DUA WAJAH MESRA, UMARA' KITA... KDYTM Tengku Mahkota kelihatan tersenyum semasa bersemayam di atas pentas sempena Majlis Perasmian Penutup Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi tengah hari Rabu ini.
Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan, turut tersenyum sama.
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (KUIPSAS),
KUANTAN – KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang
menyempurnakan penutupan Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi di sini, menitahkan
agar kegemilangan tulisan Jawi dikembalikan.
Ini kerana titah Baginda, tulisan Jawi
merupakan warisan sejarah dan budaya bangsa yang digunakan secara meluas dalam
kehidupan seharian pada masa lepas, termasuklah dalam aspek perdagangan.
“Malah, ia digunakan (oleh) pegawai Inggeris pada zaman penjajahan Inggeris untuk berurusan dengan Raja-raja dan Pembesar Melayu,” titah Baginda pada majlis penutupan tengah hari Rabu, 30 Mac.
“Malah, ia digunakan (oleh) pegawai Inggeris pada zaman penjajahan Inggeris untuk berurusan dengan Raja-raja dan Pembesar Melayu,” titah Baginda pada majlis penutupan tengah hari Rabu, 30 Mac.
Tulisan Jawi bagaimanapun titah
Baginda lagi, telah mengalami keadaan ‘pasang-surut’ sehinggalah ia
dipinggirkan terutamanya setelah Bahasa Melayu turut ditulis dalam tulisan
Rumi.
Sewajarnya kegemilangan tulisan Jawi
dikembalikan kerana sekarangpun, menurut Baginda, tulisan ini dalam bentuk seni
khat, sudahpun menjadi satu punca perniagaan dan komersil.
PADA SEGMEN PAMERAN... Sempena majlis perasmian penutupan ini juga, KDYTM Tengku Mahkota turut berkenan mencemar duli, melawat ke segmen pameran. Kelihatan, Baginda sedang bertanya sesuatu mengenai bahan yang dipamerkan.
LAKUKAN KAJIAN PADA MANUSKRIP TULISAN JAWI
Ke arah mengembalikan kegemilangan
tersebut, KDYTM Tengku Mahkota turut menitah-sarankan agar kajian dilakukan ke
atas manuskrip-manuskrip lama yang dalam tulisan Jawi.
Baginda turut menitah-sarankan semua
pihak – jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, majlis-majlis daerah serta
swasya di negeri ini, supaya memperkasakan penggunaan tulisan Jawi menerusi
setiap aktiviti mereka.
Kerajaan Negeri pula titah Baginda, hendaklah memperkenalkan kembali tulisan Jawi secara berperingkat-peringkat dalam urusan pentadbiran, selain menggunakannya pada papan tanda arah.
“Kementerian Pendidikan juga diharap dapat lebih ke hadapan untuk memainkan peranan supaya tulisan Jawi dapat dipertingkat penggunaannya di sekolah dan dalam kalangan masyarakat.
“Apabila terlaksana hasrat ini, zaman kegemilangan tulisan Jawi dapat dikembalikan kerana sesuatu bangsa itu akan dihormati kerana ketinggian budayanya,” titah KDYTM Tengku Mahkota lagi.

DALAM KALANGAN HADIRIN SEKELIAN...
SEMINAR ANTARABANGSA ANJURAN KUIPSAS
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob turut hadir pada majlis perasmian penutupan ini. Begitu juga, antara
lainnya, Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad;
Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama
Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri
Wan Wahid Wan Hassan; serta Rektor KUIPSAS, Dato’ Yahya Zainal Abidin.