… bekas wakil
rakyat UMNO/BN lebih tiga (3) penggal yang sangat disayangi semua.
NOTA
EDITOR ;
Berikut
ialah artikel sebagai pembuka tirai (curtain raiser) kepada artikel-artikel
serta ‘story’ yang bakal menyusul, sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya
Kecil (PRK) Dewan Negeri kawasan Chini, yang tarikh penamaan calon ditetapkan
oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 20 Jun 2020 dan hari pengundian pada 4
Julai 2020.
PRK
ini ialah susulan pulangnya ke Rahmatullah, bekas Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan
itu, Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada lewat malam Rabu, 6 Mei. PRK
ini dengan itu, bakal diadakan dalam tempoh negara masih mendepani masalah
penularan wabak pandemik COVID-19, serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) yang dikuatkuasakan.
Jika
hendak diikutkan, PRK ini sebenarnya tidak perlu diadakan dengan mengambil kira
faktor bahawa, DN Chini sememangnya kubu kuat UMNO/BN sejak Allahyarham –
seorang bekas peneroka dan pula memberi perkhidmatan yang sentiasa ‘tip-top’
kepada pengundinya; menjadi ADN di kawasan itu pada tahun 2004 lagi.
Inikan
pula sekarang dengan Muafakat Nasional (MN) – kerjasama UMNO dengan PAS dan
Perikatan Nasional (PN). Kalau berdasarkan undian yang Allahyarham perolehi pada
PRU-14 sebanyak 10,027 campur yang calon PAS perolehi sebanyak 5,405 undi
menjadikan kira-kira 15,432 undi; berbanding calon PKR cuma perolehi 1,065 undi.
Yang
kalau begitu dan jika boleh diadaptasikan kepada senario semasa, calon PKR berkenaan
boleh bukan sahaja kalah, malah hilang wang deposit kerana gagal memperolehi
1/8 atau 12.5 peratus daripada jumlah undi dikira. Maka, penglibatan PKR kali
ini sebenarnya, tidak diperlukan.
Ini
bukan soal riak, takabbur atau bercakap besar. Cuma sesuatu yang perlu diberi
pertimbangan sewajarnya sementelah, bagi menganjurkan sebuah PRK akan memakan
belanja yang besar – kira-kira RM4.3 juta sepertimana anggaran oleh SPR
sendiri.
Dan
sekarang pula, kita sedang menghadapi wabak pandemik COVID-19 yang amat menggerunkan.
Dengan memberi kemenangan tanpa bertanding kepada calon UMNO/BN campur MN/PN,
pastinya dapat mengelakkan PRK yang kita sendiri tidak pasti akan kesan
daripada berkempen dan semasa beratur untuk mengundi, kepada penularan wabak pandemik
ini.
Namun,
jika tetap juga ada pertandingan dan PRK ini diadakan, tentunya jentera
pilihanraya UMNO/BN + MN/PN akan digerakkan secara penuh berhemah, bagi
menghadapi dan memastikan agar DN kawasan Chini terus kekal di bawah penguasaan
kita, insyaAllah.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Betul
sangatlah peribahasa ini sebagai merujuk kepada bekas Ahli Dewan Negeri (ADN)
kawasan Chini, Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia pada
lewat malam Rabu, 6 Mei lepas.
Anak
peneroka Felda dari Jengka, Maran, Allahyarham ialah juga seorang peneroka di
Rancangan Tanah Felda Chini 3, Pekan sebelum dikesan kemudian diminta
bertanding pertama kali sebagai calon UMNO/Barisan Nasional (BN) di Dewan
Negeri (DN) kawasan Chini pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-11 tahun 2004.
Sejak
itu, Allahyarham terus-menerus menyumbangkan khidmat bakti terbaik sehingga berjaya
mengekalkan kedudukan di situ dengan majoriti besar pada PRU-12 tahun 2008, PRU-13
tahun 2013 dan terakhir pada PRU-14 tahun 2018.
Mendapat
gelaran ‘Burn’ atau kemudian ‘Dato’ Burn’ oleh bekas Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob sejak Allahyarham menjadi wakil rakyat atas alasan; mahu membezakannya
dengan tiga-empat lagi orang di Pekan yang mempunyai nama sama iaitu Bakar;
Dalam
tempoh lebih tiga (3) penggal Allahyarham menjadi wakil rakyat, banyak yang
telah menjadi ‘buah tangannya’ – menjadi penggerak utama dalam pembangunan
fizikal dan sosio-ekonomi yang dimanfaati secara langsung dan tidak langsung,
oleh penduduk DN kawasan Chini.
SEPERTIMANA TERSIAR DALAM AKHBAR BERITA HARIAN, RUANGAN MINDA PEMBACA TERBITAN JUMAAT, 5 JUN 2020...
SEPERTIMANA TERSIAR DALAM AKHBAR BERITA HARIAN, RUANGAN MINDA PEMBACA TERBITAN JUMAAT, 5 JUN 2020...
PENGGERAK
PEMBANGUNAN FIZIKAL & EKONOMI DN CHINI
Antaranya
ialah pembinaan enam (6) buah Dewan Semai Bakti di Rancangan Tanah-Rancangan
Tanah Felda Chini 1, 2, 3, 4 dan 5 serta di Rancangan Tanah Felda Chini Timur
3. Setiap satunya antara RM800,000 dan RM1 juta.
Selain
itu ialah pembinaan sebuah masjid di Rancangan Tanah Felda Chini Timur 3, pusat
sukan di Rancangan Tanah Felda Chini Timur 2, pasar tani kekal FAMA di Bandar
DARA Chini, perumahan generasi kedua Felda di Taman Lamanda, Chini.
Begitu
juga dalam pelaksanaan projek perumahan dan pengwujudan pekerjaan di bawah
Projek Sentuhan Kasih di Rancangan Tanah Felda Chini Timur 2; perumahan transit
untuk golongan asnaf dan memerlukan di di Perumahan Komuniti dan Projek
Peruamahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Baru Salong;
Allahyarham
turut berperanan menyelesaikan masalah perumahan di tapak perumahan TNB di
Bandar DARA untuk didiami oleh penduduk yang layak; menyegerakan pembinaan Pusat
Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Tasik Chini; serta dalam
kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf Kompleks Pelancongan di Kuala Chini.
Daripada
aspek pembangunan ekonomi dan tanah pula, Allahyarham juga memainkan peranan
penting dalam mewujudkan Rancangan Tanah Kelompok (RTK)/Felcra di Bukit Udang; dan
projek ekonomi di Kampung Salong.
JUARAI PENGWUJUDAN
RTK ORANG ASLI DI KAMPUNG GUMUM
Berkaitan
masyarakat Orang Asli, Allahyarhamlah yang menjuarai usaha bagi pengwujudan RTK
Orang Asli di Kampung Gumum; serta menyelasaikan isu pertindihan kawasan tanah
antara OA di Tanah Merah dengan penduduk/peserta Melayu di RTK Terapai dan
antara OA Tasik Mentiga dengan penduduk Kampung Melayu Mambang.
Telah
menjadi amalan Allahyarham juga dalam mengadakan sesi bertemu penduduk secara
mingguan bagi membantu menyelesaikan masalah; serta menyumbang lampin pakai
buang kepada pesakit-pesakit kronik selain katil, dan kerusi roda sambil
menyampaiakn bantuan kewangan dan barangan kepada yang memerlukan.
Dan
Allahyarham sudah sebati kini – dengan liputan media diberikan; dalam penganjuran-penganjuran
seperti Pesta Lemang DN Chini yang dianjurkan 17 tahun berturut-turut; Pesta
Dodol; Majlis Mengacau Bubur Ayura pada bulan Ramadan serta aktiviti bersama OA
seperti Malam Kebudayaan.
Menurut
Pengurus Rancangan Tanah Felda Chini 3, Encik Misbari Nazir, beliau tidak
pernah lagi melihat gigihnya wakil rakyat sepertimana Allahyarham ‘Datuk Burn’
sepanjang kerjayanya sebagai pengurus rancangan tanah Felda di tempat lain
sebelum ini.
“Dulu, saya juga
jaga banyak rancangan lain (dan berhubungan dengan wakil rakyat di sana) tetapi
inilah wakil rakyat yang paling ‘open’ (terbuka) dan ‘caring’ (penyayang) terhadap
peneroka.
ALLAHYARHAM
MUNGKIN PENDIAM TETAPI AMBIL PERHATIAN/TINDAKAN CEPAT SELESAIKAN MASALAH
RAKYAT
“Jika ada sahaja
padanya barangan yang diperlukan seperti ‘pampers’, kerusi roda; terus
diberinya. Jika tidak, barangan yang diperlukan akan sampai ke tangan pemohon
mungkin pada petang hari yang sama,” katanya.
Menurut
Setiausaha Penyelaras dan Pembangunan DN Chini yang juga rakan rapat
Allahyarham, Encik Ramlee Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Li Janggut’,
Allahyarham mungkin seorang pendiam tetapi sangat ikhlas serta beri perhatian
dan bertindak cepat bagi mengatasi apa juga masalah melibatkan penduduk.
Pejabat
Khidmat Dewan Negerinya kata Encik Ramlee, ialah seperti sebuah kedai runcit
penuh dengan barangan keperluan seperti lampin pakai buang, tongkat 3-kaki
serta kerusi roda, yang segera diberikan kepada mereka datang, yang
memerlukannya.
Oleh
kerana khidmatnya yang cemerlang dan pula penduduk Chini sukakan
perkhidmatannya maka pada setiap PRU tiba termasuk PRU-14 lepas, tiada nama
lain yang dicalonkan kecuali Allahyarham sahaja.
Maka
tidak menghairankan pada PRU-11 ketika pertama kali Allahyarham menjadi calon,
majoriti kemenangan yang diperolehinya kata Encik Ramlee, ialah yang tertinggi
begitu juga dengan peratus keluar mengundi dalam kalangan DN-DN di Pahang.
NAMA NAIK JADI
CALON SAAT-SAAT AKHIR PADA PRU-11 TAHUN 2004
Oleh
itu kata Encik Ramlee lagi, tepat sangatlah Allahyarham dipilih sebagai calon
pertama kalinya pada PRU-11 (tahun 2004), “… yang sebelum itu telah ditetapkan
seorang yang lain, hanya digantikan dengan nama Allahyarham pada saat-saat
akhir,” katanya yang juga sebaya – 60 tahun, dengan Allahyarham.
Menurut
Batin Oh Jo Heng dari Kampung Orang Asli (OA) Tasik Mentiga pula, Allahyarham terlalu baik dengan masyarakat OA di DN Chini termasuk
tidak kedekut – sentiasa bersedekah kepada yang susah dan memerlukan.
Dua-tiga minggu sebelum meninggal dunia katanya, diceritakan
oleh seorang OA bagaimana Allahyarham menahan motosikal dinaiki pasangan
suami-isteri OA hanya untuk bertanya khabar, kemudian menghulurkan sumbangan.
“Sangkaan
awal OA suami-isteri tadi bimbang mereka ditahan polis, maklumlah dalam
(tempoh) PKP (tetapi) rupa-rupanya Allahyarham. Begitulah amat tajam beliau dapat
cam pasangan suami-isteri OA atau terhadap penduduk di kawasannya.
“Dan
apabila mendapat berita Allahyarham, pasangan suami-isteri ini seolah-olah
tidak percaya dan apabila disahkan, mereka menangis meratap pemergian seorang
YB berjiwa rakyat,” kata Batin Oh dan menambah kata bahawa, kehilangan Allahyaham
tentunya amat sukar diketemukan penganti.
LEBIH
DIKENALI SEBAGAI ‘AYAH NGAH’ ATAU ‘PAK NGAH’
Kepada Penghulu Mukim Penyor, Pekan, Encik Norisham Ismail,
Allahyarham ialah seorang yang bukan sahaja sangat dihormati, tetapi pemurah, kuat
bekerja, mudah mengasihani orang dan berprinsip.
“Dengan masyarakat,
Arwah sangat dihormati sebagai YB. Apa yang saya perhatikan, Arwah sentiasa
ambil peduli tentang aduan masyarakat seperti masalah berkaitan kesihatan,
keselamatan malahan kewangan juga yang mana Arwah sangat pemurah dan tidak
berkira, memberi bantuan kewangan kepada sesiapa sahaja yang mengadu,” katanya.
Begitulah
akrabnya Allahyarham dengan penduduk DN Chini hinggakan Allahyarham kata
Norisham, lebih dibahasakan sebagai ‘Ayah Ngah’ atau ‘Pak Ngah’ daripada
penduduk memanggilnya dengan gelaran ‘Dato’ atau ‘Dato’ Sri’.
Tidak
terhenti setakat itu kata Norisham, jasa baktinya hendak terus ditaburkan lagi
dengan usahanya untuk menjayakan tiga (3) lagi perkara utama dalam diarinya
sebagai Ahli DN (ADN) Chini, yang belum tercapai.
Paling
utama ialah gerak-kerja telah lama diusahakannya untuk menjayakan kerja
menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Chini demi menyelesaikan masalah gangguan
bekalan air bersih dalam kawasan DNnya.
TIGA PERKARA UTAMA
BELUM SELESAI
Semasa
Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN), peruntukan RM12 juta telah
diluluskan kepada Felda untuk menjayakannya namun dihentikan penyalurannya
apabila Kerajaan Persekutuan diambil alih oleh Pakatan Harapan (PH) selepas
PRU-14 lepas.
Dua
lagi ialah bagi pembinaan Pusat dan Latihan dan Ujian Kereta Kebal di bawah
Kementerian Pertahanan di Kampung Bintang Terapai; dan, pembinaan Pusat
Hemodialisis bagi pesakit-pesakit buah pinggang di Pusat Latihan Felda Chini.
Adalah
diharapkan, pengganti Allahyarham kelak akan dapat meneladani segala perkara
baik yang telah Allahyarham lakukan khususnya di bawah naungan UMNO dan BN,
yang kini diperkuatkan lagi dalam kerjasama dengan PAS di bawah Muafakat
Nasional (MN). – Khabar