“Yang ini kita
tak boleh biarkan,” tegas Menteri Besar pada Himpunan Solidariti anjuran Badan
Perhubungan UMNO Negeri dan disertai oleh kira-kira 5,000 ahli parti-parti
komponen BN Negeri.
HIDUP UMNO! HIDUP BARISAN! HIDUP MALAYSIA... Inilah laungan penuh semangat oleh Dato' Sri Mohd Najib sambil Dato' Sri DiRaja Adnan serta yang lainnya, turut sama melaungkan.
Nyata sekali, tindakan Badan Perhubungan Negeri menganjurkan perhimpunan ini adalah tepat sekali demi memberi ruang bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dato' Sri Mohd Najib, seterusnya melonjakkan semangat beliau sendiri dalam perjuangan dan menghadapi segala bentuk serangan serta kritikan pedas terhadapnya.
PANGKALAN TUDM,
BATU 10, KUANTAN – “Perhimpunan ini harus diadakan sebab kita lihat, Perdana
Menteri kita, Presiden kita, telah dilanyak cukup-cukup oleh pihak yang
bersekongkol dengan pembangkang.
“Yang ini kita
tak boleh biarkan,”
kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang disambut sorakan setuju
oleh kira-kira 5,000 orang dalam kalangan ahli-ahli parti komponen Barisan
Nasional (BN) Negeri pada Himpunan Solidariti anjuran Badan Perhubungan UMNO
Negeri pagi Sabtu, 19 Mac di sini.
Selain
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak yang tiba di sini dari Kuala Lumpur
pada kira-kira 9.45 pagi; barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan parti turut hadir
pada Himpunan Solidariti ini.
Dalam
dalam ucapan ringkas luar teks enam (6) minitnya, Dato’ Sri DiRaja Adnan juga
menekankan, penganjuran perhimpunan ini bukanlah merupakan agenda peribadi
sesiapa – bukan Pengerusi ataupun Ahli-ahli Jawatankuankuasa Badan Perhubungan
UMNO Negeri.
“Betul, YAB
Perdana Menteri boleh menjawab (segala kritikan yang dilemparkan) tetapi kalau
kita tidak tunjukkan sokongan di sini, seolah-olah Perdana Menteri, Presiden
parti yang datang dari Pahang, keseorangan. Seolah-olah orang Pahang tak sokong
beliau, tidak...
TANDA SOKONGAN DAN KESETIAAN AKAR-UMBI TERHADAP KEPIMPINAN DATO' SRI MOHD NAJIB, JUGA, KEPADA DATO' SRI DIRAJA ADNAN...
PERTAHANKAN
KEDAULATAN NEGARA DAN KEMENANGAN PARTI
“Sebenarnya
Dato’ Sri, insyaAllah, teruskan perjuangan. Ini saya (telah) katakan dalam
kenyataan dahulu – jangan pandang kiri,
jangan pandang kanan, jangan toleh ke belakang.
“Dato’ Sri terus
mempertahankan apa yang patut kita pertahankan iaitu kedaulatan negara dan
kemenangan parti dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ini yang penting,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan lagi sambil disambut sorakan “Betul…”
oleh khalayak.
Sambil
itu, beliau berterima kasih kepada para hadirin – yang disebalik cuaca panas
melanda negara dengan kira-kira 33 darjah selsius di Kuantan, masih tetap
menghadirkan diri bagi menunjukkan semangat untuk mempertahankan kepimpinan
parti.
“Tuan-tuan,
puan-puan (masih) sanggup datang, yang ini yang mengharukan, menghiburkan hati
YAB Perdana Menteri dan saya sendiri,” katanya dalam menyatakan penghargaannya
atas kehadiran semua.
Beliau
seterusnya menyatakan kekagumannya atas sikap kesabaran yang tinggi yang telah
ditunjukkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib, khususnya ketika berhadapan dengan
segala kritikan terhadap diri.
TINDAKAN POLITIK
PALING HEBAT ABAD INI
“Dato’ Sri
banyak sabar, banyak berfikir. Dato’ Sri gunakan otak, pemikiran. Beliau
gunakan hati, perasaan; timbang, timbang, timbang, timbang… Kadang-kadang kita
kata (tertanya-tanya), bilaaa lah lagi…
“Rupa-rupanya,
setiap tindakan yang Dato’ Sri ambil adalah sesuai, tepat dan kena pada
masanya. Saya perhatikan, salah satu tindakan politik yang paling hebat – ini
bukan untuk ‘decade’. Ada kawan-kawan saya kata ‘decade’, bukan. Ini untuk
abad. Tindakan politik abad sekarang ini, 100 tahun lagi tak akan berlaku;
“Apabila kawan
baik, Timbalan Presiden, Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatan
Timbalan Perdana Menteri.
“Bukan semua
orang boleh buat ini. Bukan semua orang boleh buat. Tetapi langkah ini dibuat
macam mana? Setelah mengkaji, meneliti, menimbang, memikirkan. Oleh sebab
itulah, insyaAllah, Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib, akan menang,” katanya.
Beliau
kemudian mengungkapkan firman Allah, Surah Al-Baqarah, Ayat 154 – ‘Wasta’inu-Bissobri-Was-Solah’ yang harus
menjadi pegangan semua pihak, yang bermaksud, ‘Minta tolonglah dengan Aku
dengan sabar dan sembahyang’ yang menurutnya, “Ini ada pada Dato’ Sri Najib”.
YANG PENTING,
TERUSKAN DENGAN KOMITMEN
Beliau
juga mengungkapkan satu lagi firman Allah, Surah Yusuf, Ayat 21 – ‘Wallahu-Gholibun-Ala-Amrihi’.
“Segala urusan ini,
bukan kita rancanglah, jawablah, tuduhlah. Bukan kita. Allah Taala sendiri
berfirman, ‘Wallahu-Gholibun-Ala-Amrihi’. Dan sesungguhnya Allah mengalahkan
urusan. Urusan Allah sendiripun Allah boleh kalahkan.
“Maknanya, Allah
Taala – urusan Allah sendiri Allah boleh kalahkan inilah pula urusan yang
ditadbir oleh manusia,” katanya.
“Yang penting
Dato’ Sri Perdana Menteri, Presiden parti, Dato’ Sri Najib Tun Razak, teruskan
dengan komitmen, istiqamah, sabar, sembahyang, insyaAllah, kita akan menang,” katanya
menyudahi ucapan. – Khabar