BERSALAMAN BERTENTANG MATA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bersalaman dengan hadirin sambil Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato' Ibrahim Abdul Rahman mengekori (berbaju korporat biru).
DATARAN
PELANGAI, SIMPANG PELANGAI, BENTONG – Sebuah mesin ‘Automated Teller
Machine’ (ATM) akan diadakan di Rancangan Tanah Felda Chemomoi dekat sini untuk
kemudahan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai, yang akan
beroperasi sebelum 9 Mei ini.
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob umumkan perkara ini dalam ucapan luar teks
17-minitnya pada Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Warga Jabatan Penerangan
Malaysia Negeri, Komuniti 1Malaysia Negeri, dan Masyarakat Orang Asli Daerah
Bentong pagi Isnin, 30 April di sini.
Dan
ketika ditemui wartawan kemudian, semasa hendak meninggalkan majlis, beliau
yang juga wakil rakyat (BN – Pelangai) telah diminta mengulas lanjut tentang
berita baik tersebut.
“Ya, saya dah
lama dah minta mesin ATM dari banyak bank tapi semua bank mengatakan tak
‘viable’, maknanya upah jaganya, nak buat mesinnya, nak buat bangunannya; tak
berbaloi dengan duit yang orang datang menyimpan.
“Saya baru-baru
ini dengan (pegawai) bank, Agrobank, saya telah dapat meyakinkan mereka dan
saya hanya keluar RM88,000 – RM40,000 untuk ‘renovation’, dan RM48,000 untuk
sewa setahun, RM4,000 sebulan.
LEBIH MUDAH
DARIPADA PERLU KE DURIAN TEPUS, TRIANG
“Ini saya sudah
jelaskan. InsyaAllah sebelum Hari Mengundi, akan ada satu ‘ATM Machine’ di
kawasan Pelangai dan kita telah cadangkan dibuat (ditempatkan) di Felda
Chemomoi sebab adanya bangunan ‘petrol kiosk’ di situ, ada jaga di situ,” katanya.
Menurutnya,
memanglah asalnya lokasi untuk menempatkan mesin berkenaan dicadangkan di
Simpang Pelangai ini kerana ia lebih mudah dan strategik tetapi tidak ada pula
tempat sesuai untuk menempatkannya.
“(Oleh itu) kita
buat (tempatkan mesin ATM tersebut) di Felda Chemomoi yang bagi orang Simpang
Pelangai untuk ke Felda Chemomoi, ia lebih mudah daripada mereka pergi ke
Durian Tepus atau ke Triang,” katanya.
Durian
Tepus ialah sebuah pekan kecil dalam daerah Jempol, Negeri Sembilan, yang
bersempadan dengan Simpang Pelangai ini. Triang pula ialah di Bera. Adalah
difahamkan, untuk sampai ke kedua-duanya dari sini, mengambil masa antara 35
minit dan 40 minit.
Dato’
Sri DiRaja Adnan juga diminta mengulas lanjut ucapannya tadi, khususnya tentang
berita-berita palsu dan fitnah yang semakin galak disebarkan menerusi media
sosial terutamanya dalam tempoh berkempen Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 ini.
GUNA
FIKIRAN YANG RASIONAL
“Kita boleh guna
fikiran (yang) rasionallah,” katanya dan menyambung betapa, “Setiap berita yang kita baca, tengok dulu
lah, pastikan kesahihannya, terutama berita yang memburuk-burukkan orang.
“Kalau kita
semua dengar berita terus buat keputusan… tak elok buat masyarakat kita akan
datang. Masyarakat kita akan bercelaru,” katanya lagi.
Menurutnya,
beliau memang telah diajar sejak daripada kecil lagi oleh Arwah Ayahnya supaya
tidak terus mempercayai apa juga berita terutamanya yang buruk, yang
disampaikan kecuali menyiasatinya dahulu.
“Saya memang
diajar daripada kecil jangan percaya kepada setiap khabar yang diberitakan.
Mungkin sebab Arwah Ayah saya sekolah Arab, mempelajari sikit-sebanyak ayat
al-Quran sebagainya.
“Dia selalu
pesan kepasa saya, kalau sesuatu berita sampai kepada kita terutama sekali
berita yang memburukkan orang, (lebih baiklah) kita siasat dulu, jangan kita
terus percaya.
JANGAN NANTI
MASYARAKAT JADI HARU-BIRU
“Kalau kita
terus percaya sahaja, haru-biru masyarakat kita – Ada orang mengadu-domba
antara suami-isteri, antara anak dengan bapa, lepas tu antara sahabat dengan
sahabat; pecah semua.
“Itu sebab kita
kena dengar dulu… Dan saya tahu, dalam pengalaman saya sebagai Menteri Besar,
saya tak boleh nyatakan tapi saya kagum dengan dua-tiga pemimpin di peringkat
atas daripada saya tentang sifat keterbukaan mereka.
“Iaitu, mereka
apabila mendengar sahaja apa yang disampaikan, mereka tak percaya (bulat-bulat
melainkan) ‘check’ dulu. Ada orang dengar dia terus melenting tapi ini tidak,
ada pemimpin-pemimpin contoh, bila mendengar berita, dia semak, dia ‘check’
dulu.
“Kalau dapat
cerita betul baru percaya. Dan dalam banyak hal, berita pertama yang
disampaikan adalah bohong…,” katanya lagi. – Khabar