NOTA
EDITOR ;
Pada
majlis ringkas meraikan kemenengan calon Barisan Nasional (BN) Sdr Mohd Sharim
Md Zain pada Pilihanraya Kecil (PRK) N23 Chini malam Sabtu, 4 Julai 2020 yang bertempat
di dalam khemah besar tertutup Bilik Gerakan BN di Taman Selasih, Paloh Hinai, Pekan;
Pengerusi BN Negeri Dato’ Sri Wan Rosdy mewakili kepemimpinan BN dan rakan dalam
gagasan Muafakat Nasional (MN), untuk menyampaikan ucapan.
Antara
kepemimpinan BN yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib
Abdul Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan; Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Sri
Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob;
dan Naib Presiden MCA, Dato’ Sri Ti LIan Ker.
Berikut
disiarkan ucapan ringkas kira-kira 5-minit itu, dengan suntingan tahap minimum.
“Alhamdulillah,
syukur kepada Allah, segala perjuangan kita untuk memenangkan calon kita Sdr
Mohd Sharim telah menunjjukkan kejayaan.
“Saya ingin
mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak,
sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang telah membantu kemenangan
calon kita, calon Barisan Nasional, Sdr Mohd Sharim Md Zain.
“Dan yang lebih
istimewanya, kemenangan beliau pada malam ini adalah sangat cemerlang dan
pengundi-pengundi di Dewan Negeri Chini telah memberi kemenangan kepada beliau,” yang disusuli tepukan
oleh para hadirin.
“Dan sepertimana
yang saya katakan sebelum ini bahawa kejayaan ini kejayaan kita bersama,
kejayaan sebagai satu pasukan. Semua pihak telah memainkan peranan
masing-masing.
“YB Dato’ Sri Presiden
kita telah menjalankan tugas sebagai Presiden parti . ‘Bossku’… siang malam, ke
hulu ke hilir tidak berhenti. Pergi sekejap ke Kuala Lumpur kerana ada kes
mahkamah, datang balik ke Chini dan telah berkempen habis-habisan untuk
memastikan calon kita menang,” disusuli tepukan hadirin lagi.
“Rakan-rakan kita
dari MCA, MIC juga membantu. Dan rakan kita dari Perikatan Nasionalpun turut
membantu.
“Dan boleh
dikatakan, yang lebih istimewanya pada PRK Chini ini seolah-olah tidak ada
bezanya antara UMNO dengan PAS. Kita seolah-olah sebagai satu pasukan dan
inilah saya percaya rahsia besar yang menyebabkan kita mendapat kemenangan yang
besar.
“Sebagai Pengerusi
UMNO Negeri Pahang saya lagi sekali mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu dan menjalankan tugas kita untuk
memastikan calon Barisan Nasional kita menang dengan bergaya.
“Dan
Alhamdulillah, harapan kita – bermula dengan Cameron Highlands, kemudian kita
pergi ke Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, kita pergi ke Sabah, Kimanis; akhirnya
takdir Allah kita balik ke Chini; semua PRK tersebut atas tiket Muafakat
Nasional, kita telah menang dengan cemerlang.
“Tetapi Tuan-tuan
dan Puan-puan, kejayaan kita yang sebenarnya ialah, PRU ke-15 yang akan datang.
Saya berdoa supaya semangat tinggi semasa PRK bermula daripada Cameron Highlands
sampai ke Chini, haruslah kita terapkan dan kita teruskan semasa kita
menghadapi PRU ke-15 nanti,” diiringi tepukan lagi.
“Saya percaya dan
yakin, In Sya Allah, sekiranya kerjasama ini kita teruskan hingga ke PRU akan datang,
In Sya Allah, Putrajaya akan menjadi milik Muafakat Nasional kita,” yang diikuti
tepukan lagi. – Khabar