Wednesday, 9 July 2014

Bukan salah Robben

… ekoran kekalahan 2-4 menerusi sepakan penalti, Belanda di tangan Argentina pada separuh akhir kedua Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

AKSI TAK KENAL LELAH, ARJEN ROBBEN... 


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN“Bukan salah kamu,” – seolah-olah dikatakan oleh isteri kepada penyerang Belanda, Arjen Robben – Bernadien Eillert, ketika beliau berlari menghampiri tempat duduk isterinya yang dilihat sedang memujuk anak lelaki mereka, Luka, 6, yang sedang menangis.

Insiden ini dirakam dan disebut oleh pengulas – sambil rakan penyerang, Robin van Persie menyaksikan pada jarak dekat; selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir kedua Kejohanan Bolasepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil, di Sao Paulo Arena awal pagi Khamis, 10 Julai.

Perlawaman 90-minit disusuli masa tambahan 30-minit berakhir 0-0, kemudian ditentukan dengan sepakan penalti menyaksikan Belanda tewas 2-4. Robben sendiri menjaringkan satu daripada dua gol tersebut.

Bagaimanapun, pada perlawanan masa sebenar, Robben, seperti juga penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi, masing-masing dilihat ‘playing a quiet game’, atau bermain pada tahap yang tidak sebenarnya.

Sungguhpun tidak dinafikan, Robben sentiasa dilihat rajin dan bekerja keras, dengan tahap stamina yang tinggi, membuat larian-larian merbahaya untuk menggugat bahagian pertahanan lawan.

Atas faktor itu sahaja maka, bukan salah Robben atas kekalahan ini. Dan insiden Robben yang menunjukkan sikap ambil berat terhadap anak lelakinya, adalah sangat menyentuh perasaan dengan turut terdapat tulisan mengenainya dalam media terutamanya media alternatif. 

SOKONGAN ISTERI, BERNADIEN EILLERT... – Khabar