“Program hari
ini kita anjurkan selepas dapat ‘feedback’ dari pihak Alumni – ada pelajar-pelajar
yang kurang kemampuan yang wajar dibantu.
“Dan saya telah
bincang dengan Pengurus Besar, kita wajar bantu tapi ianya ‘one-off’,” kata
Menteri Besar.
PERKARANGAN,
MASJID SULTAN AHMAD SHAH, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KAMPUS
GOMBAK, SELANGOR
– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah menyampaikan sumbangan ‘one-off’
RM4,000 kepada setiap seorang daripada 150 pelajar kurang kemampuan yang
menuntut di universiti ini.
Pelajar-pelajar
penerima pula bukan sahaja dalam kalangan anak Pahang (tidak sampaipun 10
orang), tetapi meliputi mereka dari negeri-negeri lain termasuklah Kelantan,
Terengganu, Perak dan Pulau Pinang.
Dan
mereka sudahpun terlibat sebelum ini dengan program bantuan makanan ‘soup
kitchen’ oleh beberapa badan sukarela di sekitar Lembah Kelang ini, serta yang
hampir sama oleh Persatuan Alumni UIAM di bawah program ‘Alumni Cares Programme’nya.
Majlis
penyampaian oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan dengan peruntukan dibiayai sepenuhnya
oleh Yayasan Pahang (YP) yang turut beliau pengerusikan; diadakan pada petang
Selasa, 10 Mei di sini.
Antara
yang turut hadir pada majlis ringkas disusuli tahlil ini ialah Pengurus Besar,
Yayasan Pahang, Dato’ Mahmud Nawawi; dan, Presiden, Persatuan Alumni UIAM,
Encik Khalek Awang.
MEMBERI DAN MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RM4,000... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan sumbangan sambil Dato' Mahmud dan Encik Khalek (dua dari kanan) memerhatikan.
LIBATKAN KEWANGAN
RM600,000
“Program hari
ini kita anjurkan selepas dapat ‘feedback’ dari pihak Alumni – ada pelajar-pelajar
yang kurang kemampuan yang wajar dibantu.
“Dan saya telah
bincang dengan Pengurus Besar, kita wajar bantu tapi ianya ‘one-off’. Inipun banyak
daripada segi implikasi kewangan – RM4,000 X 150 orang,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan pada persidangan media kemudiannya.
Menurutnya,
usaha yang dilakukan hari ini merupakan tambahan kepada pelbagai program
bantuan pendidikan dan sosial termasuk yang laksanakan secara tahunan oleh YP.
“Hari ini kita
dapat tahu (daripada Persatuan Alumni UIAM), ada pelajar yang memerlukan jadi
kita bagi ‘one-off’,”
katanya.
“Kita tak kira (penerima
sama ada pelajar) Pahang ke, luar Pahang ke. Yang hari ini, untuk semua
(pelajar dari negeri-negeri selain Pahang). Sebab, UIA ni, Ketua
Perlembagaannya ialah KDYMM Sultan Pahang.
KEMISKINAN,
JANGAN JADIKAN HALANGAN
“Rektor ialah
Prof Dato’ Sri Dr Zaleha Kamaruddin, orang Raub. Saya pula, takdir Allah,
menjadi Menteri Besar – saya orang Pahang. Orang Pahang tolong orang Pahang dan
luar Pahang,”
katanya lagi.
Beliau
seterusnya menjelaskan antara kriteria yang diguna-pakai oleh pihak Alumni
dalam melayakkan 150 pelajar untuk menerima sumbangan ‘one-off’ ini dan yang
utamanya ialah soal ketidak mampuan mereka.
“Mereka isi borang
kemudian itu panel dari Alumni tengok, teliti. Tadi saya tengok – contoh,
pendapatan bapa RM1,800 – boleh dikatakan banyak juga, tapi, anak 10 orang. Jadi
di‘interview’ dan anak (pelajar) ini dibantu,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan juga berkata, beliau telah menasihatkan para penerima/pelajar
berkenaan supaya belajar bersungguh-sungguh dengan tidak menjadikan ketidak
mampuan atau kemiskinan sebagai halangan.
“Saya telah
beritahu mereka bahawa kemiskinan jangan jadi halangan. Dan mereka jangan
berasa kecil, jangan berasa terkebawah; bahkan, semua orang bermula dengan
miskin dan susah. Tetapi dengan usaha, ikhtiar kita dengan takdir Allah Taala,
akan bantu kita.
KEMBALI KE UIAM
UNTUK MENYEMPURNAKAN PEMBELAJARAN BIDANG UNDANG-UNDANG
“Saya berharap
mereka belajar bersungguh-sungguh, dan mereka juga pada satu masa akan dapat
rezeki dan berkhidmat, memberi pula kepada masyarakat sepertimana kita buat
hari ini,”
katanya.
Selain
memberikan nasihat tersebut; dalam ucapan berBahasa Inggeris luar teks 16-minit
sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut menyingkap kisah pembelajarannya di
UIAM yang terhenti setakat tahun ketiga dalam bidang undang-undang.
Ia
ekoran tawaran yang tidak ditolaknya oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Sri
Mohd Najib Abdul Razak, untuk bertanding Pilihanraya Umum tahun 1986 sebagai
calon Dewan Undangan Negeri kawasan Pelangai.
Dan
kini katanya, beliau kembali ke UIAM untuk menyempurnakan pembelajanrannya
dengan mengikuti kursus sama dalam undang-undang, menghadiri kelas antara dua (2)
dan empat (4) jam pada setiap hujung minggu khususnya Jumaat.
SEPERTIMANA LAPORAN DALAM BULETIN UTAMA, TV3 PADA MALAM SELASA INI JUGA...
'MODE' SANTAI PADA LEWAT PETANG SELASA... – Khabar
SEPERTIMANA LAPORAN DALAM BULETIN UTAMA, TV3 PADA MALAM SELASA INI JUGA...
'MODE' SANTAI PADA LEWAT PETANG SELASA... – Khabar