“Dan Alhamdulillah,
saya nampak daripada (segi) sambutannya begitu baik dan setakat ini, yang telahpun
memohon, 1,700 (orang), tetapi rumah ini yang ada cuma 635 unit sahaja lebih
kurang,” kata Menteri Besar tentang Rumah Makmur Kampung Tiram.
TAPAK PERUMAHAN ‘RUMAH
MAKMUR’, KAMPUNG TIRAM, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail melancarkan perumahan Rumah Makmur – rumah teres RM80,000 seunit di sini,
yang mendapat sambutan hangat rakyat untuk memilikinya
“Dan
Alhamdulillah,”
katanya, “Saya nampak daripada (segi) sambutannya
begitu baik dan setakat ini, yang telahpun memohon, 1,700 (orang), tetapi rumah
ini yang ada cuma 635 unit sahaja lebih kurang.
“Tapi jangan
bimbang kerana kita dalam masa terdekat – saya dimaklumkan oleh YB (Abd) Rahim
(Muda), (Ahli) Exco Perumahan; dalam masa seminggu-dua ini, Kerajaan Negeri
akan meluluskan lagi Rumah Makmur di kawasan seluas hampir 1,000 ekar (dengan)
sebanyak lebih kurang 3,000 unit akan dapat dibina,” katanya lagi.
Lokasi
kawasan seluas kira-kira 1,000 ekar dengan sasaran pembinaan lagi 3,000 unit
Rumah Makmur ini ialah berhampiran dengan kawasan perumahan Indera Sempurna di pinggir
Jalan Kuantan-Pekan dekat sini.
Dan
bagi sebuah rumah teres setingkat berharga RM80,000 seunit yang berkeluasan
lantai 800 kaki persegi dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi menurut Dato’
Sri Wan Rosdy, “harganya sangat murah”.
SEMBANG SAMBIL SANTAI DI TANGGA... Selain Dato' Sri Wan Rosdy, yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Ishak; Encik Abd Rahim dan Tengku Dato' Nor Asmaliza (kiri sekali).
SASARAN BINA
10,000 UNIT RUMAH MAKMUR
Beliau
berkata demikian pada persidangan media pada Majlis Pelancaran Perumahan ‘Rumah
Makmur’ Kampung Tiram – jenis rumah teres bagi golongan berpendapatan seisi
rumah di bawah RM5,000 sebulan pada pagi Ahad, 24 November, di sini.
Projek
ini dibina oleh pemaju, Zon Majuria Sdn Bhd di kawasan seluas 100 ekar dengan jumlah
unit Rumah Makmur yang akan dibina sebanyak 635 buah yang dijangka siap bagi
fasa pertamanya sebanyak 100 unit pada tahun 2022.
Menurut
Dato’ Sri Wan Rosdy, Kerajaan Negeri menyasarkan agar sebanyak 10,000 unit
Rumah Makmur dibina di negeri ini yang setakat ini, 7,088 unit telahpun diluluskan
pembinaannya.
“Sasaran
Kerajaan Negeri (ialah) 10,000 unit dan bila yang 1,000 ekar diluluskan (dengan
jumlah untuk dibina lagi 3,000 unit), maknanya sasaran Kerajaan Negeri akan dapat
dicapai,”
katanya lagi.
Menjawab
soalan tentang Rumah Makmur Kampung Tiram ini yang bertiang katanya, ia adalah
hasil tinjauan serta pandangan rakyat, seterusnya bagi mewujudkan kelainan yang
tetap menguntungkan pembeli.
TAK BOLEH JADIKAN ‘HOMESTAY’
“Sebabnya bila
kita buat yang bertiang ini, ia ada ruang yang lebih berbanding dengan
rumah-rumah yang siap sebelum ini. (Ber)makna, di bawah tu boleh dibuat sebagai
tempat duduk (bersantai), tempat mereka minum teh petang-petang sebagai contohnya,
mungkin untuk anak-anak bermain,” katanya lagi,
Ditanya
lagi kot-kot ia bertiang bagi mengelak kejadian banjir di kawasan ini katanya,
kemungkinan itu ada namun kawasan Rumah Makmur Kampung Tiram ini adalah lebih
tinggi – kira-kira 3.2 meter dari aras laut.
“Tapi lebih
pentingnya, ia ada ‘ample space’ untuk di bawah itu. Tapi ini tujuannya bukan untuk
dibuat bilik, reban ayam, tidak… Ini untuk dia duduk santai, untuk anak-anak
bermain sebagainya,”
tegasnya.
Kepada
soalan jika Rumah Makmur ini boleh dibenarkan pemiliknya kelak untuk dijadikan
sebagai ‘homestay’ katanya, “Oh tak
boleh. ‘That one (will) beat the purpose’.
“Tujuan kita buat
rumah ini untuk bantu rakyat yang berpendapatan RM5,000 ke bawah untuk ada
rumah, bukan tujuan untuk jadi ‘homestay’ apa semua. Kalau ada kita rampas
balik,”
tegasnya.
PREMIUM PERCUMA
UNTUK TANAH KERAJAAN JADI RUMAH MAKMUR
Menurutnya,
Kerajaan Negeri mengambil berat tentang usaha mengadakan rumah mampu-milik
kepada rakyatnya memandangkan rumah merupakan satu daripada keperluan asas
selain daripada makanan dan pakaian.
Oleh
sebab itulah juga katanya, Kerajaan Negeri sanggup kehilangan hasil semata-mata
bagi memastikan Rumah Makmur yang murah harganya ini, boleh dibina oleh pihak
pemaju maju dengan kos sewajarnya.
Kehilangan
hasil itu ialah dalam bentuk premium tanah yang tidak perlu dibayar oleh pihak
pemaju kepada Kerajaan Negeri bagi membangunkan tanah Kerajaan Negeri dengan
projek perumahan mampu-milik Rumah Makmur ini.
“… kalau tidak itu,
tanah ini kena bayar premium. Tapi bila kita suruh buat Rumah Makmur, pemaju
tak perlu bayarlah (premium tanah berkenaan bagi mengurangkan kos pemaju lalu dapatlah
pemaju menawarkan harga jualan RM80,000 seunit).
“Itupun jenuh
berkecek suruh buat – ‘Dato’ (pihak pemaju), tolonglah buat, ini untuk rakyat.
Untung sikit(pun) sudahlah (asalkan) jangan rugi sudah’. Ha… sampai (begi)tu
(permintaan Kerajaan Negeri kepada pemaju).
KALAU KENA BAYAR
PREMIUM TANAH?
“Kalau kena
(bayar) premium, lari teruslah… Kalau dia (pemaju) lari, tak tercapailah
(hasrat dan sasaran Kerajaan Negeri untuk membina) Rumah Makmur. Lepas tu,
kesian kepada rakyatlah (yang berpendapatan rendah),” katanya.
Antara
yang turut hadir pada majlis pagi minggu ini ialah Yang Dipertua Dewan Negeri,
Dato’ Sri Ishak Mohamad; Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Negeri, Encik Abd Rahim Muda;
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman; Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah; serta, Setiausaha Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Azlan Mohd Yaman. – Khabar
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman; Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah; serta, Setiausaha Bahagian Perumahan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Azlan Mohd Yaman. – Khabar