Monday 1 April 2013

"Kita tak berminat dengan perkelahian sesama sendiri dalam PKR atau PR"

… sebaliknya, Barisan Nasional (BN) Negeri lebih berminat untuk tumpu dan berhati-hati agar perpaduan dalam kalangan anggotanya dikekal dan diperkukuhkan.

Inilah jawapan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Negeri, kepada soalan wartawan tentang perkelahian sesama sendiri yang dikatakan berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Pakatan Rakyat (PR), mengenai pemilihan calon mereka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

PENERANGAN KEPADA MEDIA... Inilah bangunan auditorium yang kosnya RM7.5 juta akan cuba didapatkan peruntukan untuknya agar pembangunan dapat dijalankan serentak dengan elemen-elemen lain yang Kerajaan Persekutuan telah khususkan RM45 juta.  

   
TAPAK BANGUNAN BAHARU, PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI, KEMUNTING, KUANTAN“We are not interested in the in-fighting in the PKR or PR. We are more cautious, so that among ourselves in the Barisan Nasional, there will be no dissatisfaction nor in-fighting.

“Others (in Parti Keadilan Rakyat [PKR] or Pakatan Rakyat [PR]) want to fight, let them. But for us (in the BN), let us unite,” demikian tegas Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga Pengerusi, Barisan Nasional (BN) Negeri.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan tentang perkelahian sesama sendiri yang dikatakan berlaku dalam PKR terutamanya, berhubung dengan soal pencalonan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini merujuk kepada peristiwa mem‘boo’ serta luahan tidak puas hati oleh ahli-ahli PKR sendiri, pada pengumuman oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim di Balok Makmur dekat sini, Sabtu, 30 Mac lepas, menamakan Pengerusi, PKR Negeri, Dato’ Fauzi Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Kuantan dan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, sebagai calon PKR untuk Parlimen Indera Mahkota.

Dengan pencalonan Dato’ Fauzi, yang semasa dalam UMNO dan BN, pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen sebelum menyertai PKR pada Julai 2008; bermakna, penyandang (incumbent) sekarang dari PKR, Encik Azan Ismail tidak berpeluang untuk mempertahankan kerusinya di situ.   

MENGENDALIKAN JENGKAUT... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengendalikan jengkaut untuk menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan perpustakaan baharu ini. 

Sebagai seorang yang bukan sahaja boleh memandu-terbang helikopter, membawa bas ataupun menunggang skuter 'vespa', mengendalikan jengkaut ini adalah satu lagi perkara yang boleh dikatakan 'enteng' tetapi dilakukan secara hati-hati oleh Menteri Besar kita ini.   


‘WE CAN WIN BACK INDERA MAHKOTA, WITH THE RIGHT ‘CALON’

Mengenai pencalonan Dato’ Fauzi sendiri menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, ia tidak akan berupaya untuk mempengaruhi pengundi-pengundi di kawasan parlimen berkenaan bagi mengundinya.

I’m not boasting, I’m not boasting. Dato’ Fauzi is a very experienced man but I would say that, he is (a) spent force. A bullet already spent. I don’t think the voters will give any consideration because he was once in the government, he was also once the wakil rakyat.

“I think we (BN) can get back, we can win back Indera Mahkota, with the right ‘calon’. And, I (was made to) understand that Dato’ Fauzi’s nomination was not well received even by the PKR people,” katanya lagi.

Pada persidangan media yang sama, beliau turut diminta mengulas mengenai tabiat membaca dalam kalangan rakyat serta apakah kesannya dengan kini, akan terbinanya sebuah perpustakaan awam yang baharu.

“Tabiat ini sebenarnya, kita tidak boleh jana atau boleh garap. Tinggal lagi, dalam peringkat ‘in the formative years – 0 age to 4 years old and then up to adolescent, that’s when the guidance by the parents, by the teachers; can in a way, influence the upbringing of the children.

KHALAYAK GURU, PELAJAR DAN ORANGRAMAI... Inilah sebahagian daripada khalayak yang hadir pada pagi panas terik itu, sempena majlis pecah tanah bangunan baharu perpustakaan ini. 
   

PERPUSTAKAAN BAHARU DEMI KESELESAAN PENGUNJUNG

“Ha, itu boleh mempengaruhi. Tapi kalau dah ‘kotai’, tak pernah membaca, nak suruh dia membaca, tak dak… Buatlah perpustakaan besar manapun, cantik manapun, tak... Mungkin dia jadikan perpustakaan tu tempat dia untuk rehat, bukan untuk dia membaca.

“Bagaimanapun, yang kita buat perpustakaan baharu ini ialah untuk memberikan keselesaan kepada mereka yang memang suka membaca, dengan harapan, mereka yang suka membaca ini akan dapat menarik kawan-kawan mereka untuk turut membaca,” katanya.

Menurutnya, dengan sistem persekolahan sekarang yang terus memberi penekanan kepada peperiksaan, telah ‘memaksa’ pelajar-pelajar untuk membaca yang turut sedikit-sebanyak menyumbang ke arah menjadi tabiat.

“… through discipline, probably through compulsion – by forcing the people to read; reading habit can be instilled into a person or persons,” katanya sambil menambah, kegunaan hingga hampir berkapasiti penuh perpustakaan inipun kelak akan merupakan satu kejayaan.

Perpustakaan baharu yang bakal didirikan di atas tanah seluas 1,618 hektar ini ya ng bersebelahan dengan bangunan ibupejabat baharu MPK yang sedang rancak dalam pembinaan, dijangka mampu menampung pengunjung sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa.  

'HAPPY 35TH WEDDING ANNIVERSARY SIR, AND MADAM'... Dato' Sri DiRaja Adnan dengan isteri, Datin Sri Junaini di sisi; diberi pisau plastik oleh Dato' Shahaniza bagi memotong rasmi kek sempena ulangtahun ke-35 perkahwinan mereka. 

“… memanglah kita akan bina bangunan dahulu, kelengkapan tu akan datang kemudian. Yang pentingnya nikah dulu. Nak beli seluar-baju, kemudian. Janji dapat kahwin dulu, itu yang mustahak.  Begitulah dengan perpustakaan ini, janji kita dapat bangunan dahulu.

“Bila sebut menikah tu, saya hari ini genaplah 35 tahun kahwin dengan Datin Sri. (yang diikuti tepukan oleh khalayak). Kahwin April Fool tahun 1978,” antara kata-kata dalam ucapan luar teks 17-minit Dato' Sri DiRaja Adnan. 


PERUNTUKAN RM45 JUTA, PERLU LAGI RM7.5 JUTA

Beliau juga memberitahu, keseluruhan kos pembinaan perpustakaan baharu 3-tingkat ini ialah sebanyak RM45 juta yang diperolehi menerusi peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan.

Lagi RM7.5 juta masih diperlukan bagi pembinaan auditorium bersebelahan dan menurutnya, beliau akan cuba mendapatkannya dengan memohon terus daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak.

“(Lagi) RM7.5 juta itu akan kita cari. Kita nak buat sekali (dengan bangunan lain yang bernilai RM45 juta). Ini baharu baju sahaja. Belum rantai, gelang, belum cincin, belum gincu,” katanya merujuk kepada pembinaan struktur bangunan, yang tidak termasuk perkakasan di dalamnya.

Dalam ucapan 17-minitnya sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah menyusur-galurkan tentang perpustakaan awam yang ada sekarang, yang terletak antara bangunan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Pahang dan Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Asalnya perpustakaan daripada binaan kayu/papan yang diduduki sejak 1985 itu katanya, ialah Dewan Undangan Negeri sejak Allahyarham Tan Sri Yahya Seth menjadi Menteri Besar negeri ini lagi.

DEWAN YANG MULIA, DEWAN UNDANGAN NEGERI KITA... Mungkin sudah tiba masanya kita memiliki Dewan yang lebih selesa daripada sekadar yang ada ini. Bahawa Dato' Sri DiRaja Adnan ada menyebut tentang kemungkinan membina yang baharu di KotaSAS ialah pengumuman yang tentu dialu-alukan.  


DEWAN UNDANGAN NEGERI BAHARU DI KotaSAS

“Dewan Undangan Negeri telahpun dipindahkan ke Wisma Sri Pahang. Kalau jadi, kita akan buat pula Dewan Undangan Negeri (yang baharu) ini di KotaSAS (berhampiran Indera Mahkota, dekat sini). Terpulang kepada peruntukan,” katanya.

Antara yang turut hadir ialah isteri beliau, Datin  Sri DiRaja Junaini Kassim; Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Wan Razali Wan Mahussin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail;

Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Mat Zara’ai Alias; Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Shafik Fauzan Sharif; wakil rakyat (BN – Kuala Sentul) yang juga Timbalan Pengerusi, PPAP, Dato’ Shahaniza Shamsuddin; Pengarah, PPAP, Puan Faridzah Jaafar; serta, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – Khabar