… dan
pembangunan di kawasan luar bandar ini, tidak terjadi dengan sendiri melainkan
dengan perancangan dan pelaksanaan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
ada.
KAMI GENG TOK NAN... Luahan hati dan berterima kasih anak muda kepada wakil rakyat mereka, Dato' Sri DiRaja Adnan.
KAMPUNG SIMPANG
PELANGAI, PELANGAI, BENTONG – Apakah lagi pembangunan atau kemudahan asas yang
tidak ada di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai, melainkan ada
kesemuanya sepertimana DUN-DUN lain dalam kawasan luar bandar di negara ini.
Terletak
kira-kira 43 KM dari pekan kecil Karak (masih dalam daerah Bentong) ke sebelah
utara; kira-kira 35 KM dari pekan kecil Triang (dalam daerah Bera) ke sebelah
timur; dan kira-kira 44 KM dari pekan kecil Seri Jempol (dalam daerah Jempol di
Negeri Sembilan) ke sebelah selatan;
Pertama-tamanya,
DUN Pelangai mempunyai sistem jalan yang baik – sungguhpun berliku-liku serta
berselekoh tajam di sesetengah laluan; yang dapat menghubungkannya dengan ketiga-tiga
Karak, Triang dan Seri Jempol.
Pun
begitu, kerja-kerja menaiktaraf di bawah Projek Central Spine Road (CSR) bernilai
RM8,600 juta, dengan 2-lorong 2-hala (dual carriageway) sepanjang 350 KM melibatkan
jajaran Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, seterusnya Lipis-Raub-Bentong-Simpang
Pelangai hinggalah ke Bahau, Negeri Sembilan; sedang rancak dibangunkan.
(Dan
konsep 2-lorong 2-hala ini juga ialah hasil perjuangan Menteri Besar, Dato’ Sri
DiRaja Adnan Yaakob yang juga wakil rakyat (BN – Pelangai), yang bingkas
menyatakan ketidak-setujuan apabila diura-urakan Kerajaan Persekutuan mahu menjadikannya
sekadar 1-lorong 2-hala, dengan membina lorong mendaki di selekoh-selekoh yang
tajam).
I LOVE SIMPANG PELANGAI... Dengan laluan trafik yang tidak membebankan, maka padan dengan kemudahan jalan yang ada namun masih ada usaha untuk menaikkan tarafnya lagi menerusi Projek 2-lorong, 2-hala CSR.
JAJARAN
MERAPOH-KAMPUNG KUBANG RUSA, LIPIS SUDAH SIAP
Hanya
pada Rabu, 25 April lepas, Seksyen 3E2 yang meliputi jajaran Merapoh ke Kampung
Kubang Rusa di Lipis sejauh 14 KM, telahpun dirasmikan oleh Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak yang turut disertai oleh Dato’ Sri DiRaja
Adnan.
Dan
keseluruhan jajaran di bawah Projek CSR termasuk melalui Kampung Simpang
Pelangai ini, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11
(2016-2020) ini juga, atau kira-kira dua (2) tahun sahaja lagi.
Dengan
siap sepenuhnya kelak khususnya jajaran Kampung Simpang Pelangai-Karak dan
Kampung Simpang Pelangai-Bahau, jarak perjalanan dan tempoh masa antara
tempat-tempat ini akan menjadi lebih singkat;
Lalu
akan menggalakkan lagi ‘mobility’ atau pergerakan penduduk antara tempat-tempat
ini ataupun dari luar, seterusnya secara tidak langsung (tanpapun dipaksa) dapat
merancakkan lagi kegiatan sosio-ekonomi di sini.
Daripada
segi kemudahan asas yang lain, capaian dan kesampaian bekalan air bersih ke
rumah-rumah termasuk ke kampung-kampung Orang Asli sekalipun adalah pada tahap
yang baik, begitu juga dengan bekalan elektrik.
PROJEK
SOSIO-EKONOMI AGROPOLITAN JUGA TERDAPAT DI SINI
Begitulah
juga dengan prasarana kesihatan dan pendidikan dengan terbinanya
sekolah-sekolah – sama ada rendah ataupun menengah, aliran biasa mahupun agama
khususnya; sehinggakan penduduk atau anak-anak mereka tidak perlu keluar dari
kawasan DUN ini.
Tentang
prasarana kesihatan, lihat sahaja bangunan tersergam indah yang dari jalan
utama hendak keluar dari Rancangan Tanah Felda Kemasulpun sudah sayup kelihatan
iaitu Klinik Kesihatan Chemomoi.
Dan
pula di hampir setiap kawasan pertempatan di sini, ada sahaja sebuah klinik
kesihatan yang saiznya berbeza menurut keperluan penduduk setempat dan yang
persekitaran.
Bagi
memenuhi keperluan sosio-ekonomi penduduk pula, sudah ada Projek Agropolitan
Chemomoi yang dari jalan utama kelihatan seolah-olah berupa sebuah pertempatan
kecil baharu di DUN Pelangai ini.
Berkaitan
yang sama, terdapat rancangan tanah-rancangan tanah Felda seperti Rancangan
Tanah Felda Sungai Kemahal, Kemasul dan Chemomoi sendiri, selain daripada kampung-kampung
tradisonal seperti Kampung Baris, Kampung Hayat, Kampung Shafie dan Kampung
Jawi-jawi.
TERJADI BUKAN
DENGAN SEKADAR ‘ABRA KE DABRA’
Dan
ini semua – seperti yang disebut awal tadi, terjadi bukan dengan sendirinya
atau dengan mengetuk tongkat sakti, sebut; ‘abra ke dabra’, maka jadilah. Melainkan
dengan usaha Kerajaan BN sendiri menerusi tindakan tersusun dan susulan oleh wakil
rakyatnyalah juga.
Ini
amat disedari dan disyukuri oleh sebahagian besar penduduk dalam DUN kawasan Pelangai
ini, lalu menterjemah rasa kesyukuran dan terima kasih itu dengan sudah tujuh
(7) pilihanraya umum lepas memilih Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai wakil rakyat
mereka.
Sepertimana
pemilihan mereka yang bijak dan tepat selama ini, begitulah juga dijangka
dilakukan yang sama kali ini sempena Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14 yang hari
pengundiannya akan berlangsung Rabu, 9 Mei nanti.
PROJEK AGROPOLITAN BAGI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN JUGA DIPENUHI...
INDAHNYA SEKOLAH KAMI...
JALAN BERTAR KE KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI GAPOI...
SELOKAH YANG DIPERBESARKAN BERHAMPIRAN PEKAN KECIL TELEMONG... – Khabar
PROJEK AGROPOLITAN BAGI GOLONGAN YANG MEMERLUKAN JUGA DIPENUHI...
INDAHNYA SEKOLAH KAMI...
JALAN BERTAR KE KAMPUNG ORANG ASLI SUNGAI GAPOI...