MENYENDUKKAN LAUK KE PINGGAN... Dato' Shahaniza 'playing a good host' kepada wakil Astro Awani di Kuantan yang lebih dikenali sebagai Zek (kanan).
Selain Dato' Abdul Wahab (kiri sekali), yang turut kelihatan mengiringi Dato' Shahaniza ialah Dato' Ahmad (sebelah kiri Dato' Shahaniza).
HOTEL VISTANA, KUANTAN – Anggota-anggota
media tempatan termasuk dari portal berita Pahang-ku, sekali lagi diraikan pada
Majlis Iftar petang Rabu, 9 Julai bersamaan 11 Ramadan 1435 Hijrah di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Dato’ Shahaniza
Shamsuddin telah hadir mewakili Menteri Besar, meraikan mereka.
Yang turut hadir ialah Setiausaha
Akhbar kepada Menteri Besar, Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali, Pengurus,
Komunikasi Korporat, PASDEC Holdings Bhd, Dato’ Ahmad Shah dan Presiden, Kelab
Media Pahang, Nik Naizi Husin.
Begitu juga dengan ketua-ketua
biro/wakil-wakil negeri bagi organisasi-organisasi berita seperti Shamsiah
Mohamed (Bernama), Herman Hamid (Utusan Malaysia), Razak Raaf (Berita Harian), Hamzah
M.Jamaluddin (NST), dan Simon Khoo (Star).
Selain dijamukan dengan juadah
berbuka puasa sediaan pihak hotel, mereka – termasuk yang bukan beragama Islam
dari akhbar-akhbar berBahasa Cina dan Tamil, telah diberikan cenderamata yang
disampaikan oleh Dato’ Shahaniza.
Cenderamata ini berupa kuih-muih
Raya yang pada tahun ini, disumbangkan oleh tiga (3) syarikat berkaitan
Kerajaan Negeri (S-GLC) - PASDEC Holdings Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Negeri dan LKPP
Corporation Sdn Bhd.
MENGHARGAI APA YANG DIBERI... Rakan-rakan media kita bersama-sama Dato' Shahaniza, sedang melihat kandungan kuih Raya yang telah disampaikan.
MEDIA JUGA TURUT ALAMI 'CRAZE' UNTUK BER'SELFIE'... Foto 'selfie' ini dirakamkan oleh Bazaie (depan sekali, berkopiah hitam ala-Rusia) dengan menggunakan alatan 'monopod'nya. – Khabar