“Ini mungkin tidak
selesa bagi sesetengah orang tetapi inilah sahaja pilihan yang ada, dan saya
percaya, kemeriahan masih dapat dirasai sungguhpun tidak sepertimana
tahun-tahun lepas.
“Bagaimanapun,
inilah pengorbanan kita bersama bagi memastikan wabak pandemik COVID-19 di
negeri ini, dapat dibendung sepenuhnya, In Sya Allah,” kata Menteri Besar.
DATO' SRI WAN ROSDY DAN ISTERI, DATIN SRI BURHAH MOHAMED...
DATO' SRI WAN ROSDY DAN ISTERI, DATIN SRI BURHAH MOHAMED...
NOTA
EDITOR ;
Sempena
Hari Raya Aidil Fitri 1441 Hijrah yang akan disambut oleh umat Islam seluruh
negara pada Ahad, 24 Mei 2020 bersamaan 1 Syawal 1441 Hijrah; diperturunkan di
sini Perutusan Hari Raya Aidil Fitri oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail.
Mengambil
kesempatan ini juga, saya selaku Editor turut mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidil Fitri kepada semua.
Tidak
sepertimana tahun sudah-sudah, maka berkorbanlah saya dan keluarga kali ini, untuk
berHari Raya di kampung halaman kami di Perak disusuli Pulau Pinang. Dan ‘missed’lah
untuk ‘pekena’ ‘nasi kandaq beghatoq’ @ Restoran Jamal Mohd dekat Pejabat Telekom
Malaysia, Jalan Bagan Luar, Butterworth.
PERUTUSAN
MENTERI BESAR
PAHANG
SEMPENA HARI RAYA
AIDILFITRI 1441 HIJRAH
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya
ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah, kepada umat Islam seluruh
negara, khususnya di negeri Pahang Darul Makmur.
Perayaan
kali ini sangat berbeza dan tidak pernah berlaku sebelumnya. Kita sambut Hari
Raya kali ini ketika negeri, negara dan seluruh dunia dilanda wabak pandemik
COVID-19 yang menggerunkan.
Bagi
membendungnya, pelbagai usaha Kerajaan ambil, termasuk penguatkuasaan Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat yang antara lain, menghadkan sambutan hanya dalam
kalangan keluarga dan dalam sempadan negeri sahaja.
Ini
mungkin tidak selesa bagi sesetengah orang tetapi inilah sahaja pilihan yang
ada, dan saya percaya, kemeriahan masih dapat dirasai sungguhpun tidak
sepertimana tahun-tahun lepas.
Bagaimanapun,
inilah pengorbanan kita bersama bagi memastikan wabak pandemik COVID-19 di
negeri ini, dapat dibendung sepenuhnya, In Sya Allah.
Mengambil
kesempatan ini, saya turut ucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya kepada
petugas-petugas barisan hadapan, dalam kalangan kakitangan perubatan, anggota
keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia, Rela serta agensi-agensi lain termasuk rakan-rakan
media.
Saya
juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada team produksi Peralatan
Perlindungan Diri (PPE) yang diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian, Dato’
Fadzilla Salleh, dibantu oleh Jabatan Penjara Malaysia yang terdiri daripada
Penjara Penor dan Penjara Bentong, Majlis Perbandaran Kuantan, Kolej Universiti
Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kolej Komuniti Temerloh, NGO-NGO dari Pengakap,
Puspanita serta Yayasan Pahang.
Kerajaan
Negeri amat menghargai segala khidmat-bakti dan pengorbanan Tuan-tuan dan
Puan-puan selama ini, terutama dalam tempoh PKP dan PKPB sejak 18 Mac 2020.
Semoga Allah sahaja dapat membalasnya.
Sekali
lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah. Maaf Zahir dan
Batin daripada saya, keluarga dan Kerajaan Negeri kepada semua.
‘Wabillahitaufik
Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’.
Dato’ Sri Wan
Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar
Pahang
23 Mei 2020 – Khabar