Moga-moga keadaan yang 'aman-damai' sekarang, akan kekal begitu sama ada tempoh moratorium yang akan berakhir pertengahan April ini hendak dilanjutkan lagi atau tidak.
NOTA
EDITOR;
Berikut
ialah artikel tulisan AHYA ALIMUDDIN dan YOPE KEY-DARE, yang berkaitan dengan tempoh moratorium
mengenai aktiviti bauksit, yang bermula 15 Januari dan berlangsung selama tiga
(3) bulan yang akan berakhir pada 14 April ini.
Memandangkan
tempoh itu cuma berbaki kira-kira tiga (3) minggu lagi, dan pula, kerja-kerja
pelupusan tanah merah bauksit khususnya di kawasan stok simpanan di Pelabuhan
Kuantan belum juga lagi dapat diselesaikan; maka itu, artikel ini ditulis.
Semoga
kita sama-sama memanfaatinya.
Asas
kepada cadangan pelanjutan tempoh ini ialah; tak mungkin dalam tempoh kira-kira
tiga minggu sahaja lagi, baki kira-kira dua juta tan metrik tanah merah
tersebut – yang memerlukan sehingga 50 buah kapal, dapat dikeluar/dieksport ke
luar negara.
Itu
baru satu kawasan stok simpanan. Bagaimana pula dengan 11 kawasan stok simpanan
lain (yang tidak dapat dipastikan keseluruhan jumlah tan metriknya) yang
terdapat di lokasi-lokasi yang berbeza di sekitar daerah Kuantan ini?
Dalam
hal ini, Kerajaan mesti terus bertegas.
Tidak
dinafikan, beberapa hari lepas, 15 pengusaha mineral tersebut telah bersepakat
di bawah sebuah persatuan yang baru sahaja ditubuhkan, menggesa Kerajaan
menarik balik arahan moratorium itu khusus kepada kononnya, pengusaha-pengusaha
yang patuh-syarat.
KEIZINAN
BERPILIH-PILIH BAGI SYARIKAT MULA SEMULA AKTIVITI?
Kononnya
juga, dalam tempoh moratorium sekarang, keseluruhan aktiviti (bukan industri
ya, sebab aktiviti mereka yang penuh dengan kekalutan) bauksit yang terhenti telah
menyebabkan pengusaha kehilangan pendapatan bulanan sehingga RM400 juta.
Namun,
adakah dengan mengizinkan secara berpilih-pilih, pengusaha-pengusaha bauksit
berkenaan untuk memulakan semula aktivit mereka selepas tempoh 15 April, boleh
menjamin aktiviti tersebut berjalan balik tanpa pencemaran dan kekalutan?
Sebelum
inipun, ada yang mendabik dada kononnya, merekalah pengusaha yang melakukan
aktiviti bauksit tanpa tercemar – daripada peringkat perlombongan hinggalah
pengangkutan tanah merah tersebut ke Pelabuhan Kuantan.
Sedangkan,
hanya ‘indah khabar daripada rupa’. Pencemaran tetap dikesan juga daripada
aktiviti perlombongan dengan rungutan pencemaran udara debu merah oleh penduduk
persekitarannya, hinggalah kepada kaedah pengangkutannya.
Lagipun,
di manakah kelibat serta ‘suara’ pengusaha-pengusaha bauksit ini tatkala
Kerajaan khususnya Kerajaan Negeri, dikritik habis-habisan kononnya kerana
kegagalan melakukan sesuatu bagi menangani gejala akibat bauksit ini? Hanya
sesudah terhantuk, kini baru hendak tergadah?
ATAS RASA
KEBERTANGGUNG JAWABAN KERAJAAN
Dan,
bukannya mereka tidak pernah berada pada perjumpaan pengusaha lombong serta
operator pengangkutan – lebih empat (4) kali dengan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob sendiri, yang telah berulang-kali mengingatkan mereka supaya
mematuhi syarat atau bakal hadapi tindakan drastik Kerajaan sepertimana penguatkuasaan
moratorium sekarang.
Kini
Dato’ Sri DiRaja Adnan – jika beliau mahu, boleh sahaja menempelak dengan
berkata, “… tengok, saya sudah kata dah”,
atau lebih kasar lagi, “padan muka”.
Tetapi, beliau tidak berbuat demikian, sebaliknya terus mencari lagi jalan
untuk memastikan aktiviti bauksit beroperasi dengan lebih tersusun, tanpa
pencemaran.
Ini
beliau lakukan, bukan kerana beliau atau Kerajaan Negeri ada apa-apa
kepentingan dalamnya, cuma atas rasa kebertanggung jawaban sebuah Kerajaan yang
adil bagi mewujudkan keadaan menang-menang kepada semua pihak khususnya
rakyat-jelata.
Bersama-sama
dengan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,
perbincangan demi perbincangan diadakan khususnya di peringkat pegawai, bagi
terus menangani gejala bauksit ini antara lain, merangka Prosedur Operasi
Piawaian (SOP) yang terbaik sebelum menguatkuasakannya.
Ini
memang sedang dilakukan dan, apa-apa keputusan yang diambil menerusi
perbincangan-perbincangan ini akan dibawa dengan sempurnanya ke Mesyuarat
Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, untuk diputus dan
dikuatkuasakan.
HAYAT POLITIK
PANJANG KERANA MAINKAN ISU
Maka,
tidak timbullah persoalan tentang kononnya Kerajaan tidak telus dalam menangani
isu ini terutamanya dalam tempoh ‘bertenang’ tiga (3) bulan ini, sepertimana dakwaan
seorang ahli parlimen pembangkang di Kuantan ini.
Sudah
terkenal kini sebagai seorang yang hayat politiknya panjang kerana memainkan
isu-isu (termasuk terbaru, hendak membawa usul ke parlimen bagi membahaskan
kononnya mengenai gejala yang berlaku di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak
di sini), yang dirungutinya mengenai usaha Kerajaan menangani aktiviti bauksit
langsung tidak boleh diterima.
Beliau
asyik bangkitkan tentang kononnya kegagalan Kerajaan Negeri untuk mengenal
pasti serta mengumumkan, kawasan stok simpanan berpusat bagi mengumpulkan
kesemua bahan mineral bauksit di satu kawasan tersebut.
Hanya
kerana beliau tidak sedar tentang perkembangan terbaharu mengenai usaha Kerajaan
itu, tidak bermakna Kerajaan – sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan
Negeri, berpeluk tubuh sahaja sekarang, tanpa melakukan sesuatu.
Sedangkan,
segala-galanya telahpun diambil-kira oleh kedua-dua Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian berkenaan, yang hanya tunggu masa
sahaja untuk melengkapkan, kemudian mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri
bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan.
SELESA TEMPOHI
HARI TANPA KEKALUTAN LORI BAUKSIT
Sudah
tentulah, apa yang disebut ini bukanlah sesuatu yang baik untuk ahli parlimen
berkenaan. Kalaupun beliau tahu, sudah pasti beliau akan membangkitkan pelbagai
perkara lain pula demi kelangsungan isu tersebut sekaligus, hayat politiknya
juga.
Sementara
itu, penduduk Pahang khususnya Kuantan, pasti berasa sungguh selesa dalam
menempuhi hari-hari tanpa kalut berlumba dengan lori pengangkut bauksit di atas
jalan menuju ke Pelabuhan Kuantan dalam tempoh tiga bulan ini.
Dengan
pelanjutan tempoh ini nanti, katalah, lagi tiga (3) bulan; adalah diharapkan
segala perkara yang harus dilakukan dan pula syarat-syarat dan peraturan baharu
yang dirangka, dapat dihalusi kemudian dilulus serta dikuatkuasakan, demi
kesejahteraan kita, penduduk Kuantanlah juga. – Khabar