… titah KDYMM
Pemangku Raja Pahang tentang pulangnya ke Rahmatullah, Tan Sri Abdul Rashid
Abdul Rahman
Bekas Menteri
Besar ke-11 itu meninggal dunia awal tengah hari Selasa ini, dalam usia 79
tahun.
MENUNAIKAN SOLAT JENAZAH... Pegawai Agama Islam Daerah Kuantan, Encik Abdul Zaki Mohd Zain mengimamkan solat Jenazah.
Selain KDYMM Pemangku Raja dan putera Baginda, YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; yang turut hadir ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Fakharuddin Mohd Ariff (tiga dari kanan).
PERKARANGAN, A 70, LORONG KUBANG BUAYA 54, MEDAN TOK SIRA, KUANTAN – “Allahyarham seorang yang cukup dekat di hati saya kerana Allahyarham seorang yang baik, Allahyarham seorang yang cukup ikhlas dan cukup mulialah di hati,” titah KDYMM Pemangku Raja Pahang.
“Dan sudah tentu
saya semua akan kehilangan seorang orang yang baik,” titah Baginda
lagi ketika ditemui wartawan selepas menziarahi jenazah Tan Sri Abdul Rashid
Abdul Rahman, 79, yang meninggal dunia awal tengah hari Selasa, 19 Jun atau Syawal ke-5 di
kediamannya di sini.
Yang
turut mengiringi keberangkatan Baginda sejak 3.30 petang sehinggalah kira-kira
5 petang termasuk sama-sama menunaikan solat Asar disusuli solat jenazah ialah putera
Baginda, YM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Baginda
turut bertitah betapa Baginda – ketika itu ialah KDYTM Tengku Mahkota Pahang; mengenali
Allahyarham sejak tahun 1980-an lagi ketika Allahyarham menduduki jawatan Menteri
Besar.
“… sewaktu Allahyarham
menjadi Menteri Besar dalam masa yang singkat – saya masih muda lagi masa tu;
banyaklah nasihat dan pandangan yang cukup bernas (diberikannya),” titah Baginda.
SEMOGA ROH
ALLAHYARHAM DICUCUI RAHMATNYA
“Sama-samalah
kita berdoa,”
titah Baginda lagi, “… supaya roh
Allahyarham sentiasa dicucuri rahmatNya dan dimasukkan ke dalam syurga
bersama-sama dengan orang-orang yang lebih beriman, InsyaAllah”.
Menurut
laporan yang memetik menantunya – Encik Hasbullah Omar sebagai berkata,
Allahyarham Tan Sri Abdul Rashid meninggal dunia di kediamannya ini pada kira-kira
12.20 tengah hari tadi.
Menurut
Encik Hasbullah, Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua dan mengalami
komplikasi penyakit buah pinggang.
Sebelum
itu, sejak April lepas lagi untuk tempoh kira-kira dua (2) bulan menurutnya, Allahyarham
telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dekat sini.
“Selepas itu,
Allahyarham dibawa pulang ke rumah untuk rawatan susulan, sebelum meninggal
dunia hari ini,” katanya
ketika ditemui pemberita semasa kerja-kerja memandikan jenazah dijalankan.
PERNAH JADI MB
SELAMA 6 BULAN
Menurut
rekod, Allahyarham Tan Sri Abdul Rashid pernah menjadi wakil rakyat negeri (BN
- Paya Besar) sejak tahun 1974, kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Pahang
ke-11 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allayarham dilantik menggantikan Allahyarham Dato’ Abdul Rahim Bakar. Tempoh Allahyarham dalam jawatan tersebut cuma kira-kira enam (6) bulan, bermula 7 November 1981 hingga 4 Mei 1982.
Allayarham dilantik menggantikan Allahyarham Dato’ Abdul Rahim Bakar. Tempoh Allahyarham dalam jawatan tersebut cuma kira-kira enam (6) bulan, bermula 7 November 1981 hingga 4 Mei 1982.
Allahyarham
meninggalkan tujuh (7) orang anak dan 11 cucu. Selepas dimandi, dikafan dan
disembahyangkan di ruang tamu kediaman ini; jenazah Allahyarham dibawa ke Tanah
Perkuburan Islam, Pekan untuk disemadikan bersebelahan kubur isterinya, Allahyarhamah
Puan Sri Shamsiah Razali. – Khabar