“Biarlah DN Chini
terus diwakili oleh calon dari UMNO sehingga tempoh penggal berakhir,” saran Persatuan
Pengamal Undang-undang Generasi Felda Malaysia (PPUGFM)
PETANG RABU, 13 MAC 2019 LAGI... Perbincangan di pejabat Loji Rawatan Air (LRA) Chini bagi mencari daya-usaha memastikan bekalan air ke seluruh Chini yang terjejas, diatasi. Asalnya, peruntukan telah Kerajaan Persekutuan di bawah BN luluskan tetapi dihentikan apabila PH mengambil-alih tampuk pemerintahan.
Kini, dengan jatuhnya Kerajaan PH dan kembalinya kita menguasai pemerintahan, insyaAllah, projek menaik-taraf LRA di sini akan diteruskan demi kesejahteraan penduduk DN Chini sekalian.
Selain Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri (duduk dari kiri) - Dato' Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak, yang juga Pengerusi, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP), Dato' Sri Norol Azali Sulaiman dan Dato' Nazri Ngah; ialah wakil rakyat DN Chini sendiri, Dato' Sri Abu Bakar Harun atau lebih dikenali sebagai 'Dato' Burn' atau Ayah Ngah (duduk, dua dari kanan) dalam kalangan penduduk Chini sekalian.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Sebuah lagi badan bukan Kerajaan (NGO) – Persatuan Pengamal Undang-undang Generasi
Felda Malaysia (PPUGFM),
menyarankan
agar tidak diadakan pertandingan bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN)
kawasan Chini yang ditetapkan pada 4 Julai ini.
Saranan
ini dibuat bersandarkan alasan betapa apabila ada pertandingan dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi membendung penularan wabak pandemik
COVID-19 sekarang, hanya akan memudaratkan lagi keadaan.
Saranan
ini juga dibuat sambil akur kepada hakikat tentang kehendak demokrasi serta undang-undang
sama ada Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang mahupun Perlembagaan Negara, yang
memerlukan PRK diadakan serta kekosongan jawatan sebagai wakil rakyat di situ,
diisi.
“... kami dari PPUGFM
terpanggil untuk menyarankan agar tidak perlu wujud pertandingan bagi kerusi DN
Chini jika PRK dijalankan oleh SPR. Biarlah DN Chini terus diwakili oleh calon
dari Umno sehingga tempoh penggal berakhir.
“Keputusan
Pilihanraya Umum lepas bagi DN Chini juga menunjukkan bahawa sokongan pengundi
kepada UMNO yang diwakili Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun mendapat
majoriti yang besar berbanding parti lawan.
BERI LALUAN KEPADA
CALON BN SELAKU ‘INCUMBENT’
“Jika diambilkira
kewujudan Muafakat Nasional (MN) pada masa kini, sudah tentu kita dapat
mengagak parti manakah yang menjadi pilihan para pengundi DN Chini buat masa
ini,”
demikian saranan PPUGFM menerusi Presidennya, Encik Mohd Rosidi Hassan dalam
kenyataan media yang dikeluarkan pagi Sabtu, 30 Mei ini.
Sebelum
ini pada 21 Mei, NGO dari Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Kuantan turut membuat
gesaan yang sama dengan antara lain menyebut;
“Sehubungan dengan
itu, KAF menyeru agar parti-parti politik sama ada dari Pakatan Harapan (PH)
mahupun mana-mana calon Bebas tidak bertanding pada PRK N23 Chini dan memberi
laluan kepada BN selaku penyandang jawatan.
“Tindakan tidak
bertanding akan menjimatkan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia
RM4.3 juta yang boleh digunakan bagi tujuan lebih penting seperti pembangunan
ekonomi,”
kata Pengerusi KAF Felda Chini Timur 1, Encik Ahmad Shahril Zailudin.
Berikut
disiarkan sepenuhnya kenyataan media oleh PPUGFM tersebut –
ANTARA DEMOKRASI
DAN KESELAMATAN NYAWA
‘Antara
Demokrasi dan Keselamatan Nyawa’
Pada
15 Mei 2020 yang lepas, Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar
Azizan Harun telah mengumumkan PRK DN Chini akan diadakan pada tarikh 4 Julai
2020.
Kita
sedar bahawa Perkara 22 (1) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang
mengesahkan sesuatu kerusi Dewan Negeri akan menjadi kosong disebabkan oleh
kematian ADN tersebut.
Kita
juga akur bahawa Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan supaya
perlu diadakan PRK dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan berlaku dan
kekosongan ini secara congaknya adalah melebihi tempoh dua (2) tahun sebelum
berakhir tempoh penggal pilihanraya umum yang lalu.
Namun
begitu, dalam usaha kita secara bersama untuk menangani penularan wabak
Covid-19 yang kini merupakan satu ancaman serius kepada dunia di mana Malaysia
juga tidak terkecuali menjadi sasaran penyebaran wabak ini, maka adalah menjadi
satu kewajipan kepada kita untuk menyelamatkan nyawa berbanding tuntutan-tuntutan
dan kehendak-kehendak yang lain. Ini selaras dengan ‘Maqosid Syariah’ yang
dituntut Islam supaya menjaga nyawa dan keselamatan diri.
Tidak
perlu lagi dihurai apakah wabak Covid 19 ini kerana bukan segelintir orang yang
terkesan dengan penularannya, malah seluruh dunia tidak kira jantina, tidak
kira usia, pangkat atau bangsa semuanya terjejas teruk disebabkan oleh wabak dahsyat
ini. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, ramai yang menganggur dan paling
menyedihkan ialah mereka yang kehilangan anggota keluarga dan insan tersayang
disebabkan oleh serangan wabak ini.
Maka
yang demikian, kami dari PPUGFM terpanggil untuk menyarankan agar tidak perlu
wujud pertandingan bagi kerusi DN Chini jika PRK dijalankan oleh SPR. Biarlah DN
Chini terus diwakili oleh calon dari UMNO sehingga tempoh penggal berakhir.
Keputusan
Pilihanraya Umum lepas bagi DN Chini juga menunjukkan bahawa sokongan pengundi
kepada UMNO yang diwakili Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar Harun mendapat
majoriti yang besar berbanding parti lawan. Jika diambil-kira kewujudan
Muafakat Nasional (MN) pada masa kini, sudah tentu kita dapat mengagak parti
manakah yang menjadi pilihan para pengundi DN Chini buat masa ini.
Adakah
saranan ini berlawanan dengan semangat demokrasi?
Kita
tidak menidakkan tuntutan demokrasi bahkan kita sangat menyanjung tinggi amalan
demokrasi di negara ini. Namun jika sekiranya SPR mempunyai satu kaedah lain
pada masa akan datang yang dibenarkan secara undang-unadng untuk menjalankan
pilihanraya secara atas talian misalnya, maka kami amat menyokong usaha ini
supaya diangkat amalan demokrasi ini ke tempat yang selayaknya.
Namun,
buat masa ini adalah lebih baik untuk tidak ada pertandingan bagi mengelakkan
bencana yang lebih buruk kepada rakyat dan negara. Marilah kita sama-sama putuskan
rantaian Covid-19 secara bersungguh-sungguh dan bersepadu. Insya Allah kita
akan menang.
Mohd
Rosidi Hassan
Presiden
PPUGFM – Khabar