Sunday, 24 May 2020

Salam Aidil Fitri

DARIPADA SAYA SEKELUARGA... Tak balik kampung, merentas sempadan negeri ke Batu 8, Hulu Kinta, Perak atau ke Kampung Petani, Butterworth, Pulau Pinang demi akur Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Maka, kekal berHari Raya di rumah di Alamaya, Indera Mahkota 5, Kuantan bersama-sama isteri, kedua-dua anak perempuan, menantu serta cucu-cucu.

BER'VIDEO CALL' SESAMA ADIK-BERADIK, SAUDARA-MARA... (menurut putaran jam) Adik dan adik ipar di Semenyih, Selangor; makcik - Cu dan Ayahcu dan keluarga di Hulu Kinta, Perak; kakak dan anak saudara di Dungun, Terengganu; saya dan keluarga di Kuantan, Pahang; anak saudara di Tanjung Malim, Perak; serta,  kakak, abang ipar dan keluarga di Bangi, Selangor.

Dengan hanya 'video call'pun, cukup meriah dan dapat merapatkan hubungan sesama kami. - Khabar