Saturday 9 May 2020

PKPB dengan pengubahsuaian pada SOP


Ini bagi memastikan kesihatan awam atau rakyat (ENG; public health), terus terpelihara apabila sektor ekonomi dan sektor awam tertentu dibuka semula sepertimana ditetapkan di bawah PKPB,” kata Menteri Besar.

DATO' SRI WAN ROSDY, MENTERI BESAR KITA...


NOTA EDITOR ;

Berikut ialah kenyataan media Menteri Besar sepertimana diedar-siar lewat pagi Jumaat, 8 Mei. Menyusul selepas itu turut diedar-siarkan kenyataan media Setiausaha Kerajaan Negeri yang memperincikan satu-persatu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikatakan itu.

Oleh itulah, kedua-dua kenyataan media ini adalah saling lengkap-melengkapi (Eng; complementary) maka perlulah dibaca dalam konteks tersebut. Dengan itu tidak timbullah dakwaan kononnya kenyataan media ini adalah terlalu umum serta mengelirukan. 


KENYATAAN MEDIA 
MENTERI BESAR PAHANG   

Pengesahan PKPB di Pahang dengan pengubahsuaian wajar kepada SOP

Kerajaan Pahang mengesahkan persetujuan kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), setelah mengkaji dan memperhalusi serta melakukan pengubahsuaian wajar ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan.

Paling utama Kerajaan Pahang tekankan ialah aspek penguatkuasaan, yang akan dipertingkatkan oleh agensi-agensi penguatkuasaan berkenaan termasuk dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ini bagi memastikan kesihatan awam atau rakyat (ENG; public health), terus terpelihara apabila sektor ekonomi dan sektor awam tertentu dibuka semula sepertimana ditetapkan di bawah PKPB.
   
Kerajaan Pahang telahpun menurunkan kuasanya kepada PBT-PBT ini sepertimana dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Rabu lepas (6 Mei 2020).

Perkara ini juga turut dibincang dan diperhaluskan lagi pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang saya pengerusikan, hari ini.

Apa yang Kerajaan Pahang lakukan ini selari dengan yang telah saya nyatakan dalam kenyataan media bertarikh 3 Mei 2020, antara lain menyebut tentang sokongan tetapi meminta untuk ‘mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak pandemik COVID-19 di Pahang’. 
 
Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
8 Mei 2020
– Khabar