… tetapi, dengan
keputusan muktamad oleh Raja Pemerintah
“Menteri Besar
hanya boleh menyembahkan nama. Tetapi, pemilihan terakhirnya ditentukan oleh
Raja Pemerintah,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
MENJENGAH DAN MENZIARAHI MASYARAKAT ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI GAPOI... Yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Khairuddin Yaakob (berdiri, kiri sekali).
KAMPUNG ORANG
ASLI SUNGAI GAPOI, PELANGAI, BENTONG – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob tidak menolak kemungkinan calon-calon Barisan Nasional (BN) dari
parti-parti MCA dan MIC yang menang pada Pilihanraya Umum ke-14 ini, dipertimbangkan
ke jawatan Exco Kerajaan Negeri kelak.
“Itu satu
perkara yang boleh kita pertimbangkan tetapi, keputusan muktamad terletak
kepada Raja Pemerintah negeri Pahang.
“Menteri Besar
hanya boleh menyembahkan nama tetapi, pemilihan terakhirnya ditentukan oleh
Raja Pemerintah,”
katanya ketika ditemui wartawan semasa lawatan mesranya petang Sabtu, 28 April,
ke sini.
Beliau
berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan oleh wartawan BERNAMA tentang
kemungkinan tersebut.
Komposisi
Exco Kerajaan Negeri sebelum ini menyaksikan, tidak seorangpun dalam kalangan
MCA mahpun MIC yang menyertainya ekoran prestasi tidak memberangsangkan oleh calon-calon parti berkenaan
pada PRU-13.
ADA WAKIL DALAM
KERAJAAN DAPAT PERJUANGKAN HAK
Tentang
kemungkinan ramai calon BN dari MCA menang kali ini katanya, ia tidak boleh
dijangka sementelah soal pengundian ini melibatkan perasaan dan sentimen pengundi
khususnya dalam kalangan pengundi Cina.
“Ini perkara
yang kita tak boleh bilang, yang kita tidak boleh ‘quantify’. Jadi,
terpulanglah.
“Kalau
misalannya orang Cina rasakan seperti kata Perdana Menteri – kalau tak ada
wakil Cina dalam Kerajaan ianya membawa satu keadaan tidak baik kepada
negara.
“Kalau orang
Cina memikirkan mereka hendak wakil dalam Kerajaan supaya hak mereka boleh
diperjuangkan, kepentingan mereka boleh dipertahankan; maka mereka perlu
mengundi Barisan Nasional melalui calon MCA,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.
Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri, turut ditanya mengenai ‘trend’
pertandingan pada PRU-14 ini yang nyata mengesahkan andaian tentang
pertembungan tiga (3) penjuru di kebanyakan kawasan pilihanraya ekoran
perpecahan dalam kalangan puak-puak pembangkang.
BAYI INIPUN TAHU SAYANGNYA KEPADA MB... Detik ini dirakam semasa kunjungan Dato' Sri DiRaja Adnan ke Kampung Orang Asli Hulu Semei pula, pada petang yang sama.
TERPULANG KEPADA
R.O TENTUKAN SOAL TEKNIKAL
‘Trend’
tersebut katanya, “… saya tengok
sepintas lalu, dengan 3 penjuru ataupun 5 penjuru seperti di Parlimen Temerloh,
saya rasa (akan) berikan kelebihan kepada calon-calon Barisan Nasional”.
Mengenai
kejadian pagi tadi yang menyaksikan pembangkang berbantah-bantahan berkaitan isu
alamat pada kad pengenalan calon BN bagi DUN Ketari hingga menyebabkan pengumuman
tentang pencalonan lewat dilakukan katanya;
“Apapun yang
timbul, soal teknikal sebagainya; ianya terpulang kepada ‘Returning Officer’ (R.O)
atau Pegawai Pilihanraya. Kita kenalah mematuhinya. Takkan calon pula
menanyakan mana I.C awak? Yang boleh menengok I.C ini ialah R.O.
“Seperti juga
kita di Mahkamah. Di mahkamah, pendakwa, peguambela, dia bercakap kepada
mahkamah. Dia tak boleh pula tengah-tengah bercakap, menyampuk pula borak sama
dia, tak boleh... Dia ada peraturan dia.
“‘So’, biar ‘Returning
Officer’ tentukan. Kalau kita tak puas hati maka kita boleh buat satu ‘motion’,
boleh ‘file’ ke mahkamah, ke mahkamah pilihanraya, ‘election court’ untuk
menentukan,”
katanya.
TINDAKAN KURANG
AJAR PEMBANGKANG TERHADAP PEGAWAI SPR?
“Bagaimana
(pula) Dato’ Sri melihat tindakan calon (PKR dari) DAP yang kurang ajar
terhadap pegawai SPR?” tanya wartawan daripada Astro Awani pula, yang
secara spontan Dato’ Sri DiRaja Adnan menjawab;
“Ha itu, tak
apalah... Itu biar orang(ramai) tahulah (tentang sikap buruk calon berkenaan). (Selama
ini) Menteri Besar Pahang sahaja orang cakap kurang ajar, (tetapi) nampaknya
(beliau, Menteri Besar) tertib sangat pula hari ini kan?” yang segera
mencetuskan ketawa kecil para wartawan.
Dan kedengaran seseorang berkata 'excellent' sebagai merujuk kepada sikap 'cool' Menteri Besar semasa menghadapi tempoh kecoh seketika ekoran bantahan puak-puak pembangkang itu. – Khabar
Dan kedengaran seseorang berkata 'excellent' sebagai merujuk kepada sikap 'cool' Menteri Besar semasa menghadapi tempoh kecoh seketika ekoran bantahan puak-puak pembangkang itu. – Khabar