“Tak kiralah… Kalau
Dato’ Hasan itu (dituduh) ‘re-cycle’, Wan Azizah lagilah pula ‘re-cycle’nya,”
tempelak Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Ia sebagai mengulas
tindakan pembangkang menamakan semula Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail untuk
bertanding kali kedua di Parlimen kawasan Permatang Pauh pada Pilihanraya Kecil
7 Mei ini.
SAMPAIKAN KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR KITA... Diiringi Encik Mahmud, Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan BSM kepada penerima. Untuk daerah Rompin sahaja, 40 penerima HPC dan 784 penerima BSM - yang teramai berbanding di daerah-daerah lain.
SMK BANDAR TUN
ABDUL RAZAK, RANCANGAN TANAH FELDA KERATONG 4, ROMPIN – Bagai meludah
ke langit!
Inilah
yang boleh dikatakan apabila pembangkang menamakan Datin Sri Wan Azizah Wan
Ismail bertanding kali kedua di Parlimen kawasan Permatang Pauh pada hari penamaan
calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) di sana, pagi Sabtu, 25 April.
Ini
disebalik pembangkang jugalah yang sebelum ini mendakwa Barisan Nasional (BN) meletakkan
calon ‘re-cycle’ apabila menamakan bekas Timbalan Menteri Besar, Dato’ Hasan
sebagai calonnya pada PRK kawasan Rompin ini.
“Kita, hidup ini
jangan mengata orang,” tempelak Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob yang diminta mengulas tindakan pembangkang tersebut pada persidangan
media sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) & Biasiswa
Sekolah Menengah (BSM) anjuran Yayasan Pahang (YP) pagi Sabtu ini, di sini.
“Tak kiralah,
kalau Dato’ Hasan itu (dituduh) ‘re-cycle’, Wan Azizah lagilah pula ‘re-cycle’nya,” sindirnya lagi
dan menambah kata betapa dalam mencalonkan Dato’ Hasan, ia lebih kepada soal
penerimaan rakyat kepadanya.
‘MOMENTUM’
DIJANGKA ‘PICK-UP’ SELEPAS INI
Dato’
Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN Negeri, turut ditanya tentang
perjalanan kempen PRK kawasan Rompin setakat ini, yang masuk hari keempat bermula
dengan Hari Penamaan calon Rabu lepas, 22 April.
Menurut
pemerhatiannya, ia berjalan lancar dengan kedua-dua pihak – BN dan pembangkang,
bergerak secara sederhana yang beliau percaya betapa ‘momentum’ ini akan ‘pick-up’
selepas ini.
“Nampak kedua-dua
parti bergerak cara masing-masing – berjumpa orang sebagainya, tapi dalam
bentuk yang sangat ‘low-key’. Saya akan berbincang dengan rakan-rakan komponen,
jentera nanti; apakah perkara-perkara lain kita perlu lakukan,” katanya.
“Pada keseluruhannya,
berjalan lancar. Kempen-kempen dari kedua-dua pihak saya tengok, masih lagi
peringkat ‘low-key’. Ini strategi masing-masing. Jangan ingat bila ‘low-key’
tak ada kempen ya,”
katanya lagi.
Mengenai
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh Timbalan Pengerusi BN
Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi BN dalam menghadapi PRK Parlimen kawasan Rompin
ini kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, ia (KPI) sebagai sasaran dan panduan BN.
'WALKABOUT' DI PUSAT BANDAR... Selesai majlis di SMK Bandar Tun Abdul Razak, Dato' Sri DiRaja Adnan meluangkan masa melakukan 'walkabout' sekitar pusat bandar, Bandar Tun Abdul Razak. Kelihatan, beliau menjengah ke sebuah kedai yang dibina oleh TDK (Teras Dara Konsortium) yang menjual barangan runcitan kendalian pengusaha Bumiputera.
PENTING UNTUK
TENTUKAN PENGUNDI KELUAR RAMAI
Yang
sama penting katanya lagi, ialah bagi menentukan jumlah keluar mengundi yang
meningkat yang dengan itu memerlukan semua pihak bekerja kuat untuk memastikannya.
Pada
persidangan media yang sama, beliau turut diminta mengulas isu perumahan untuk
generasi kedua Felda – antara isu yang dibangkitkan oleh pembangkang pada
ceramah-ceramahnya pada PRK kawasan Rompin ini.
Yang
menurut Menteri Besar, Kerajaan telahpun melaksanakan perumahan untuk generasi
kedua Felda ini di tiga (3) buah Rancangan Tanah Felda di seluruh negeri ini
iaitu di Rancangan Tanah-Rancangan Tanah Felda Mempaga, Bentong; Chini, Pekan;
dan, Jengka, Maran.
“Maknanya, program
ini berjalan, bukan tidak berjalan. Di sini (Rancangan Tanah Felda Keratong)pun
ada. Tinggal lagi sekarang ni, kita tak dapatlah memenuhi permintaan tadi
secepat mungkin sebab kadar permintaan dengan kadar penyediaan rumah berkenaan tak
selari,”
katanya lagi.
Selain
wakil rakyat negeri kawasan ini, Dato’ Wan Kadri Wan Mahussin (BN – Bukit Ibam);
yang turut hadir pada majlis penyampaian HPC & BSM untuk penerima-penerima
dari Dewan Undangan Negeri-Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan Muadzam Shah
ini ialah;
Pengerusi,
Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri, Dato’ Abu Bakar Harun; wakil rakyat negeri
(BN – Jengka), Dato’ Wan Salman Wan Ismail; serta, Pengurus Besar YP, Encik Mahmud
Nawawi.
MENJENGAH MASYARAKAT ORANG ASLI DI BUKIT SEROK PULA... Anak kecil masyarakat Orang Asli ini dan ibunya, kelihatan suka dengan sapaan Dato' Sri DiRaja Adnan. Foto ini dirakam ketika Menteri Besar menjengah pula ke perkampungan Orang Asli Bukit Serok ini.
Beliau telah turut sudi menerima memorandum yang disampaikan oleh wakil mereka - Puan Chow Gek, lalu menyatakan komitmen untuk melaksanakan mana-mana perkara yang boleh ditunaikan. – Khabar
MENJENGAH MASYARAKAT ORANG ASLI DI BUKIT SEROK PULA... Anak kecil masyarakat Orang Asli ini dan ibunya, kelihatan suka dengan sapaan Dato' Sri DiRaja Adnan. Foto ini dirakam ketika Menteri Besar menjengah pula ke perkampungan Orang Asli Bukit Serok ini.
Beliau telah turut sudi menerima memorandum yang disampaikan oleh wakil mereka - Puan Chow Gek, lalu menyatakan komitmen untuk melaksanakan mana-mana perkara yang boleh ditunaikan. – Khabar