… sempena Hari
Penamaan Calon bagi menghadapi PRU-14.
Peraturan baharu
SPR menghadkan 30 penyokong setiap parti berada dalam perkarangan pusat
penamaan di Majlis Daerah Bentong mewujudkan suasana lebih tenteram berbanding
yang lepas
PERKARANGAN,
MAJLIS DAERAH BENTONG (MDB), BENTONG – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob akan menghadapi persiangan tiga (3) penjuru menentang calon-calon Partai
Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi Dewan
Undangan Negeri N 036 Pelangai.
Dato’
Sri DiRaja Adnan, yang juga penyandang kerusi DUN ini sejak tujuh penggal lepas
bermula tahun 1986; akan ditentang oleh Encik Zaharin Osman dari PAS, dan Puan Norhaizan Abu Hassan dari PKR.
Ini
sepertimana diumumkan oleh Pegawai Daerah yang juga Pengurus Pilihanraya, Dato’
Azhar Arshad yang bermula pada kira-kira 12.13 tengah hari dan berakhir
kira-kira 11-minit kemudian pada 12.24 tengah hari, di sini.
(Kelewatan
membuat pengumuman ini difahamkan, ialah ekoran bantahan pihak pembangkang yang
membangkitkan isu alamat pada kad pengenalan milik calon BN bagi DUN – N 034
Ketari iaitu Dato’ Lau Hoi Keong).
Yang
turut diumumkan ialah calon-calon yang disahkan bertanding bagi kerusi Parlimen
- P 089 Bentong; serta kerusi-kerusi DUN - N 033 Bilut, N 034 Ketari, dan N 035
Sabai.
PERTENTANGAN
4-PENJURU DI DUN SABAI
Bagi
P 089, penyandang, Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang mewakili BN akan turut
menghadapi perlawanan tiga (3) penjuru menentang Encik Balasubramaniam
Nachiappan dari PAS, dan, Encik Wong Tack dari PKR.
Untuk
N 033 Bilut pula ditandingi tiga (3) penjuru juga oleh calon BN, Encik Jason Poo
Mun Hoong serta Encik Mohd Zamri Nong dari PAS, dan, Encik Lee Chin Chien dari
PKR.
Manakala
N 034 Ketari menyaksikan satu lagi pertandingan tiga (3) penjuru dengan calon
BN, Dato’ Lau ditentang oleh Encik Roslan Md Desa dari PAS, dan, Cik Yong
Safura Osman dari PKR.
N
035 Sabai akan menyaksikan rentapan empat (4) penjuru apabila calon BN, Dato’
R.Goonasekaran akan ditentang oleh Encik Mohd Khairuddin Abdullah dari PAS,
Puan D.Kamache dari PKR, dan calon Bebas, Encik T.Karunathi.
BERARAK KIRA-KIRA 400 METER DARI PERKARANGAN BANGUNAN UMNO BAHAGIAN BENTONG HINGGA KE MAJLIS DAERAH BENTONG... – Khabar
BERARAK KIRA-KIRA 400 METER DARI PERKARANGAN BANGUNAN UMNO BAHAGIAN BENTONG HINGGA KE MAJLIS DAERAH BENTONG... – Khabar