… bersamaan
36,567 peneroka daripada 43,124 peneroka di seluruh Pahang, yang telah menerima
suratan hakmilik tanah masing-masing.
“Kalau nak
menipu ni, dulu lagi Kerajaan menipu dah. Sebagai contoh, (fitnah yang mendakwa)
geran tak akan keluar, Felda tipu peneroka. Tak… bila masa keluar, kita keluar
juga,” kata Menteri Besar.
SESI BERGAMBAR BERSAMA MENTERI BESAR, CALON BN DAN PENEROKA... Dato' Sri DiRaja Adnan serta calon BN kita, Dato' Hasan, tidak menghampakan permintaan para peneroka untuk sesi bergambar bersama-sama.
RANCANGAN TANAH
FELDA KERATONG 10, MUADZAM SHAH, ROMPIN – Disebalik Pahang mempunyai kawasan Rancangan
Tanah Felda paling luas – 319,145 hektar, dengan jumlah peneroka terbesar,
43,124 orang; kira-kira 80 peratus daripadanya sudahpun memperolehi suratan
hakmilik tanah setakat ini.
“Daripada 43,124
peneroka di Pahang, seramai 36,567 peneroka telah menerima hakmilik, yang
bersamaan dengan 79 peratus.
“Makna kita
boleh bercakap, negeri Pahang ini, dari bilangan peneroka yang begitu ramai, 80
peratus sudah menerima hakmilik,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob.
Beliau
berkata demikian pada persidangan media sempena Majlis Penyampaian Suratan
Hakmilik Tanah kepada 308 peneroka Rancangan Tanah Felda Keratong 10 pada
petang Khamis, 29 April di sini.
Dalam
tempoh empat (4) bulan bagi tahun 2015 ini juga katanya, selain di sini,
suratan hakmilik tanah juga telah diberikan kepada para peneroka di Rancangan
Tanah-Rancangan Tanah Felda Krau 1, 179 orang; dan Felda Lepar Hilir, 2, 359
orang.
PENEROKA INDIA... Dato' Sri DiRaja Adnan, Tan Sri Isa, Dato' Hasan dan Dato' Sri Maznah kelihatan bergambar bersama-sama satu-satunya peneroka bukan Melayu di Rancangan Tanah Felda Keratong 10 ini iaitu Encik Muniandy a/l Punampalam yang diiringi isteri, Puan Lachimy a/p Vadivaloo.
65 PERATUS PENEROKA
DI PAHANG BERASAL DARI LUAR PAHANG
“Yang akan
diberikan hakmilik pada bulan Mei ini (pula nanti) ialah di (Rancangan
Tanah-Rancangan Tanah) Lepar Hilir 3, 220 orang; Tembangau 1, 279 orang;
Tembangau 2, 253 orang; Rentam, 430 orang; Mengkuang, 99 orang.
“(Ke)lima-lima
rancangan ini bukannya di Rompin. Maknanya, kita sampaikan suratan hakmilik
hari ini bukan sebab pilihanraya. Memang (dah) jadual Felda untuk menyampaikan
suratan hakmilik,”
tegasnya.
Beliau
juga berkata betapa jumlah peneroka luar Pahang mengatasi jumlah peneroka anak
kelahiran Pahang sendiri di Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda di negeri
ini. Peneroka anak Pahang hanyalah 35 peratus.
Yang
lain, atau 65 peratus lagi katanya ialah – peneroka dari negeri-negeri Kedah,
15 peratus; Perak, 13.2 peratus; Selangor, 11.3 peratus; Kelantan, 9.2 peratus;
Terengganu, 5.5 peratus; Johor, empat (4) peratus; Pulau Pinang, 2.6 peratus;
Melaka, 1.9 peratus; Perlis, 1.2 peratus; dan, Negeri Sembilan, 1.1 peratus.
Kepada
soalan wartawan yang membangkitkan tentang dakyah pembangkang kononnya Kerajaan
dan Felda akan terus menipu para peneroka dalam aspek pemberian suratan
hakmilik tanah ini kata Dato’ Sri DiRaja Adnan;
KEMESRAAN PEMIMPIN KITA... 'A picture is worth a thousand words'. Sepertimana foto ini yang menggambarkan sikap mesra-rakyatnya pemimpin nombor 1 negeri kita.
BN BUKANLAH 100
PERATUS TIADA CACAT-CELA, TAPI…
“Kalau nak
menipu ni, dulu lagi Kerajaan menipu dah. Sebagai contoh, (fitnah yang
mendakwa) geran tak akan keluar, Felda tipu peneroka. Tak… bila masa keluar,
kita keluar juga.
“Mengeluarkan
geran ni banyak pihak terlibat. Pejabat Tanah, Pejabat Felda, Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian, banyak…
“Lepas tu
berbagai-bagai juga yang kita perlukan. Peralatan hendak pergi meneropong tanah
tu, nak buat sempadan, bawa alat-alat mengukur tanah tu... Sebab, bila kita
keluar suratan hakmilik tanah, kita tak boleh keluar berdasar pelan yang sedia
ada. Kita perlu siasat di atas tanah tu,” katanya lagi.
Dato’
Sri DiRaja Adnan seterusnya merayu kepada para peneroka agar dapat menggunakan
akal fikiran dan budi bicara serta, mempertimbangkan semasak-masaknya dalam memikirkan
masa depan mereka.
“Saya telah cuba
meyakinkan mereka bahawa, walaupun Kerajaan Barisan Nasional ini bukanlah 100
peratus tak ada cacat-cela, tetapi, kelemahan kita itu sebenarnya tidaklah
begitu banyak jika dibandingkan dengan kekuatan kita selama ini.
DIRAI MESRA SEMASA KETIBAAN... Sementara menuju ke pantas sesudah tiba, Dato' Sri DiRaja Adnan disusuli Tan Sri Isa, telah bersalaman dengan para peneroka sekelian yang ternyata sangat gembira berada dalam dewan sekolah pada majlis petang Khamis ini.
MASIH, BN
PILIHAN TERBAIK
“Saya masih
beranggapan, masih yakin, Barisan Nasional adalah pilihan terbaik. Walaupun kita bukan yang sempurna, tapi kita bukanlah
teruk sangat. Kita tak menipu peneroka, kita tak menipu rakyat. Mana boleh kita
bantu, kita bantu,”
katanya.
Beliau
seterusnya menyebut tentang betapa jelasnya penerangan yang telah diberikan
mengenai konglomerat Felda Global Ventures (FGV) oleh Pengerusi Felda, Tan Sri
Isa Samad dalam ucapannya pada Majlis Penyampaian Suratan Hakmilik Tanah tadi.
Biasalah
berlaku turun-naik dalam perniagaan katanya, sepertimana turut dialami oleh
syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri yang disenaraikan di Bursa Saham
seperti Pasdec dan Mentiga.
Dan
Kerajaan Negeri menurutnya, mempunyai lima (5) peratus sahamnya dalam FGV
dengan harga asal belian ialah RM4.50 sen sesaham, jatuh kepada RM2.18 pada
satu ketika dan kini, jatuh lagi kepada RM2.10 sesaham.
Dengan
pemilikan saham lima (5) peratus itu, Kerajaan Negeri katanya, memiliki 182,407,575
unit yang bernilai RM829,954,466 semasa mula saham FGV diniagakan. “Dekat RM1 bilion tahu,” katanya, dan
menambah, “Tapi kita tunggulah,”
sehingga harga saham itu melonjak kembali.
Selain
Tan Sri Isa, yang turut hadir ialah Pengerusi, Jawatankuasa Hal Ehwal Felda
Negeri, Dato’ Abu Bakar Harun; wakil rakyat setempat, Dato’ Sri Maznah Mazlan;
calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Rompin, Dato’ Hasan
Arifin; serta, Ketua Pengarah Felda, Dato’ Hanafi Syuhada.
PARA PENEROKA, DALAM DEWAN MENANTIKAN PENERIMAAN SURATAN HAKMILIK TANAH... – Khabar
PARA PENEROKA, DALAM DEWAN MENANTIKAN PENERIMAAN SURATAN HAKMILIK TANAH... – Khabar