Sungguhpun sudah
lama tidak bermain bolasepak, namun gerakan serta ‘skill’ dan ‘touch’nya masih
ada dan pula, bergaya.
PADANG,
RANCANGAN TANAH FELDA SUNGAI KEMAHAL, PELANGAI, BENTONG – Sungguhpun sudah
lama tidak bermain bolasepak, namun gerakan serta ‘skill’ dan ‘touch’nya masih
ada dan pula, bergaya.
Inilah
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pamerkan ketika menyertai pasukan
anak muda Rancangan Tanah Felda Sungai Kemahal ini, pada perlawanan bolasepak ‘fancy
dress’ menentang pasukan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) petang Isnin, 30
April di sini.
Sungguhpun
pada awal kemasukannya beliau kelihatan agak kekok namun setelah menyesuaikan
diri hanya beberapa minit kemudian, larian membawa bola dan gelecekannya mula
menampakkan mutu kemahirannya.
Yang
kerana itu menyebabkan setiap kali beliau menerima bola lalu membuat larian,
gelecekan dan lorongan bola ke rakan sepasukan, setiap kali itulah juga menerima
tepukan hadirin yang menyaksikan, terutamanya dalam kalangan anak-anak beliawanis
tempatan.
BERJAYA MENGELECEK DAN MELEPASI PEMAIN LAWAN...
TUKAR HALUAN PULA...
– Khabar