… ayat dalam
al-Quran, Surah Ar-Rahman yang diulang 31 kali daripada 78 ayat kesemuanya.
Surah dibacakan
pada solat sunat terawih lapan rakaat dan ditazkirahkan mengenainya pada malam
Rabu, 23 Julai bersamaan 26 Ramadan di Surau Al-Muhajirin.
TAZKIRAH MALAM 26 RAMADAN... Encik Dahlan dalam tazkirahnya yang berlangsung kira-kira 25-minit, yang turut menyebut tentang Surah Ar-Rahman.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– ‘Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?’, atau
sebutannya, ‘Fabi-ayyi Aala Irobbikuma Tukazziban’.
Inilah
ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali daripada 78 ayat kesemuanya, dalam
Surah Ar-Rahman atau Yang Maha Pemurah, dan dibacakan pada solat sunat terawih
lapan rakaat, turut ditazkirahkan mengenainya pada malam Rabu, 23 Julai di
Surau Al-Muhajirin di sini.
Kedua-dua
solat dan tazkirah diimam dan dikendalikan oleh tetamu dari seberang, Encik
Dahlan, yang merupakan pengasas Maahad Tafiz al-Quran As-Sudaniyyah, Kota
Medan, Medan, Indonesia.
Sudah
sekian lama juga penulis terkesan dengan surah ini, dan mendengar ia dibacakan
sekali lagi pada malam Rabu ini, mendorong semakan lebih khusus terhadapnya
seterusnya kepada tulisan ini.
Berikut
ialah terjemahan kepada sebahagian daripada surah tersebut (Ayat 1 hingga 16);
‘Yang
maha pemurah. Dialah yang telah mengajarkan al-Quran. Dialah yang telah
menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia pandai berbicara.
Matahari dan bulan beredar menurut peraturan dan perhitungan yang tertentu.
ALLAH MENJADIKAN
TUMBUH-TUMBUHAN YANG MELATA
‘Dan
tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu masing-masing tunduk
kepadaNya. Dan langit telah ditinggikanNya serta Dia meletakkan neraca
(mengadakan undang-undang dan peraturan dengan adil).
‘Supaya
kamu tidak melampaui batas dalam timbangan itu. Dan tegakkanlah cara menimbang
itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi timbangan itu. Dan bumi pula
telah dijadikan rata untuk kesenangan makhluk-makhlukNya.
‘Di
bumi itu terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada
kelopak-kelopak mayang. Demikian juga, terdapat biji-bijian yang berkulit dan
bunga-bungaan yang harum.
‘Maka,
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?
‘Dia
menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering seperti tembikar. Dan Dia
telah menciptakan jin daripada lidah nyalaan api (yang tidak berasap).
‘Maka,
nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?’
AMBIL PENGAJARAN
DARIPADA SURAH AR-RAHMAN
Apakah
pengajaran yang dapat dikutip daripada surah ini? Antaranya ialah, Allah telah
memberikan segala nikmat kebaikan dalam kehidupan kita yang sementara di dunia ini,
maka, wajarkah kita berbuat perkara-perkara yang tidak diredhaiNya?
Sebab itulah juga, penulis bersyukur kerana dapat melakukan ibadah pada malam ini –
sepertimana juga sebelum-sebelumnya, dalam surau yang berhawa dingin yang sungguh menyelesakan.
Begitulah
juga agaknya dengan jemaah-jemaah lain surau ini. Maka kerana itulah agaknya
juga, apabila Pengerusi surau, Dato’ Che Wan Khalid Mohammad mengumumkan empat
malam lepas tentang kutipan sumbangan bagi pembesaran fasa 1 surau ini –
memerlukan lagi RM90,000 untuk mencukupkan keperluan RM420,000; reaksi jemaah
adalah menggalakkan.
Dan
dapat dilihat akan kebanggaan Dato’ Che Wan Khalid ketika membuat pengumuman sekali
lagi sebelum solat Isya’ disusuli terawih malam ini, betapa katanya, kutipan
daripada jemaah dalam tempoh empat hari ini sahaja sudah lebih RM80,000!
‘Maha
Suci dan Maha Agung nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kurniaan.’ -
ayat terakhir dan ayat ke-78 Surah Ar-Rahman ini. – Khabar