DIPERSEMBAHKAN MODEL BANGUNAN... KDYMM Sultan Pahang sedang dipersembahkan dengan model bangunan yang telah dibawa turun oleh anggota Bomba ini dari helikopter yang berlegar di atas.
IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG, BANDAR INDERA MAHKOTA,
KUANTAN
– KDYMM Sultan Pahang hari ini menitah-harap agar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
dapat menambahkan lagi asetnya di negeri ini.
Ia
agar rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman khususnya
yang jauh dari sesebuah balai bomba titah Baginda, akan turut dapat menikmati
kemudahan berkenaan.
Lanjutan itu, Baginda juga menitah-harap agar sebuah balai bomba dapat diwujudkan di Bukit Fraser memandangkan kawasan peranginan itu agak terpencil sehinggakan bantuan menyelamat sukar ke sana jika berlaku kes kecemasan.

KDYMM
Sultan Pahang bertitah demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian
bangunan Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang ini
pada pagi Khamis, 16 April.
DYMM
Sultanah Pahang turut berangka. Antara yang turut hadir selain Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob ialah Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Halimah Mohamed Sadique.
TITAH BAGINDA...
NAIK TARAF
PASUKAN BOMBA SUKARELA
Pada
persidangan media kemudian, Dato’ Halimah yang diminta mengulas titah-harap KDYMM
Sultan Pahang itu berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan segera
berurusan dengan Kerajaan Negeri bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk
menubuhkan balai bomba berkenaan.
“Kita juga akan
menambah kelengkapan dan peralatan Jabatan Bomba di seluruh negara dari semasa
ke semasa mengikut keperluan.
“Kerajaan Negeri
juga diberi keutamaan bagi mencadangkan balai bomba mana yang perlu dinaik
taraf atau dibina baharu, dan mana yang perlu ditukar dan digantikan dengan
peralatan modern,”
katanya.
Beliau menambah kata, pihaknya juga sedang menaik taraf pasukan bomba sukarela yang kini berjumlah 396 buah di seluruh negara.
Fungsi pasukan bomba sukarela katanya, amat penting terutamanya dalam memberikan bantuan di peringkat awal ketika berlakunya satu-satu kes kecemasan.

“Setakat ini, pasukan bomba sukarela
tersebut mempunyai 14,000 anggota yang bertindak sebagai barisan hadapan
apabila berlaku kebakaran, kemalangan atau bencana alam,” katanya lagi.
ANGGOTA BOMBA WANITA DALAM AKSI... Sedang memberi tabik-hormat ke sisi KDYMM Tuanku. – BERNAMA/Khabar