Sunday, 3 May 2020

Kerajaan Negeri mahu kaji/perhalusi dulu PKPB


 “Sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal,” tegas Menteri Besar.

PERUTUSAN PM SEMPENA HARI PEKERJA...


NOTA EDITOR ;

Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah antara lain mengumumkan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin, 4 Mei 2020. Dengannya, beberapa sektor ekonomi dan awam telah dibenarkan beroperasi semula.

Ekoran itu, beberapa Kerajaan Negeri telah turut mengumumkan tentang pendirian mereka – Pahang tidak terkecuali sepertimana kenyataan media dikeluarkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Adnan Wan Ismail tengah hari Ahad, 3 Mei berikut;


KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR PAHANG

Kerajaan Pahang menyokong pengumuman oleh YAB Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020.

Bagaimanapun, Kerajaan Pahang perlu mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di Pahang.

Ini akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri petang Jumaat, 8 Mei 2020.

Sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal.

Sepertimana semua maklum, negeri Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu. Oleh itu, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.

Justeru, Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu.

Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
3 Mei 2020 – Khabar