“Saya akui,
memang YB Puan Fuziah ada kemukakan cadangan tentang keanggotaan MPKK ini
pada kunjungan tersebut tetapi saya dan rakan-rakan yang hadir termasuk
Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, tidak
memberi apa-apa persetujuan atau komitmen padanya.
“Maka, sangat
tidak wajarlah kenyataan YB Puan Fuziah apabila beliau mengatakan kami
bersetuju dan ini seperti cubaan ‘putting words into one’s mouth’ – atau
menyuruh kami menelan bulat-bulat apa yang dicadangkannya,” kata Menteri Besar.
ANTARA PETIKAN KEPUTUSAN YANG DICAPAI PADA MESYUARAT KABINET 10 OKTOBER 2018... Maka tentunya apa yang diperkatakan sebelumnya apatah lagi apabila dipertikaikan, telahpun ‘being overtaken by event’ ekoran keputusan yang lebih terkini oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan PH ini.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Kerajaan Negeri tidak pernah memberi persetujuan atau komitmen kepada
cadangan Ahli Parlimen Kuantan, Puan Fuziah Salleh tentang keanggotaan MPKK,
tegas Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Puan
Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menurutnya, ada
mengemukakan cadangan berkenaan pada pertemuan mereka di Pejabat Menterri Besar
pada awal September 2018.
Bagaimanapun
katanya, Kerajaan Negeri tidak menyatakan persetujuan atau memberikan apa-apa
komitmen kepada cadangan tersebut.
Cadangan
itu ialah, pelantikan keanggotaan MPKK di Pahang yang Kerajaan Negerinya
pimpinan Barisan Nasional (BN), perlu melibatkan wakil daripada kedua-dua parti
– BN dan Pakatan Harapan (PH), dan keanggotaannya (di setiap MPKK) dikuasai
secara majoriti oleh parti yang menang di sesebuah kawasan Parlimen berkenaan.
“Saya akui,
memang YB Puan Fuziah ada kemukakan cadangan tentang keanggotaan MPKK ini
pada kunjungan tersebut tetapi saya dan rakan-rakan yang hadir termasuk
Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail, tidak
memberi apa-apa persetujuan atau komitmen padanya.
‘PUTTING WORDS
INTO ONE’S MOUTH’
“Maka, sangat
tidak wajarlah kenyataan YB Puan Fuziah apabila beliau mengatakan kami
bersetuju dan ini seperti cubaan ‘putting words into one’s mouth’ – atau
menyuruh kami menelan bulat-bulat apa yang dicadangkannya,” katanya.
Dato’
Sri Wan Rosdy berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan petang
Sabtu, 2 November di sini. Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Puan Fuziah yang
mendakwa kononnya Kerajaan Negeri telah bersetuju mengenai cadangannya itu pada
‘rundingan awal’ mereka sebelum ini.
Berikut
ialah sepenuhnya, kenyataan media Menteri Besar di bawah tajuk, Kerajaan Negeri
tak pernah beri komitmen kepada cadangan YB Puan Fuziah tentang keanggotaan
MPKK –
Saya menyangkal kenyataan mengelirukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Fuziah Salleh kononnya Kerajaan Negeri sebelum ini, telah bersetuju dengan cadangannya tentang keanggotaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Cadangannya
ialah agar pelantikan keanggotaan MPKK di Pahang yang Kerajaan Negerinya
pimpinan Barisan Nasional (BN), perlu melibatkan wakil daripada kedua-dua parti
– BN dan Pakatan Harapan (PH), dan keanggotaannya (di setiap MPKK) dikuasai
secara majoriti oleh parti yang menang di sesebuah kawasan Parlimen berkenaan.
KABINET TETAPKAN
TENTANG 5 TAMBAHAN ANGGOTA PH DALAM MPKK
Persetujuan
ini kononnya dicapai pada apa YB Puan Fuziah sebut sebagai ‘rundingan awal’
antara beliau dengan saya, dan ini saya percaya berlaku semasa kunjungan beliau
ke pejabat saya di Wisma Sri Pahang, Kuantan pada awal September 2018.
Ekoran
itulah, YB Puan Fuziah telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini seperti yang
akhbar Sinar Harian laporkan, kononnya Kerajaan Negeri telah tidak menghormati
‘rundingan awal’ tersebut.
Saya
akui, memang YB Puan Fuziah ada kemukakan cadangan tentang keanggotaan
MPKK ini pada kunjungan tersebut tetapi saya dan rakan-rakan yang hadir
termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Dato’ Sri Muhammad Safian
Ismail, tidak memberi apa-apa persetujuan atau komitmen padanya.
Maka,
sangat tidak wajarlah kenyataan YB Puan Fuziah apabila beliau mengatakan kami
bersetuju dan ini seperti cubaan ‘putting words into one’s mouth’ – atau
menyuruh kami menelan bulat-bulat apa yang dicadangkannya.
Selepas
itu, beberapa perkembangan baharu mengenai MPKK khususnya bagi negeri-negeri
yang tidak dikuasai oleh PH, telah berlaku terutamanya keputusan dicapai oleh
Kabinet Kerajaan Persekutuan pimpinan PH pada 10 Oktober 2018 yang menetapkan
bahawa –
KERAJAAN
PERSEKUTUAN BIAYAI ELAUN MPKK
01.
Lima (5) anggota tambahan. Lima (5) anggota tambahan MPKK hendaklah terdiri
daripada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil Pakatan
Harapan.
02.
Syarat. Kerajaan Persekutuan akan membiayai elaun MPKK sekiranya pihak Kerajaan
Negeri bersetuju dengan syarat untuk 5 orang anggota tambahan.
03.
Pembayaran Secara ‘Electronic Fund Transfer’ (EFT) oleh Kementerian Pembangunan
Luar Bandar (KPLB). Pembayaran elaun kepada negeri Terengganu, Kelantan, Pahang
dan Perlis dibuat melalui EFT oleh KPLB.
Pada
Mesyuarat mengenai MPKK di negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan
Persekutuan pada 5 November 2018 dan diurusetiakan oleh Bahagian Komuniti Desa,
KPLB, ketetapan Kabinet tersebut telah dibincang untuk dilaksanakan.
Ekoran
itulah, Kerajaan Pahang menubuhkan MPKK di kesemua 542 kampung di negeri ini
dan penyerahan surat pelantikan – Pengerusi, Setiausaha dan 11 anggota lain,
telah dilakukan di Kuala Lipis pada 14 Disember 2018.
KERAJAAN NEGERI
LAKSANAKAN KEPUTUSAN KABINET
Lima
(5) anggota tambahan dari PH sepertimana ketetapan oleh Kabinet Kerajaan Persekutuan
bagaimanapun tidak dibuat sehingga ke hari ini kerana belum mendapat pencalonan
daripada parti berkenaan menerusi KPLB.
Oleh
itulah juga saya berharap, YB Puan Fuziah tidak berdolak-dalik mengenai perkara
ini sebaliknya, perlulah menurut saluran yang betul sepertimana juga Kerajaan
Negeri telah lakukan dalam menerima dan melaksanakan keputusan Kabinet mengenai
keanggotaan MPKK ini.
DATO’
SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri
Besar Pahang
–
Khabar