri DiRaja Adnan serta barisan kepimpinan sedang menghayati ucapan Perdana Menteri dan Presiden parti dengan penuh minat.
PANGKALAN TUDM,
BATU 10, KUANTAN
– Pada Himpunan Solidariti anjuran Badan Perhubungan Negeri pagi Sabtu, 19 Mac
di sini yang disertai kira-kira 5,000 ahli daripada parti-parti komponen
Barisan Nasional (BN) Negeri sebagai tanda sokongan padu kepada Dato’ Sri Mohd
Najib selaku Perdana Menteri;
Pemimpin
utama negara itu yang nyata terharu, telah meluahkan dalam ucapan luar teks
15-minitnya betapa; “Dan saya sebagai
anak watan negeri Pahang, hati saya terubat hari ini...”, yang disusuli sorakan
mereka yang hadir.
“Walaupun diserang
dari pada mana-mana sudut sekalipun, tapi kalau ‘askar’ saya ada seperti hari
ini, saya tidak keseorangan. Orang putih kata, ‘I am not alone, I am not alone’...
“Dan saya
merasakan bahawa sebagai anak watan Pahang, Pahang tak akan benarkan Perdana
Menteri dari negeri Pahang tidak dipertahankan habis-habisan oleh orang Pahang,” katanya disusuli
sorakan sekali lagi.
Dan
berada di atas pentas bersama-samanya ialah Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan juga
Pengerusi, BN Negeri, yang sebelum itu menyampaikan ucapan bersemangat luar
teks enam (6) minitnya, menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Dato’ Sri Mohd
Najib.
KHALAYAK SETIA PAGI SABTU... Sungguhpun kepanasan mencecah 33 darjah selsius, mereka ini tetap setia menyertai dan mendengari amanat para pemimpin utama kita - Dato' Sri Mohd Najib dan Dato' Sri DiRaja Adnan.
‘GRASSROOT’ KITA
MESTI KUAT
Begitu
juga barisan kepimpinan-kepimpinan negeri dan parti-parti komponen BN Negeri yang
lain yang termasuklah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’
Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.
Dato’
Sri Mohd Najib turut berkata betapa Himpunan Solidariti pagi ini hanyalah
mengumpulkan sebahagian atau sebilangan kecil daripada ahli-ahli parti dan soal
bilangan bukanlah diutamakan, sebaliknya;
“… kita nak
tunjuk komitmen, kualiti pemimpim-pemimpin utama di peringkat akar-umbi, ‘grassroot’
kita. ‘Grassroot’ kita mesti kuat, akar kita mesti kuat,” tegasnya
tentang kehadiran ahli-ahli parti dari serata pelosok negeri ini.
Dato’
Sri Najib juga berkata, beliau sebagai anak Pahang, sudah dikenali oleh
penduduk negeri ini selama 40 tahun kini, sejak mula menyertai politik selepas
pulangnya ke rahmatullahi ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1976.
Dan
beliau juga telah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar negeri ini selama lima
(5) tahun antara 1982 dan 1986, sebelum jawatan itu dijawati oleh Tun Mohd Khalil
Yaakob, kemudian Dato’ Sri DiRaja Adnan.
LAGI KUMPULAN KHALAYAK PADA PAGI SABTU INI...
RAKYAT PAHANG
DAH KENALI BUDI-BAIK PM SELAMA 40 TAHUN
“Tuan-tuan dah
kenal saya, dah kenal saya… Saya ini bukanlah apa yang dikatakan oleh orang sebelah
sana, saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang dengan sebaik-baiknya.
“Kalau saya nak
rompak harta rakyat, dah lama saya rompak hutan dara (di negeri) ini. Saya tak
ambil satu incipun, sebatang pokok Pahangpun saya tak ambil, cuba ‘check’.
“Saya tak ambil
pokok Pahang, saya tak ambil lombong bauksit. Saya tak ambil apa-apa…,” kata Dato’ Sri
Mohd Najib, yang ketika itu kelihatan Dato’ Sri DiRaja Adnan membisikkan sesuatu
kepadanya.
“MB bisik dekat
saya, diapun tak ambil juga. Dia tak ambik balak juga, dia tak ambil bauksitpun…
kita jaga harta rakyat.
“Bila saya jadi
Perdana Menteri, saya tak ubah pendirian saya. Saya tetap jaga harta rakyat. Jangan
ingat saya penyangak, jangan ingat saya curi harta rakyat. Saya Perdana Menteri
untuk rakyat Malaysia,” katanya.
“Dan saya akan
berjuang habis-habisan,” tegasnya.
MEMPERSOALKAN
TINDAKAN TUN DR MAHATHIR
Beliau
seterusnya mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Mahathir
Mohamad yang semasa menjawat jawatan itu selama 22 tahun, sering menyatakan
yang negatif tentang parti pembangkang termasuklah DAP.
Mengungkapkan
loghat Pahang, “Ini apa ke her-nyer, apa
ke her-yer? (Selama) 22 tahun kutuk parti DAP, 22 tahun kata Kit Siang ‘racist’.
Dia tak kata Kit Siang ni orangnya pelampau (sebaliknya) dia kata ‘racist’.
“‘Racist’ ni apa
maknanya Tuan-tuan…? Perkauman yang keterlaluan,” katanya, lalu
merujuk kepada tindakan bekas Perdana Menteri itu kini yang berbaik-baik pula
dengan pemimpin serta parti yang pernah dicemuhnya itu.
“(Selama) 22
tahun kutuk parti DAP... kata Kit Siang (veteran DAP Lim Kit Siang)
rasis...kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam,
kita dah dengar ucapan-ucapan dia.
“Ini bukan saya
kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun. Hari ini, dia duduk sebelah
siapa? Dia ‘sign’ deklarasi rakyat dengan siapa,?” Perdana Menteri
terus mempersoalkan.
KITA BUAT KERJA
Beliau
kemudian meminta rakyat di negara ini khasnya ahli-ahli parti, supaya tidak
memperdulikan kerjasama politik bekas pemimpin UMNO dengan pihak pembangkang
kerana ia tidak mendatangkan manfaat berbanding langkah Kerajaan selama ini
yang telah banyak membuat kebajikan untuk rakyat.
“Kita (pemimpin Kerajaan) buat kerja - kita jaga ekonomi, kita nak orang muda ada pekerjaan, memperkembangkan ekonomi, kita nak jaga orang kampung, kita nak bangunkan kawasan bandar, pinggir bandar, pesisiran pantai, gunung; semua kita kena jaga,” katanya. – Khabar
“Kita (pemimpin Kerajaan) buat kerja - kita jaga ekonomi, kita nak orang muda ada pekerjaan, memperkembangkan ekonomi, kita nak jaga orang kampung, kita nak bangunkan kawasan bandar, pinggir bandar, pesisiran pantai, gunung; semua kita kena jaga,” katanya. – Khabar