DATO' SRI DR SALLEHUDDIN...
NOTA
EDITOR ;
Berikut
pula ialah kenyataan media oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Sri DR
Sallehuddin Ishak berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung dengan pengesahan
dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang.
Sepertimana
disebut sebelum ini, kenyataan media ini adalah saling melengkapi dengan
kenyataan media oleh Menteri Besar.
KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA
KERAJAAN PAHANG
Bagi
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang
diputuskan Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN) bersama
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat pada 8 Mei 2020
memutuskan supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan
syarat-syarat pengoperasian dan aktiviti yang dibenarkan seperti berikut:
1.
Syarat-syarat Am Operasi Premis
Premis
yang hendak dibuka semula mestilah berada dalam Zon Hijau sahaja (zon
merujuk
kepada mukim, bandar dan pekan mengikut Seksyen 11, Kanun Tanah
Negara
1965).
Semua
pekerja yang berada di dalam premis hendaklah menjalani saringan dan bebas
daripada
jangkitan COVID-19. Saringan pekerja mestilah ditanggung oleh pihak
majikan/syarikat
terutamanya untuk ujian COVID-19.
Saringan
suhu badan pekerja hendaklah dibuat setiap hari dan direkodkan.
Menjalankan
saringan suhu badan ke atas semua pelanggan, pelawat dan semua
yang
berurusan di premis dan direkodkan dengan mencatatkan data pelanggan
termasuk
nama, alamat dan nombor telefon.
Premis
hendaklah dinyah kuman setiap hari.
Menyediakan
hand sanitizer untuk semua pekerja dan pelanggan.
Semua
pekerja dan pelanggan hendaklah memakai penutup mulut dan hidung
sepanjang
masa semasa berada di dalam premis.
Tiada
waktu rehat pekerja serentak.
Premis
yang mempunyai 10 pekerja ke atas hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Tindak
Balas Kecemasan (Emergency Response Team).
2.
Syarat-syarat Khusus Operasi Premis
I.
Restoran
i)
Jarak antara meja: 2 meter.
ii)
Jarak antara kerusi pelanggan: 1 meter.
iii)
Waktu operasi (Bulan Ramadan): Muslim (12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam),
Bukan Muslim (7.00 pagi – 7.00 petang).
iv)
Waktu operasi (Luar Ramadan): 7.00 pagi – 7.00 petang.
II.
Kilang yang Dibenarkan Beroperasi Sebelum 4 Mei 2020
i)
Semua kilang dibenarkan beroperasi pada kadar 100 peratus daripada jumlah
keseluruhan pekerja sehingga semua pekerja lulus saringan COVID-19.
ii)
Dibenarkan beroperasi sebagaimana kelulusan lesen.
III.
Food Court dan Food Truck (Operasi Food Court dan Food Truck adalah
secara bungkus (take away) sahaja buat masa ini).
IV.
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Karak-KL, LPT 1 dan LPT 2
Operasi
R&R dibenarkan dengan syarat-syarat berikut:
i)
Restoran: Satu meja hanya dibenarkan untuk seorang pelanggan.
ii)
Surau: Surau hanya dibenarkan digunakan oleh pelanggan yang membawa sejadah dan
telekung sendiri. Pengurusan Lebuh raya hendaklah meletakkan pengawal bagi
menguatkuasakan arahan ini.
iii)
Hand sanitizer disediakan di semua kaunter restoran / gerai, surau.
iv)
Sabun pencuci tangan hendaklah disediakan di semua sinki, tempat wudhu’ dan
tandas.
V.
Stesen Minyak
i)
Waktu operasi adalah menurut kebenaran lesen sedia ada sebagai mana kelulusan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
ii)
Hendaklah menyediakan sarung tangan atau hand sanitizer di setiap pam minyak
(island).
iii)
Setiap ‘nozzle’ hendaklah dinyah kuman setiap jam.
VI.
Tatacara Pasar Awam
i)
Dibenarkan beroperasi pukul 5.00 pagi – 2.00 petang.
ii)
Pasar hendaklah dinyah cemar setiap hari selepas waktu operasi.
iii)
Memastikan pelanggan:
a)
Berada di gerai tidak melebihi 5 minit untuk satu pembelian barang atau
tidak
melebihi 20 minit untuk lebih 10 barang.
b)
Elakkan dari menyentuh barang-barang jualan, memadai dengan meminta
peniaga
terus membungkus barangan yang hendak dibeli.
c)
Penjual hendaklah memberi jaminan untuk mengembalikan wang kepada
pembeli
sekiranya barang yang dibeli tidak memenuhi kehendak pembeli
selagi
tidak meninggalkan kawasan pasar.
d)
Hanya seorang pelanggan di setiap gerai pada satu masa.
VII.
Premis Dobi Layan Diri
i)
Waktu operasi pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
ii)
Menyediakan hand sanitizer.
iii)
Mesin basuh dan mesin pengering perlu dinyah kuman setiap kali digunakan.
iv)
Menandakan tempat yang dibenarkan pelanggan berada pada sepanjang masa di dalam
premis dengan jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan.
v)
Jumlah pelanggan di dalam ruang menunggu hendaklah mengikut keluasan ruang
lantai iaitu 5 meter persegi bagi seorang pelanggan.
vi)
Tidak dibenarkan melipat pakaian di dalam premis.
vii)
Menyediakan petugas sepanjang masa operasi bagi memastikan pelaksanaan
syarat-syarat dipatuhi.
3.
Kompleks Membeli Belah
i)
Waktu operasi pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
ii)
Hanya aktiviti perniagaan dari sektor yang dibenarkan sahaja boleh beroperasi.
iii)
Operasi premis berbentuk hiburan dan permainan seperti Kiddie Ride, Game
Centre, Panggung Wayang, Karaoke, Snooker, Boling, Claw Game, dan Taman
Permainan / Taman Tema indoor yang terdapat di dalam kompleks tidak dibenarkan.
iv)
Kapasiti petak parkir yang boleh digunakan di setiap kompleks perniagaan
dihadkan kepada 50% sahaja pada satu-satu masa.
v)
Menghadkan laluan / pintu masuk ke kompleks. Hanya laluan / pintu masuk melalui
kompleks sahaja dibenarkan, pintu masuk melalui premis sewaan (tenant) tidak
dibenarkan.
vi)
Penggunaan lif dihadkan mengikut keluasan lif dan mesti dibuat penandaan jarak
1 meter di antara pengguna.
vii)
Penyewaan kiosk / gerai / push cart tertakluk kepada penjarakan (2 meter antara
kiosk) pada kadar 50% dari kuantiti sedia ada. Pihak kompleks perlu menyediakan
pelan lantai bagi sewaan kiosk / gerai / push cart.
viii)
Hand Sanitizer / tisu / tong sampah perlu disediakan di setiap lokasi mesin
pengeluaran wang (ATM).
ix)
Pelanggan tidak dibenarkan mencuba (fitting) sebarang jenis pakaian dan kasut.
Pelanggan juga tidak dibenarkan membuat penukaran / pemulangan semula pakaian
yang telah dibeli.
x)
Premis food court yang terdapat di dalam kompleks boleh beroperasi secara beli
dan bungkus atau take away sahaja.
xi)
Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan memasuki bangunan
kompleks.
xii)
Kompleks akan ditutup selama tiga (3) hari untuk pembersihan sekiranya terdapat
kes positif COVID-19.
xiii)
Setiap tandas perlu dibuat sanitasi sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan perlu
direkodkan dalam buku rekod pembersihan.
xiv)
Penggunaan surau hanya terhad kepada kakitangan kompleks dan penyewa premis
sahaja tertakluk kepada syarat berikut:
a)
Dibuka pukul 1.15 tengah hari – 6.00 petang sahaja.
b)
Kakitangan perlu membawa sejadah dan telekung sendiri.
c)
Sabun pencuci tangan disediakan.
d)
Hendaklah melalui proses nyah kuman pada setiap hari.
e)
Dihadkan pengguna kepada maksimum 5 orang pada satu-satu masa.
f)
Menugaskan pengawal sepanjang waktu dibuka.
4.
Riadah
a)
Golf
i)
Semua padang golf dan swasta hendahklah mematuhi garis panduan yang ditetapkan
oleh MGA serta syarat –syarat berikut:
a)
Kelab dibenarkan beroperasi pukul 7.00 pagi – 7.00 petang sahaja.
b)
Semua Kelab dikehendaki mengikut semua SOP permainan yang telah ditetapkan.
c)
Penggunaan driving range berdasarkan tempahan sahaja dan penggunaan bay secara
berselang.
d)
Caddy perlu sentiasa memastikan jarak 1 meter daripada pemain sepanjang tempoh
permainan.
e)
Penjarakan sosial antara pemain ialah 3 meter.
f)
Semua kemudahan Kelab seperti gimnasium, kolam renang, surau dan bilik
persalinan hendaklah ditutup.
g)
Jumlah dan tempoh masa pelanggan berada di Pro Shop perlu dikawal oleh
pengurusan Kelab.
h)
Cafeteria Kelab perlu mematuhi SOP seperti mana yang telah ditetapkan untuk
restoran.
i)
Jumlah pelanggan di dalam ruang proshop hendaklah mengikut keluasan ruang
lantai iaitu 5 meter persegi bagi seorang pelanggan.
ii)
Tidak dibenarkan menganjurkan sebarang bentuk aktiviti berkumpulan, keraian dan
pertandingan.
b)
Jogging
i)
Dibenarkan hanya di taman perumahan sahaja.
ii)
Dilakukan secara sendirian (acara berkumpulan, berpasangan atau keluarga tidak
dibenarkan).
iii)
Tidak dibenarkan membawa kanak-kanak berumur di bawah umur 10 tahun.
iv)
Penjarakan sosial 10 meter daripada individu lain.
v)
Tidak dibenarkan menganjurkan sebarang bentuk aktiviti berkumpulan, keraian
dan
pertandingan.
vi)
Aktiviti tidak boleh dilakukan di jalan raya / persekutuan / negeri / kampung
dan
semua
trek taman hutan.
c)
Berbasikal dan Motosikal
i)
Tidak dibenarkan melebihi 5 kenderaan.
ii)
1 kenderaan hanya untuk 1 orang sahaja.
5.
Penguatkuasaan Pematuhan Pengoperasian
a)
Pihak Berkuasa Negeri Pahang bersama JKKN telah memutuskan supaya semua PBT
hendaklah memantau semua perusahaan, perniagaan dan aktiviti berdasarkan
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah diputuskan oleh Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia (KPKM) melalui surat Peraturan-peraturan Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan
Jangkitan) (No. 5) 2020 [P.U.(A) 136/2020] bertarikh 6 Mei 2020 dan membuat penilaian.
b)
JKKN telah bersetuju menubuhkan pasukan penguatkuasa bersama yang dianggotai
oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Polis DiRaja Malaysia, Unit Penguatkuasaan
Negeri dan jabatan-jabatan lain supaya tiada pertindihan fungsi dan tiada
kekeliruan orang ramai serta pengusaha premis. Lawatan pemantauan akan
dilaksanakan secara bersama tetapi setiap penguatkuasa mempunyai bidang kuasa
tersendiri.
c)
Sebarang kesalahan dan pelanggaran pematuhan pengoperasian boleh dikenakan
tindakan atau hukuman mengikut salah satu daripada Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau Seksyen 101(v), Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), atau kedua-duanya sekali.
Dato’ Sri Dr.
Sallehuddin bin Ishak
YB. Setiausaha
Kerajaan Pahang
8 Mei 2020 – Khabar