PEMIMPIN NOMBOR 1 NEGERI KITA...
Selain PRK ini - yang juga dikenali sebagai ‘PD Move’ sebenarnya tidak diperlukan kata Pengerusinya, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, ia juga semata-mata akan membazirkan wang rakyat.
BN dan UMNO sendiri pula katanya dalam kenyataan yang disalurkan kepada pihak media menerusi WhatsApp lewat malam Isnin, 24 September, sedang mengambil langkah-langkah pemulihan yang perlu diberi perhatian serius terhadapnya.
“Kita menyambut baik keputusan ini sepertimana diumumkan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi.
“Dan kebetulan pula, hari penamaan calon PRK ini ialah pada 29 September, yang bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 29 dan 30 September,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy lagi.
CARA PENGOSONGAN KERUSI PD YANG TAK DEMOKRATIK
Beliau
diminta mengulas pengumuman Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid petang tadi bahawa BN bukan sahaja
tidak meletakkan calon, malah tidak akan mengerahkan sebarang jentera atau
ahlinya untuk menyokong mana-mana calon pembangkang atau Bebas.
Keputusan
tersebut menurut Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid lagi, bukan bermaksud BN enggan
meraikan proses demokrasi tetapi cara pengosongan kerusi tersebut yang tidak
demokratik.
Pada PRK PD ini, Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon - Presiden, PKR Dato' Sri Anwar Ibrahim sebagai calonnya. Kerusi ini sengaja dikosongkan demi memberi laluan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk bertanding, seterusnya diuar-uarkan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kelak. – Khabar